gambar ini memang subjektif kerana ia diambil dari promo AVIRA yang akan muncul setiap kali bila notebook ini di 'on
Gambar di atas langsung tidak memberi gambaran mengenai jalan cerita ini.
Cerita ini bermula apabila subjektif telah tertinggal handphone di rumah secara tidak sengaja pada hari bekerja. Pesanan telah ditinggalkan kepada Predikat mengenai perkara yang yang terjadi. Harapan subjektif adalah predikat tidak akan naik angin hanya kerana kesilapan yan tidak disengajakannya itu.
Predikat sebenarnya telah mengetahui akan kejadian yang berlaku. Tetapi entah di mana silapnya kerana gangguan sekeliling yang tiba secara tidak disangka. Semuanya menjadi subjektif.
Diringkaskan cerita haruskah subjektif berdukacita atas kejadian yang menimpa atau membiarkan saja peristiwa itu berlalu pergi meninggalkan sejarah.
Atau,
andai ianya semuanya subjektif
mengapa pula predikat
adakah predikat tidak akan menjadi subjektif
Semuanya subjektif
Subjektif adalah subjektif
Predikat tetap predikat
"suka duka pentas dunia"
(6-6)
~