Pageviews

17 Ogos 2012

Keheningan menjelang Syawal

As salam


Menyelusuri Ramadan kian ke penghujungnya
Sungguh terasa sepinya Ramadan disulami keriuhan kicauan unggas
Adakah bersedih dengan penghujung Ramadan atau juga gembira menyambut kemuliaan Syawal
Hanya mereka yang mengerti apa yang sebenarnya berlaku
Dan.... kita di sini hanyalah pemerhati kehormat dan penunggu setia bagi setiap peristiwa

Nun... di sana di kejauhan kelihatan kelibat Pak Tua mengais helaian daun yang berguguran di tepi laluan nan luas mata memandang
Tersentak dan tersedar betapa luasnya pemandangan kerana dulu terlindung dek keriuhan dan sekumpulan graduan melintas
Siapa tahu apa yang terbuku di hati Pak Tua itu
Sambil tangannya menguis dedauan bersama lidi tua yang kian mereput
apakah persiapan menghadapi Syawal sudah tercapai atau bakal terlaksana seketika nanti
atau sekadar sesuap lemang bersama sekaya tanpa rendang rusa atau rendang itik buat pengalas perut di pagi Syawal nan mulia

Di kejauhan sana kelihatan jentera besar tersadai di pinggir jalan
Betapa mulianya Syawal... semua jentera disimpan rapi bagi memberi laluan memudahkan urusan insan

Dan... di sini layakkah kita terus mencari kesalahan tanpa rasa sedar akan kemuliaan Syawal?

Sunyi

Senyap

Sepi

12 Ogos 2012

Ucapan Hari Raya Buat Ibu

As salam


Ibu
Ramadan ini sudahpun di penghujung
Namun kasihmu ibu tiada penghujung
Sentiasa mekar di hatiku
Anakmu yang sentiasa dahagakan kasihmu

Ibu
Biarpun Nokia Lumia900 itu bernilai tinggi
Namun tidak setinggi nilai kasih sayangmu
Kasih sayangmu sungguh bernilai tinggi tiada bandingannya
Sukar untuk digantikan dengan nilai wang ringgit mahupun intan berlian bergunung tinggi

Ibu
Tiada kata-kata mampu diucapkan
Bagi menggambarkan perasaan anakmu
Perasaan yang tidak menentu menjelangnya Aidilfitri

Ibu
Biar sejauhmanapun anakmu berada
Ibu pasti sentiasa doakan kesejahteraan anakmu ini
Namun ibu, anakmu ni kadang-kadang alpa dan terlupa
terleka dengan keenakan dunia
Maafkan anakmu ini

Ibu
Izinkan anakmu ini sekali lagi memohon restu dan redamu
Semoga kehidupan anakmu ini sentiasa diberkati Ilahi
Biarpun malu namun anakmu tahu
Ibu tidak akan pernah membiarkan anakmu hidup dalam kesukaran

Ibu
Kepayahan anakmu ini tidak sama dengan kepayahanmu
Menanggung hidup kami anak-anakmu
Mendidik dan mengasuh kami
Biarpun sesekali anakmu ini nakal lagi tidak mendengar kata
Kesabaranmu menyedarkan kami

Ibu
Realiti hidup di alam dewasa kini
Terasa amat sukar untuk dilalui
Namun kaulah penguat semangat kami
dikala kami jemu menempuh alam kedewasaan

Ibu
Ucapan ini tidak bisa terhenti di sini
Gelodak rasa dijiwa ini meronta-ronta
Membisikkan sejuta rasa
Tidak bisa dihentikan

Semoga ibu sentiasa aman bahagia dan diberkati olehNya


'suka duka pentas dunia'

11 Ogos 2012

Keliru dengan kecantikan sebenar

As salam,


Setiap dari kita, semua orang memang mendambakan kecantikan.  Hingga ada yang sanggup berbelanja tinggi hingha mencecah ribuan ringgit Malaysia untuk mendapatkan kecantikan.  Pada zaman sekarang kecantikan bukan sahaja pada wanita tetapi lelaki juga.  Jadi tidak hairanlah jika akan kelihatan salon kecantikan untuk lelaki juga tumbuh bagai cendawan dan berlawan pula dengan spa kecantikan untuk wanita.  Itu belum termasuk lagi rumah-rumah urut atau spa yang terselindung.

Kecantikan bukan sahaja terletak pada wajah tetapi juga keseluruhan badan - luar dan dalam.  Namun kecantikan yang hakiki datangnya dari dalam iaitu bermula dengan hati yang bersih dan melahirkan wajah yang dan tingkahlaku yang cantik! Heeee

Bagi sesetengah orang kecantikan wajah itu penting untuk memikat hati suami atau isteri.  Tidak kurang juga kecantikan itu untuk kepuasan diri sendiri.  Namun apa yang penting kecantikan itu bukanlah untuk menganggu gugat rumah tangga orang lain atau memusnahkan sebuah perhubungan yang suci.

Bagi 'kaum' yang menggunakan kecantikan untuk memusnahkan perhubungan orang lain adalah tergolong dalam orang yang keliru dengan kecantikan yang ada pada dirinya.


Yang sebenar-benarnya @yangbaik baru tengok siaran ulangan Tahajjud Cinta.  Memang tak suka bila tengok bagaimana kecantikan wanita dimanipulasikan, tetapi itu yang terjadi dalam dunia sekarang.  Bila mana wanita itu sendiri membiarkan dirinya teraniaya... eh ada kaitan ke dengan kecantikan ???   Lagi keliru....



'suka duka pentas dunia'

10 Ogos 2012

Ada apa dengan Kad Ucapan Hari Raya

As salam,




Teringat ketika di zaman sekolah rendah, berlawan dengan kawan-kawan sekelas siapa yang dapat kad hari raya paling banyak... memang happeninglah masa tu.  Setiap kali dapat kad raya gantung di dinding rumah.  Berkebetulan masa tu dinding bilik hanya papan 'plywood' jer sor senang lah nak lekat dengan paku payung.  pas tu letak la gambar ketupat.  Bila kawan-kawan datang ke rumah ... suka lah dapat pujian kad raya banyak.... hurray...

Tetapi itu cerita dulu-dulu, hampir 30 tahun dulu.  Sekarang tidak lagi.   Namun nostalgia lama tetap kembali. 

Cadangnya malam ni ke tak pun petang esok nak selongkar grobok lama cari kad raya zaman sekolah... kalau ada lagi tak dimakan bubuk atau ulat buku.  Nak gantung juga kat dinding rumah baru nih...

Tahun ni... baru dapat satu kad raya .... sungguh istimewa dari orang teristimewa ... memang dapat setiap tahun.  Gambar nyer blom letak lagi... ala kalau letak kat sini... semua orang tahu kan?  Rahsia dulu.


gambar atas ni... teaser jer...

Malas nak layan baik diam

As salam,

Agak malas sangat nak layan dok diam-diam.  Dah elok-elok buat kerja kacau pulak, ajak buat kerja sekali tak nak, berat punggung le, banyak kerja lain le.... macam-macam alasan. 

Daripada dok cari gaduh bulan puasa ni baik diam saja lebih baik.  Kalau bertekak pun bukannya dapat apa-apa. Dapat sakit hati ada ler.

Haish... toksah dok kecoh-kecoh sangat. 





"suka duka pentas dunia"

Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

As salam,


Apa sebenarnya yang berlaku tak siapa yang tahu.  Adakah ianya sebuah kebakaran kecil atau pun besar atau tiada apa-apa yang berlaku hanya mainan perasaan sahaja.

Apa pun yang berlaku ada waktunya orang lain tidak perlu tahu kerana ia bisa merebakkan suasana atau bisa juga mengeruhkan keadaan.  Bila tiba masanya asap tebal itu akan berlalu pergi meninggalkan kesannya yang tersendiri dan hanya pemulanya saja yang mampu mengatasinya.

Apa sebenarnya yang berlaku tak perlu siapa ambil tahu.




"sukia duka pentas dunia"

09 Ogos 2012

Ada apa dengan Iklan Raya Petronas 2012

As salam,




Ada apa dengan iklan raya Petronas tahun 2012.  Baru malam tadi berpeluang menontonnya di kaca tv di rumah.  Sebelum ini hanya baca cerita dari top blogger dan blogger popular sahaja.  Tetapi kurang penghayatan kerana sekadar membaca.... bila dah lihat sendiri baru rasa terkesan.  Nak lebih berkesan bila merasai sendiri pengalaman beraya di perantauan yang jauh beribu batu dari keluarga. Kan?





@yangbaik tidak dapatlah nak mengulas lebih panjang lebar kerana buat masa ini belum lagi berjauhan dengan keluarga ketika hari raya.  Termasuklah masa zaman sebelum kahwin dulu.  Sebabnya tak pernah keluar merantau jauh dari keluarga.  Paling jauh hanyalah Keramat Kuala Lumpur. ... seronok dapat shopping raya... window shopping jer duit tak cukup nak beli tiket bas.  Kena tipu pulak dengan ulat tiket dapat bas tambahan... yang ntah apa-apa.... sampai juga kat rumah cuma laluan nyer ... menakutkan... heeee


Sekian.


'suka duka pentas dunia'

Bonus hari raya dan 20 Ramadan

As salam,


Baru teringat hari ini dapat bonus sempena hari raya.  Alhamdulillah, dapatlah tampung mana yang tak cukup.  Perancangan memang dah ada tetapi menyimpan lebih baik kan.  Hari ini pagi-pagi lagi dah berkenalan dengan seseorang dari Agro Bank. 

Hmmm... ada tawaran menarik?

Apa pun bonus ini rasanya akan masuk dalam bajet 2013 dan bukan bajet 2012.  Oleh kerana lakaran bajet 2013 belum buat letak jer dulu lakaran bajet 2012... ciptaan sendiri ... ni jer yang hado...


 

Dan jangan lupa hari ni juga merupakan Ramadan ke-20 dan kita berada dalam Fasa ke-3 di bulan Ramadan.  Sungguh cepat masa berlalu.  Alhamdulillah dikurniakan kekuatan untuk meneruskan Ramadan ini tanpa ponteng walaupun kandungan ini dah masuk minggu ke-28.


~~~~~~~~~

Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yaitu masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati
(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'suka duka pentas dunia'