Pageviews

23 Jun 2011

Jalan-jalan di tengahari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tengahari rembang nih, matahari atas kepala tetapi tak sanggup nak gambarkan kalau matahari tu sejengkal atas kepala.  Panasnya di dunia ni suhu baru jer menjangkau 31  darjah celsius (mana nak cari darjah tu ha?) tu pun dah berpeluh ketiak tak kira lagi dengan bau hapak badannya. 

Kalau yang tak tutup aurat ... I mean tak tutup kulit yer... dah pasti terbakar kulit... pakai lah losyen apa pun hazeline snow ker apa ker... rasanya tak berbaloi gak... kan ke bagus ditutup kulit tu... tapi tak bagus juga kalau ditutup kulit tu dengan sendat sesendatnya, sampaikan urat pun nampak berbekas... heisss... malu nak cakap la... kalau orang perempuan ... pakai la elok2 sikit nak keluar rumah tu... nak runjuk kat sapa... tak elok, kalau pakai kat rumahpun ada batasnya... ini kan pulak kat khalayak ramai...

Cukuplah dulu... berleter panjang lebar kat sini nanti kena block pulak blog nih... cuma masih bernasib baik sebab rasanya blog ni tak termasuk dalam senarai blog yang nak kena hack... Yang si hackers pun satu hal lagik ... kenapa nak menyusahkan orang...

Aye memang tak pandai la nak mengarang panjang-panjang macam si yuyu zulaikha aka kupu-kupu kecik.

Kadang-kadang idea datang bergolek ketika dalam kereta... tak sempat nak menulis.... kalau menulis dalam kereta alamatnya pening termuntah monggek la... tak pun masa ide datang masa tu lah notebook nak meragam... cubaaan dan halangan yang datang pasti hikmahnya ...

sekian adanya...
sarapan pagi 3 tahun lepas kot...

Nak buat permohonan lagi?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada beberapa permohonan antaranya....


Aku berdo'a memohon kepada Allah tiga perkara. Allah telah mengabulkan dua perkara untukku; Dan kini aku menanti perkara yang ke tiga. Pertama, aku memohon kepada-Nya agar Ia (Allah) menjadikanku sebagai orang yang zuhud terhadap dunia, dan kini aku tidak peduli apa datang kepadaku maupun apa yang pergi meninggalkanku dari perkara dunia. Ke dua, aku memohon kepada-Nya agar Ia (Allah) memberikan kekuatan kepadaku untuk bisa senantiasa menjaga shalat (fardhu dan nafilah), dan Allah telah mengabulkannya. Adapun yang ke tiga, aku memohon kepada-Nya agar Ia (Allah) menganugerahkan kepadaku asy-Syahadah (gugur di medan jihad), dan hingga kini aku masih menanti kedatangannya. ('Amr bin 'Utbah bin Farqad)


Sekian... semoga bermanfaat

Tak tahu nak kata apa | Tunggu peluang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ayat skema pula.  Tak tahu nak kata apa kerana notebook ni dah meragam dan meragam lagi.  Nak tunggu peluang beli baru... hari ni hari gaji weh... tak boleh beli jugak... banyak lagi menunggu, dengan susu pampers anak.. dan barang-barang dapur... dah tu pula harga barang semakin naik... kalau lah ada kedai rakyat 1Malaysia kat sini kan bagus...


Hairan juga ya, macam mana boleh ada kedai jual murah untuk barang yang sama dan ada kedai yang jual mahal sangat untuk barang yang sama juga... ayat berulang yer...

Hentam jer la... sementara notebook ni masih boleh jalan...

22 Jun 2011

Wordless Wednesday!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Wordless Wednesday!.. Berkali-klia tengok ejaan perkataan tu takut-takut tersalah eja pulak...

Terlompat sebentar dari meja kerja nak kejar dateline nak kena hantar petang ni jugak...

so... tanpa banyak bicara nak update blog jer nih haa...

Maaf kepada semua yang tersinggah... tak dapat nak update cerita terbaru lagi...

to Bro Eyriqazz.com Keychain LWOT dah terima, berebut dengan anak2 nak main papan seluncur katanya....
dapat keychain satu... warna biru
dan... berebut dengan dua beradik ni ha... nasib lagi yang lagi sorang tak tau nak berebut...hehehe

19 Jun 2011

19 Jun 2011 | Selamat Hari Ayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Agak terlewat sikit buat entry ni.. sebab si comel ni dah mula meragam.  Jadi mood untuk update cerita pun semakin luntur.  Ada pembaca bagi tips katanya si comel itu nak kan belaian.  Kalau si jari runcing atau model gadis semasa okehlah juga bagi belaian.  Tapi ini Toshiba... apa nak buat? Nak ganti baru.. nak tunggu samsung atau iPad2 menjengah kat muka pintu... tu pun kalau ada rezeki.  Rezeki sempena hari ayah kot... tunggu jer



Berbalik kepada tajuk cerita.  Hari ini, pagi-pagi lagi bangun dari tidur Alif ucap 'Selamat Hari Ayah' kepada ayahnya.  Ayah pula macam tak perasan, senyap jer sambil bersiap nak pergi kerja.  Sepanjang minggu Kursus Induksi walaupun bukan ayah yang berkursus kena juga pergi kerja walaupun pada hujung minggu.  Selalunya pada setiap hujung minggu ayah akan bekerja ikut syif sama ada pagi atau petang dan baliknya malam sikit... sehingga itu si jari runcing pun menunggu ayahnya balik dan berbuallah mereka sehingga lewat malam pula.



EH he... banyak pula selingan yer.  Dah ayah bersiap lepas minum ayah terus keluar.  Dan, sekali lagi ayah ke muka pintu dan mengucapkan 'Ayah! Selamat Hari Ayah!'.  Ayah mungkin sedikit terkejut lantas mengucapkan terima kasih dan mengucup dahi Alif.  Baru nampak kepuasan di muka Alif.

Selamat hari Bapa:  Bapa Bukan Hanya Cari Rezeki

18 Jun 2011

17 Jun 2011 | Tarikh Keputusan Peperiksaan Ijazah UiTM April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

17 Jun 2011, hari Jumaat.  Semalam bukan hari ini.  Kerana hari ini adalah hari Sabtu.  Pada tarikh berkenaan maka keluarlah keputusan peperiksaan Ijazah UiTM bagi peperiksaan untuk bulan April dan Mei 2011.

Lantaran itu timbul pelbagai spekulasi mengenai keputusan peperiksaan.  Semoga semua yang menduduki peperiksaan tersebut mendapat keputusan cemerlang.  Kepada yang masih belum terima, pastikan anda telah memenuhi syarat utama iaitu 'SUFO'.  Makkumat mengenai SUFO ada di dalam portal pelajar.  Bersabarlah dan jangan buat spekulasi.

Good luck to all

Bersiap sedia untuk Mereka Bahagian Gembira

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sedang-bersiap-siap untuk keluar jalan2 dengan anak2 tiba2 dapat panggilan yang tak berapa nak hangit... sebab belum masuk dalam kuali atau periuk tekanan lagi... panggilan hangit nih... memang tak suka... sebab tak dapat nak berliburan dengan keluarga sehari dua nih... sebab ayah kena pi kerja pulak...dok kat rumah jer lah... jalan2 dengan kereta sorong Inas... huhuhu

menunggu ketibaan Mudah Bahagia Gumbira... Sembilan hari makan double pizza lengkap bersama lima biji limau mandarin....hehehe  macam teka-teki kan... cerita ni ada kaitan dengan salah seorang folower terbaru aye... tak yah teka... sebab tak der hadiah pon...

~~~~~~~~

Ketahuilah! Sesungguhnya dunia telah bersiap-siap untuk meninggalkan kita dan sebaliknya akhirat telah bersiap untuk menjemput kita. Masing-masing dari keduanya (dunia dan akhirat) memiliki anak-anak. Jadilah kalian semua anak-anak akhirat dan janganlah kalian menjadi anak-anak dunia, karena sesungguhnya hari ini (dunia) adalah waktu untuk beramal tanpa ada hisab (perhitungan amal), sedangkan esok hari (akhirat) adalah saatnya hisab tanpa ada amalan.
('Ali bin Abi Thalib)

17 Jun 2011

Meragam sudah!!!

Selamat sejahtera,

Tak tahu ?... Okey, direct to the point.  Panjang lebar bercerita nanti tak sempat pulak...

Betul kurang faham sebenarnya, mengapa sejak kebelakangan ini si dia ini mula meragam.  Nak update blog ni saja dah hampir 10 kali restart... Entah di mana silap dan apa punca kurang periksa.  Nampaknya kena buat sesuatu

inilah yang dimaksudkan dengan si dia itu.... Toshiba Satellite L200
Beli tahun 2008 semasa promosi Tahun Baru Cina

5 blog paling kerap dilawati 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Entah apa la pula mimpi malam tadi, tiba-tiba hari ini di kesempatan yang ada ni tergerak hati nak buat catatan tentang 5 blog yang kerap dilawati 2011.  Yang pastinya 5 blog ini mesti dilawati tak kiralah tahun 2011 ataupun tahun-tahun yang mendatang. 


Projek dianjurkan oleh Denaihati ini bertujuan untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda.  Network Blogger ini akan sangat diperlukan pada waktu-waktu tertentu seperti membantu teman blogger menang contest seperti Bantu Blogger jadi No 1.

Eh! tunggu sekejap bila baca tajuk tu banyak kali lain macam pulak makdudnya.  Okeh tak per... biarkan dulu, biarkan penganjur yang jelaskan nanti. 

Tanpa banyak bicara dan celoteh panjang berikut disenaraikan 5 blog yang paling kerap dilawati 2011.

1.  Great Teacher Onizuka - eyriqazz.com
Kenapa?  Sebab ada kisah keluarga, tips, kisah kehidupan dan banyak info yang ringkas dan menarik serta memikat hati... yehaaa

2.  Santai Bersama Ben Ashaari
Kenapa?  Sebab blog ni santai taklah berat sangat kepala otak ni nak pikirkan.  Isu yang dilontarkan dalam bentuk yang sangat2 ringan tapi padat ...

3.  Princess Victoria
 Kenapa?  Untuk cuci mata... orang perempuan kan...

4.  Denaihati - Hidup Untuk Memberi
Kenapa?  Bukan kerana dia penganjur projek ni, tetapi sebab banyak info yang baik untuk peringatan buat hati yang dilontarkan dalam bentuk santai dan selesa.

5.  Red Mummy - Red Diva
Kenapa? Sebab .... of coz la diva kan... walaupun kadang-kadang gaya bahasanya kadang-kadang broken... tapi mudah difahami dan ringan.


Nak buat kesimpulan ker?  Bukan 5 blog ni ajer yang dilawati banyak lagi... oleh kerana penganjur nak 5 jer... so inilah antar 5 blog yang paling kerap dilawati untuk tahun 2011 nih.  Blog-blog yang lain tu ha... tersenarai banyak dalam 'bloglist yangbaik' selalu dilawati...

Dan, bahan rujukan santai dan ringan ini memang perlu kerana semasa kerja dah jenuh baca kertas kerja dan minit mesyuarat serta peraturan-peraturan akademik dan peraturan pejabat yang berat-berat.  Sesekali ada juga singgah ke blog yang bahan bacaannya yang ringan ni ... dapatlah kurangkan beban dan stress.

Wordless lagi... sebuah contoh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

entah apa-apa jer tajuk stori the mori hari ini... pemiliknya tengah ketandusan masa ... ide tu ada... tapi tak sempat nak mengarang panjang lagi... huhu;...

time management!!!!.... mana nak cari ni... kalau ada wizard atau template untuk manage time kan senang....

yang pasti ingat ... ingat yer kawan-kawan jangan buat kerja multi-tasking... kerana ia boleh memendekkan umur...

nanti lain kesempatan cerita pasal multi tasking nih... adehhh


~~~~~~~~~~~~~~

Sesungguhnya cara terbaik untuk menanamkan keimanan dan akhlak yang terpuji dalam diri anak kecil adalah dengan memberikan contoh nyata dan perilaku yang baik. Sesering apapun kita berbicara kepadanya tentang shalat –misalnya- maka tidak akan banyak berpengaruh, kecuali jika ia melihat kita (sebagai orang tua dan pendidik) senantiasa menjaga shalat lima waktu tepat pada waktunya.
(Abduh Majalli)