Dalam apa juga keadaan dan apa juga yang dilakukan seringkali kita akan berhadapan dengan sesuatu yang tidak kita ketahui. Dan sesuatu yang tidak diketahui ini seringkali akan mengganggu tumpuan kita terhadap apa yang kita lakukan. Seoalah-olah ada peminat misteri ... seperti artis.
Tanpa nama. Itulah di antara pengomen atau peminat setia yang sering singgah di blog. Lazimnya Tanpa nama tidak kita kenali sebaliknya Tanpa nama yang mengenali kita ... blogger.
Mengapa Tanpa nama? Itulah persoalan yang sering berlegar di pemikiran blogger. Sudahlah blog pun tak berapa popular, nak menulis pun tak berapa pandai... kadang-kadang tajuk lain isi cerita pulak lain... tak sepadan langsung.
Namun bagus juga ada Tanpa nama, kerana secara tidak langsung bertambahlah pengomen di dalam blog. Walau apa pun... tapisan komen tetap ada tidaklah bulat-bulat komennya di'publish'.
Siapa Tanpa nama? Tidak diketahui apa, kenapa, siapa, bila dan bagaimana Tanpa nama boleh ujud. Adalah menjadi harapan (?) Tanpa nama ini bukanlah berniat tidak baik terhadap blog tetapi untuk menjaga keselamatan dan 'privasi' dirinya. Biarkan.
Hobi Tanpa nama? Sesiapa yang merasakan dirinya Tanpa nama berilah jawapan yang pasti untuk setiap persoalan yang diutarakan.
Tak suka Tanpa nama? Bukan tidak suka, tetapi tak berapa berkenan dengan cara demikian, walaupun begitu kehadiran Tanpa nama tetap dialu-alukan... selalulah beri komen yang bernas dan membina untuk kemajuan diri sendiri dan juga blog ini... komen biasa-biasa pun tak per...
Sekian.
.
yang suka tinggal komen ANonN nih orang yg
BalasPadamsuka komen pedas2.. Ada pula tuh ANonN tapi
komen yg bermakna... 2 kategori manusia yg
berbeza...
betul tu, tanpa nama mengambarkan seperti lempar batu sebunyi tangan. apapun mungkin mungkin pengomen yg tanpa nama ada sebab atau alasannya sendiri
BalasPadamSoalan penulis yang manakah hendak dijawab? :)
BalasPadamSelamat berhari minggu bersama suami dan anak-anak.
Which question should be answered? :)
BalasPadamEnjoy ur weekend with ur hubby n cute kids!
to Tanpa Nama,
BalasPadamjawablah mana-mana soalan, tak kisah...
BTW... tq sudi tinggalkan jejak di sini
:)