Pageviews

12 Mac 2012

Kasut pilihan bukan kasut idaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Nak bercerita tentang kasut pula.  Bukan kerana tiada idea, tetapi dah berlebihan ideanya sampai mencurah-curah hingga tak tahu mana nak tulis... Hehehe

Yangbaik, kalau bab mencari kasut memang suka sangat terutama bila dapat catalog baru dari Rorine atau Leno.  Sayangnya hasrat untuk mendapatkan kasut idaman jarang sekali kesampaian.  Kecuali dari Rorine memang belum pernah beli lagi.  Yang selalu dibeli adalah jenama BATA.  Sejak 'azali' pilihanku adalah BATA.  Entah mengapa, koleksi kasut pilihan kebanyakannya datang dari BATA.


Kasut BATA terakhir yang dimiliki masih lagi elok, tetapi tidak selalu dipakai kerana tumitnya 'semakin tinggi'.  Masih dalam keadaan baik dan akan dipakai bila rasa teringin berkasut tinggi.  (Macamlah tinggi sangat kan..)

Tetapi sejak kebelakangan ini, mencari kasut yang sesuai dengan harga dan rekabentuk menjadi semakin sukar.  Bila jumpa 'design' yang sedang elok, harga pula tak sepadan (mahal sangat).  Kadang-kadang 'design' kasut memang dah elok sangat2 tetapi tumit tinggi la pulak.  Yangbaik memang tak sesuai sangat pakai kasut tumit tinggi terutama yang lebih dari 2 inci.  Itupun dah kira tinggi. 

Dengan umur yang semakin meningkat tambahan pula dengan berat badan yang susah nak stabil (berat badan naik dengan senang hati tetapi susah sikit nak turun).  Dengan itu, kasut 'flat' atau tapak rata adalah lebih sesuai bagi wanita yang banyak bergerak terutama ketika terlibat dengan pengendalian program jabatan. 

Kasut hitam ini, walaupun design yang ringkas tetapi sedap dipakai... maksudnya selesa dan senang dibawa berlari (?).  Jenamanya tak ingat, dah tanggal dari tapaknya.  Harganya berpatutan sekali dan rasa sungguh berbaloi. 

Sayangnya atas kecuaian sendiri atau juga kerana kesilapan pihak lain yang tidak menjaga keselamatan pengunjungnya.  Kasut ini dengan tidak sengaja telah terlanggar besi cerucuk yang tertanam di satu laluan mengakibatkan ia terkoyak (sedikit).   Kasut ini akhir tersimpan dalam rak kasut dan menanti tukang kasut untuk dibaiki (jika boleh). 

Menariknya, kasut ini walaupun tersimpan sekian lama (hampir 6 bulan atau lebih) permukaannya tidak terkoyak atau 'tersopak', masih elok tidak seperti sesetengah kasut yang akan 'tersopak' bila lama tidak memakainya.

Inilah sebahagian dari perjalanan dan kisah kasut. 
Sekian adanya.

.

World Sleep Day 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


World Sleep Day 2012

Tarikh:  17-18 Mac 2012
Masa:  10:00am - 10:00pm
Tempat:  Berjaya Time Square (LG Concourse)

11 Mac 2012

Berhenti Mengharap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Untuk kesekian kali, tajuk Berhenti Mengharap diutarakan. Tetapi dalam situasi yang berbeza.  Berhenti mengharap bukan bermakna berputus asa tetapi lebih kepada kurangkan kebergantungan kepada orang lain.  Juga bukan kerana tidak percaya tetapi lebih kepada membina keyakinan diri dan keupayaan diri untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dan urusan.

Berhenti mengharap dengan harapan orang lain tidak menyalahkan kita atas kesilapan yang bukan kita lakukan kerana kita terlalu banyak mengharap kepada orang lain untuk menyelesaikan urusan kerja kita.

Sentiasa berwaspada atas setiap tutur kata, perbuatan dan juga tulisan.  Bertanggungjawab atas setiap apa yang berlaku ...berat juga nih.  Macam mana yer?

(>-<)

?

10 Mac 2012

Lagi gambar dalam banglo contoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Baru-baru ni, tak berapa ingat tarikhnya bila Yangbaik sekali lagi bersama keluarga melawat ke rumah contoh MRCB di Puncak Iskandar.  Kali ini sempat lah merakam beberapa keping gambar dalam banglo contoh.  Mungkin juga boleh dijadikan idea untuk menghias rumah.


Yangbaik juga baru menerima surat kelulusan pinjaman perumahan dari Bahagian Pinjaman Perumahan.  Insya-Allah dengan adanya kenaikan gaji bermula 1 Januari 2012 sempatlah menyimpan sedikit demi sedikit untuk rumah idaman yang bakal disiapkan menjelang tahun 2014... jika mengikut jadual.  Apa pun kita mampu merancang, semoga perancangan kita diberkati Ilahi dan dipermudahkan segala urusan.



Baiklah berbalik kepada gambar baru yang sempat dirakam.  Jom kita hayati koleksi gambar yang tidak seberapanya ini.  Maklumlah Yangbaik belum lagi menjadi Jurugambar bertauliah... sekadar memenuhkan hobi dahulu...

Layan lah ye..


 kawasan luar banglo yang dmaksudkan....lanskapnya menarik...
boleh dijadikan contoh untuk lanskap terbaik


 

sebaik sahaja pintu utama dibuka... terus disambut dengan cermin besar dan bunga antik...menarik!


 

gambar 3 dalam 1; siling, wallpaper dan langsir/tingkap di ruang tamu


 
laluan dari ruang tamu ke dapur, kiri dan kananya adalah bilik.  Sejurus melepasi ruang tamu terdapat ruang untuk ke kolam mandi di sebelah kiri.


laluan dari ruang makan menghala ke ruang tamu pula... gembira ria dua beradik tu berlari... awas! terlanggar lampu kaca tu... jenuh kena bayar pulak...


ruang makan keluarga dan tetamu berasingan dari dapur.  Perasan tak wallpapernya sama ruang tamu.  Contoh aje kan...


kamar utama @ master bedroom terletak bersebelahan kolam mandi...memang luas boleh main sorok-sorok lagi... ngeee

sekian adanya...cerita bergambar yang tak seberapa...jika ada yang berkenaan boleh terus hubungi MRCB @ SIDEC di Seri Iskandar...promosi....  mana tau boleh dapat diskaun ker...

(^-^)
.

09 Mac 2012

My Pinky Moments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


My Pinky Moments

Sungguh-sungguh teruja sangat nak berkongsi memori indah merah jambu bersama Eyriqazz.com dan madammondoq.com.


Sebelum bercerita lebih panjang... meh lihat gambar si merah jambu yang ingin dikongsikan bersama.



walla.... pinky habis gitu. 
Gambar ini dirakam ketika Inas Insyirah belajar melakar di atas kertas lukisan abangnya (Alif) dan diberi tunjuk ajar oleh ayahnya yang merupakan bekas pelukis terbaik di zaman sekolahnya... di mana tumpahnya kuah jika tidak ke pinggan nasi.

Yang sebetulnya gambar ini terdapat dalam empat (4) siri.  Memandangkan penganjur memberikan syarat dua (2) keping saja ... maka inilah gambar terbaik pilihan ayahnya.

So!!! kepada kawan-kawan blogger sekalian, moh kita ramai-ramai sertai My Pinky Moments Contest.  Tarikh tutup contest adalah pada 31 Mac 2012.  masih banyak masa lagi untuk dapatkan mana-mana gambar kenangan yang berasaskan warna pink.

Hadiahnya menarik sekali, antaranya:
Tempat Pertama : RM100 + Duit Kertas RM20 baharu
Tempat kedua : RM50 + Duit kertas RM1 dan RM5 baharu
Tempat ketiga : RM30 + duit kertas RM1 dan RM5 baharu
Hadiah saguhati x 5 = RM10 Cash/top up

Dan... dijangka akan bertambah sekiranya penaja bertambah lagi.... dan lagi ... dan lagi.

Apa lagi?  Untuk mendapatkan penerangan lanjut... sila klik SINI

Untuk makluman (ayat skema macam surat rasmi pula), Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com dan Madammondoq.com ditaja bersama HazmanFadzil.Com , Alyzafisol.com , Blogr.my , Sharidawati.blogspot.com dan Enveeus.Com"


Last but not least, Think Pink
(^-^) 
.


Baru iPad 3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

The new iPad (iPad baru)

Agak mengejutkan juga (bagi yangbaik) sementelahan iPad2 baru saja berada di pasaran tidak sampai 2 tahun dan kini keluar pula iPad baru.  Ingatkan iPad3... betul tak lepas 2 datangnya 3... tetapi 'baru' pula perginya.

Banyak kelebihan antara iPad2 dan iPad baru.  Blogger ariffshah dan amanz awal-awal lagi dah buat kajian terperinci dan laporan mengenai iPad baru.... teruja nak dapatkan iPad baru.

iPad2

Dengar khabar harga iPad2 dah runtuh sebanyak RM300.00.

iPad2 idaman hati
harganya mahal tidak terperi
iPad baru nama diberi
keluaran baru dunia IT

...



Blog dan Tanpa Nama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dalam apa juga keadaan dan apa juga yang dilakukan seringkali kita akan berhadapan dengan sesuatu yang tidak kita ketahui.  Dan sesuatu yang tidak diketahui ini seringkali akan mengganggu tumpuan kita terhadap apa yang kita lakukan.  Seoalah-olah ada peminat misteri ... seperti artis.

Tanpa nama.  Itulah di antara pengomen atau peminat setia yang sering singgah di blog.  Lazimnya Tanpa nama tidak kita kenali sebaliknya Tanpa nama yang mengenali kita ... blogger.

Mengapa Tanpa nama?  Itulah persoalan yang sering berlegar di pemikiran blogger.  Sudahlah blog pun tak berapa popular, nak menulis pun tak berapa pandai... kadang-kadang tajuk lain isi cerita pulak lain... tak sepadan langsung.

Namun bagus juga ada Tanpa nama, kerana secara tidak langsung bertambahlah pengomen di dalam blog.  Walau apa pun... tapisan komen tetap ada tidaklah bulat-bulat komennya di'publish'.

Siapa Tanpa nama?  Tidak diketahui apa, kenapa, siapa, bila dan bagaimana Tanpa nama boleh ujud.  Adalah menjadi harapan (?) Tanpa nama ini bukanlah berniat tidak baik terhadap blog tetapi untuk menjaga keselamatan dan 'privasi' dirinya.  Biarkan. 

Hobi Tanpa nama?  Sesiapa yang merasakan dirinya Tanpa nama berilah jawapan yang pasti untuk setiap persoalan yang diutarakan.

Tak suka Tanpa nama?  Bukan tidak suka, tetapi tak berapa berkenan dengan cara demikian, walaupun begitu kehadiran Tanpa nama tetap dialu-alukan... selalulah beri komen yang bernas dan membina untuk kemajuan diri sendiri dan juga blog ini... komen biasa-biasa pun tak per...

Sekian.

.

08 Mac 2012

Hari Wanita Antarabangsa | 8 Mac

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Hari ini hari wanita sedunia atau hari wanita antarabangsa.  Tetapi... kenapa tiada pula wanita-wanita di sekitar yangbaik hatta yangbaik sendiri menerima sepotong kek atau secangkir susu secara percuma.

Adakah?   Siapa ?

Bukan ke bagus kalau setiap kali sambutan hari wanita, semua wanita diberikan cuti kerja atau jika bekerja digandakan emolumen mereka untuk satu hari itu... sahaja...

Ish..... merepek jer..

.

Ada apa dengan darjat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Ada apa dengan darjat
Di mana letaknya nilai darjat
Nilai darjat bukan pada wang
Nilai darjat letaknya pada hati

Apa terjadi bila darjat tiada
Penting sangatkah darjat
apa kepentingan darjat
Untuk diri sendiri, dunia atau di mana

Catatan tersentap kerana darjat orang sanggup lakukan apa sahaja sehingga sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri

Jadi diri sendiri... tak perlu kejar darjat

*

07 Mac 2012

Kebaikan dalam Berbagai Hal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sekali lagi berkongsi keindahan kehidupan