Pageviews

28 Julai 2012

Mana hilangnya

As salam,



Mana hilangnya seri wajah
hanya kerana juwita lebih jelita
atau kerana hilangnya aura seri
ambillah wuduk solatlah
kata ulama' seri wajah ada pada wuduk

mana hilangnya sabar
hanya kerana kesakitan atau kemarahan
sabar hilang melayang tidak bertali
kata ulama' ambillah wuduk sebagai ubat

mana hilangnya sayang
hanya kerana juwita tersalah jalan
bukan kerana tersalah pilih laluan
tetapi malang menimpa
hingga hilangnya pertimbangan
lalu... hilangnya sayang
kenanglah masa bahagia mu walau seketika
itu semua cukup pengubat sayang
semoga sayang kembali bertamu
bermukim di sudut sanubari
secebis rindu pengubat lara

Mana hilangnya simpati
hanya kerana kesilapan secebis cuba
hujan sehari hilang jejak setahun
pulih semula ingatan yang hilang
ambil iktibar dari pengalaman
tiada yang kekal tiada yang abadi
kelak semua akan ke sana
simpati bukan kerana benci
simpati tersimpan di lubuk hati
galilah ia secekal juwita
cabaran mendatang tak siapa menduga.



langit tidak selalu cerah
mendung tiba membawa cerita
sang hujan bakal tiba membasahkan bumi
untuk seketika biarkan mendung itu
kerna langit tidak selalunya cerah

bersabar walau seketika
lebih bererti dari murka


"suka duka pentas dunia"

^-^

.


Cabaran membeli kueh raya 2012

As salam,


Jika tidak silap ingatan, 2 atau 3 minggu sebelum menjelang Ramadan, kita telah disajikan dengan pelbagai jenis kueh raya.  Ada yang sediakan sample untuk dibuat pilihan dan ada juga sekadar bualan.  Memang tercabar untuk membuat pilihan ini adalah kerana rasa kueh raya memang semuanya sedap dan manis-manis belaka.  Awas!

Tidak kurang juga kueh tradisional.  Memang menjadi persaingan antara kueh moden dan tradisional.  Bagi sesetengah orang 'retro' sudah tentu kueh tradisional menjadi pilihan.

??????

Apa lagi yang nak ditulis bila notebook ini asyik hang jer.  Hilang lenyap idea sekejap.

Subjektif bukan menu harian

As salam


gambar ini memang subjektif kerana ia diambil dari promo AVIRA yang akan muncul setiap kali bila notebook ini di 'on


Gambar di atas langsung tidak memberi gambaran mengenai jalan cerita ini.

Cerita ini bermula apabila subjektif telah tertinggal handphone  di rumah secara tidak sengaja pada hari bekerja.  Pesanan telah ditinggalkan kepada Predikat mengenai perkara yang yang terjadi.  Harapan subjektif adalah predikat tidak akan naik angin hanya kerana kesilapan yan tidak disengajakannya itu.

Predikat sebenarnya telah mengetahui akan kejadian yang berlaku.  Tetapi entah di mana silapnya kerana gangguan sekeliling yang tiba secara tidak disangka.  Semuanya menjadi subjektif.

Diringkaskan cerita haruskah subjektif berdukacita atas kejadian yang menimpa atau membiarkan saja peristiwa itu berlalu pergi meninggalkan sejarah.


Atau,
andai ianya semuanya subjektif
mengapa pula predikat
adakah predikat tidak akan menjadi subjektif


Semuanya subjektif
Subjektif adalah subjektif
Predikat tetap predikat


"suka duka pentas dunia"


(6-6)
~

26 Julai 2012

Dua kemenangan

As salam,





Kemenangan yang dimaksud dalam hadits ini mencakup kemenangan dalam dua bentuk jihad, yaitu jihad melawan musuh yang nyata (orang-orang kafir) dan jihad melawan musuh yang tersembunyi (setan dan hawa nafsu). Barangsiapa bersabar dalam menghadapi kedua musuh tersebut, maka ia akan mendapat pertolongan dan kemenangan atas musuh-musuhnya. Barangsiapa tidak sabar menghadapinya dan banyak mengeluh, niscaya ia akan kalah dan menjadi tawanan musuhnya atau menjadi korbannya.

(Ibnul Mubarak ketika mengomentari sabda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam: Sesungguhnya kemenangan itu turun bersama kesabaran.)

25 Julai 2012

Bebaskan sungai kehidupan

As salam,




Ini bukan kisah pungguk merindukan bulan
bukan juga kisah lagu purnama merindu

ini adalah kisah kehidupan
kisah suka duka kehidupan

mengapa pula notebook ni suka sangat 'hang'
mengganggu konsentrasi menulis lantas menghilangkan idea
tentang monolog sebuah kehidupan
batas kehidupan dan perjuangan kebebasan hak

sesekali hidup ini umpama aliran sungai
ada pasang surut ada laluan berliku
namun disitu ada kebebasan tersembunyi
bebas untuk bergerak dalam satu laluan
mana bisa air sungai mampu menongkah tebing
lalu membiarkan ia kekeringan sendiri
bebasnya air sungai ia mampu bergerak sendiri di laluannya tanpa gangguan
gangguan itu sesekali menyekat kebebasan
gangguan yang bagaimana?

ya banyak benar rintangan dan halangan di hadapan
biarpun tadi laluannya lurus
namun kini ia berliku
dihadapannya penuh sampah sarap
dilaluannya penuh semak samun
sepanjang laluan itu ia terhenti seketika bila ada aral melintang
jadi
bagaimana harus ia bebaskan dirinya
mampukah ia sampai laut lepas
atau sekadar tersekat di sini
atau bisa juga ia kekeringan di sana
di laluan yang penuh lumpur batu

begitu rupanya lumrah kehidupan
kebebasan kita hanya untuk diri kita
di seputar kehidupan kita






bisakah sungai itu sampai di sini merenung keindahan sang bulan purnama





'suka duka pentas dunia'

.

23 Julai 2012

Tadarus al-Quran bermula

As salam


Hari ini hari pertama berkerja di bulan Ramadan.  Secara tidak langsung hari ini juga merupakan hari tadarus al-Quran yang pertama di tempat kerja.

Kepada semua selamat bertadarus. 

Semoga amalan murni seperti ini dapat diteruskan untuk bulan-bulan berikutnya.





'suka duka pentas dunia'

.

Tujuan masuk ke perut

As salam





Siapa yang tujuannya hanyalah apa yang akan masuk ke dalam perutnya, maka nilainya tidak lebih dari apa yang keluar dari perutnya.

(Imam asy-Syafi'i)

22 Julai 2012

Menu Berbuka Puasa Hari ini

As salam,


Sup Kepala Ikan Siakap

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri

Selingan jer tu.  Tentu kita dah biasa dengar pantun dua kerat seperti di atas.  Terutama zaman kanak-kanak dulu.  Tetapi sejauh mana anak-anak zaman sekarang memahaminya entahlah.  Manakan tidak, anak-anak @yangbaik sendiri pun tak pernah didendangkan dengan pantun tu.  Bila cakap mesti 'direct to the point' tiada kiasan atau pantun pantun bagai lagi.  Begitu juga dengan anak-anak muda zaman sekarang, bila bercakap tak boleh berkias nanti diadunya kepada pihak pengurusan katanya kita permainkan mereka.  Kan ke naya... Cakap biar terang!!

Eh, melalut pulak.  Sebenarnya kan... percaya atau tidak @yangbaik baru saja lepas masak sup kepala ikan siakap.  Sebelum dicedok masuk dalam pinggan cepat-cepat masuk dalam gambar dulu.  Kepala ikan tu 'seketul' jer.  Nanti kita tengok siapa yang nak berebut.  Sup macam ni sedap dimakan dengan sambal belacan.. buat cair sikit ala-ala kuah asam... ha....

Nak buat sup ni senang jer, tak sampai 30 minit, tetapi disebabkan nak buat kerja lain pulak.  Cepat2 masak.  Sesapa yang sempat salin resepi ni sat lagi jam 7.00 malam pun sempat lagi nak masak janji bahannnya cukup kat dapur.

Bahan:
1  ketul kepala ikan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 bili cili merah untuk hiasan
sedikit jintan manis, kulit kayu manis, bunga cengkih
sekeping asam keping
garam
1 gelas air

Cara membuat:
1.  Bersihkan kepala ikan.
2.  Bawang merah, putih, cili merah dan halia dihiris nipis
3.  Panaskan minyak,tumis bawang bersama halia, jintan, kulit kayu manis dan bunga cengkih
4.  Setelah naik bau, masukkan segelas air atau secukupnya.  Masukkan kepala ikan, asam keping dan cili merah diikuti dengan garam.
5.  Biarkan hingga mendidih.  Angkat dan hidangkan.


Selamat mencuba.

Lihat menu lain:  Menu 1,   Menu 2


'suka duka pentas dunia'

Hari Ramadan ke-2

As salam,










Hari ini, hari ke-2 Ramadan.  Semoga dikurniakan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang berikutnya.

20 Julai 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

As salam,


BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H




BEN ASHAARI


Dah agak lama tak join segmen.  Biarlah mereka nak kata apa kan... blog kita suka kita lah...hehehe

Ben Ashaari ajak join segmen RAKAN BLOGGER RAMADHAN 2012.  Sebenarnya ia hanyalah tawaran kepada blogger yang berminat untuk menyertai segmen ini bukan paksaan atau tidak pula diajak secara langsung. 

Sebelum terlupa, sebagai panduan untuk menyertai segmen ini, berikut adalah syarat-syarat penting yang mesti dipatuhi:

Paling penting sekali, mengapa anda patut pilih blog @yangbaik adalah kerana blog ini biarpun sekadar blog picisan ia juga merupakan blog yang turut berkongsi pengalaman mengenai suka dan duka kehidupan sekeliling anda bukan sahaja berkaitan puasa di bulan Ramadan tetapi apa juga yang berlaku seputar Ramadan.

Boleh la yer?

Bahagian penting ! - Pesanan daripada Ben Ashaari :-

Sediakan satu bloglist yg baru bertajuk RAKAN BLOGGER RAMADHAN 2012
Sila pilih blog-blog yang korang minat untuk bertukar tukar link.. Masuk ke blog mereka , kemudian tinggalkan pertanyaan di ruang komen tersebut , dengan ayat yang bertulis begini ..

“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

Dan jika blogger tersebut bersetuju , maka sila balas kembali lawatan ke blog mereka dan tinggalkan komen di entri segmen ini dengan ayat ..

“ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “

Selesai perjanjian , maka masukkan link blog masing masing ke dalam bloglist tersebut dalam tempoh 24 jam. Selepas 24 jam , kembali pastikan link anda dah dimasukkan . Jika tiada , sila kembali tanya pada blogger tersebut. Jika tiada respon, remove link dia ! Senang citer .. Tak yah gaduh gaduh .. ok ?


Setiap bloglist boleh memuatkan lebih 200 blog. Maka pandai pandai la pilih yer ..
Bloglist yg dah diwujudkan itu akan kekal sehingga hujung RAMADHAN 2012 dan selepas tamat tempoh perjanjian , secara automatik blogger ada hak untuk hapuskan bloglist tersebut berdasarkan persetujuan di segmen ini . Cam lawyer lak aku… hehe..


Pertukaran link blog ini adalah salah satu usaha untuk menambahkan dan menukar pembaca di kalangan blogger sendiri. Ini bukanlah satu segmen utk tarik trafik atau untuk jadi popular .


Dengan cara ini juga diharap dapat meningkatkan lagi semangat blogging .. InsyaAllah ..
Aku sekadar membantu .. Bloglist aku ? Padat dah.. ni pon berat dah pon masa loading..
Tamat segmen ini , jam 11.59 malam , 20/7/2012 . Tiada penyenaraian list dibuat . Geledah je kat ruangan komen ni yer ..


Terima kasih




'suka duka pentas dunia'