Mana hilangnya seri wajah
hanya kerana juwita lebih jelita
atau kerana hilangnya aura seri
ambillah wuduk solatlah
kata ulama' seri wajah ada pada wuduk
mana hilangnya sabar
hanya kerana kesakitan atau kemarahan
sabar hilang melayang tidak bertali
kata ulama' ambillah wuduk sebagai ubat
mana hilangnya sayang
hanya kerana juwita tersalah jalan
bukan kerana tersalah pilih laluan
tetapi malang menimpa
hingga hilangnya pertimbangan
lalu... hilangnya sayang
kenanglah masa bahagia mu walau seketika
itu semua cukup pengubat sayang
semoga sayang kembali bertamu
bermukim di sudut sanubari
secebis rindu pengubat lara
Mana hilangnya simpati
hanya kerana kesilapan secebis cuba
hujan sehari hilang jejak setahun
pulih semula ingatan yang hilang
ambil iktibar dari pengalaman
tiada yang kekal tiada yang abadi
kelak semua akan ke sana
simpati bukan kerana benci
simpati tersimpan di lubuk hati
galilah ia secekal juwita
cabaran mendatang tak siapa menduga.
langit tidak selalu cerah
mendung tiba membawa cerita
sang hujan bakal tiba membasahkan bumi
untuk seketika biarkan mendung itu
kerna langit tidak selalunya cerah
bersabar walau seketika
lebih bererti dari murka
"suka duka pentas dunia"
^-^
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.