Pengikut Setia

12 Ogos 2012

Ucapan Hari Raya Buat Ibu

As salam


Ibu
Ramadan ini sudahpun di penghujung
Namun kasihmu ibu tiada penghujung
Sentiasa mekar di hatiku
Anakmu yang sentiasa dahagakan kasihmu

Ibu
Biarpun Nokia Lumia900 itu bernilai tinggi
Namun tidak setinggi nilai kasih sayangmu
Kasih sayangmu sungguh bernilai tinggi tiada bandingannya
Sukar untuk digantikan dengan nilai wang ringgit mahupun intan berlian bergunung tinggi

Ibu
Tiada kata-kata mampu diucapkan
Bagi menggambarkan perasaan anakmu
Perasaan yang tidak menentu menjelangnya Aidilfitri

Ibu
Biar sejauhmanapun anakmu berada
Ibu pasti sentiasa doakan kesejahteraan anakmu ini
Namun ibu, anakmu ni kadang-kadang alpa dan terlupa
terleka dengan keenakan dunia
Maafkan anakmu ini

Ibu
Izinkan anakmu ini sekali lagi memohon restu dan redamu
Semoga kehidupan anakmu ini sentiasa diberkati Ilahi
Biarpun malu namun anakmu tahu
Ibu tidak akan pernah membiarkan anakmu hidup dalam kesukaran

Ibu
Kepayahan anakmu ini tidak sama dengan kepayahanmu
Menanggung hidup kami anak-anakmu
Mendidik dan mengasuh kami
Biarpun sesekali anakmu ini nakal lagi tidak mendengar kata
Kesabaranmu menyedarkan kami

Ibu
Realiti hidup di alam dewasa kini
Terasa amat sukar untuk dilalui
Namun kaulah penguat semangat kami
dikala kami jemu menempuh alam kedewasaan

Ibu
Ucapan ini tidak bisa terhenti di sini
Gelodak rasa dijiwa ini meronta-ronta
Membisikkan sejuta rasa
Tidak bisa dihentikan

Semoga ibu sentiasa aman bahagia dan diberkati olehNya


'suka duka pentas dunia'

8 ulasan:

  1. he he he lumia 900 vs kasih ibu, memang tiada tandingan, ibarat langit dan bumi....

    BalasPadam
  2. lengkap sangat... makasih banyak.

    BalasPadam
  3. hebat dan terbaik ucapan untuk ibu yg hanya Allah saja dapat balas jasanya.

    BalasPadam
  4. hebat dan terbaik ucapan untuk ibu yg hanya Allah saja dapat balas jasanya.

    BalasPadam
  5. terima kasih semua,
    sebenarnya kata-kata ini lahir spontan selepas membaca entry bro denaihati... terima kasih lagi sekali...

    BalasPadam
  6. Asal mula seorang anak adalah seorang ibu yang juga merupakan seorang wanita, seseorang yang mengajarkan seorang anak manusia tentang makna kasih sayang, sosok manusia yang senantiasa membagi dan menjaga seluruh kasihnya.

    BalasPadam
  7. Jika di dunia tak ada ibu maka itulah tidak akan pernah ada kita.. Terimakasih ibu atas kehebatan yang kamu punya. hanya Allah yg membalas jasanya..

    BalasPadam
  8. Ibu adalah segalanya untuk seorang anak... :(
    Mohon bagi komen untuk entry terbaru saya ye..
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/peserta-giveaway-ihya-ramadhan-wajib.html

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian