Pageviews

10 Mac 2012

Lagi gambar dalam banglo contoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Baru-baru ni, tak berapa ingat tarikhnya bila Yangbaik sekali lagi bersama keluarga melawat ke rumah contoh MRCB di Puncak Iskandar.  Kali ini sempat lah merakam beberapa keping gambar dalam banglo contoh.  Mungkin juga boleh dijadikan idea untuk menghias rumah.


Yangbaik juga baru menerima surat kelulusan pinjaman perumahan dari Bahagian Pinjaman Perumahan.  Insya-Allah dengan adanya kenaikan gaji bermula 1 Januari 2012 sempatlah menyimpan sedikit demi sedikit untuk rumah idaman yang bakal disiapkan menjelang tahun 2014... jika mengikut jadual.  Apa pun kita mampu merancang, semoga perancangan kita diberkati Ilahi dan dipermudahkan segala urusan.



Baiklah berbalik kepada gambar baru yang sempat dirakam.  Jom kita hayati koleksi gambar yang tidak seberapanya ini.  Maklumlah Yangbaik belum lagi menjadi Jurugambar bertauliah... sekadar memenuhkan hobi dahulu...

Layan lah ye..


 kawasan luar banglo yang dmaksudkan....lanskapnya menarik...
boleh dijadikan contoh untuk lanskap terbaik


 

sebaik sahaja pintu utama dibuka... terus disambut dengan cermin besar dan bunga antik...menarik!


 

gambar 3 dalam 1; siling, wallpaper dan langsir/tingkap di ruang tamu


 
laluan dari ruang tamu ke dapur, kiri dan kananya adalah bilik.  Sejurus melepasi ruang tamu terdapat ruang untuk ke kolam mandi di sebelah kiri.


laluan dari ruang makan menghala ke ruang tamu pula... gembira ria dua beradik tu berlari... awas! terlanggar lampu kaca tu... jenuh kena bayar pulak...


ruang makan keluarga dan tetamu berasingan dari dapur.  Perasan tak wallpapernya sama ruang tamu.  Contoh aje kan...


kamar utama @ master bedroom terletak bersebelahan kolam mandi...memang luas boleh main sorok-sorok lagi... ngeee

sekian adanya...cerita bergambar yang tak seberapa...jika ada yang berkenaan boleh terus hubungi MRCB @ SIDEC di Seri Iskandar...promosi....  mana tau boleh dapat diskaun ker...

(^-^)
.

7 ulasan:

  1. pilihan warna coklat, memang cantik n nampak natural.

    BalasPadam
  2. warna coklat memang cantik... boleh guna untuk tema raya tahun ni.

    BalasPadam
  3. to ariena,

    bukan rumah tu la...
    itu rumah contoh jer..
    hehehe

    BalasPadam
  4. abeh,beli rumah yang mana??design yg itu kah...?
    atau yang lain...?
    masih ada kosong lagi tak...??
    hari tuh kami cadang nak survey,tapi pejabat jualannya tutup pula...ntah bila lagik baru bleh survey...huhu..

    BalasPadam
  5. Salam.. Da dua tahun since post blog ni..rumah tu da siap ke?
    Macam mana workmanship dia? Ok ke ko? Ada kosong lg ke banglow tu ek??

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.