Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Hari Bapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Bapa. Papar semua catatan

21 Jun 2020

[Selamat Hari Bapa] Setelah ada anak lelaki dan anak perempuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Setelah ada anak lelaki dan anak perempuan


Alhamdulillah, anak sulung saya Allah beri seorang lelaki
Jujur saya akui
Setelah sekian lama mengharap dan berdoa
Masa yang berlalu dirasakan terlalu lama
hampir saja rasa kosong
namun masih juga mengharap dan segera sedar sepenuhnya
kerana doa dan harapan itu pemilik makbulnya ada Allah



Masa pertama kali mengetahui dalam rahim ini ada penghuni
Sungguh tidak percaya namun yakin doa itu telah dimakbulkan
Lantas segera mengharap agar penghuni itu seorang lelaki 
yang kelak merupakan anak soleh dan penjaga maruah keluarga dan agama
Besar sungguh pengharapan
Hari-hari yang berlalu itulah pengharapan yang dipanjatkan

Setelah lahirnya insan suci itu
Terasa sungguh semangat seorang ibu
Cabaran yang dilalui diharungi dengan sabar
Kerana itulah pengharapan dan doa yang sering dialunkan dahulu

Mak sentiasa pesan,
Ada anak jangan ambil mudah
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya tak kurang besar
Jaga anak baik-baik didik elok-elok

Tidak berapa lama
adik perempuannya pula menyusul
Terasa sungguh luar biasa
Ada anak lelaki dan perempuan
Sudah lengkapkah hidup berumahtangga

Mak berpesan lagi,
Ada anak perempuan jaga elok-elok
perempuan tak sama dengan anak lelaki
Tanggungjawabnya juga berat
lebih berat lagi dari jaga anak lelaki

Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi
Biarpuan ketika kecil harus diajar berpakaian murni
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan
Ajari mereka pakaian sopan tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajari mereka menikmati zaman kanak kanak dengan jiwa murni
bila dewasa mereka mudah mengerti

Bila ada anak perempuan
Didik dengan elok dengan jiwa suci
Usah dibiar tidur sana sini
Ajari mereka tidur setempat di dalam bilik
Biar selamat dari angkara
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Sentiasa temani mereka
Santuni mereka dengan elok
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka urusan wanita
biar berperingkat ikut usia
biar mula dari awal
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali siapa kawan mereka
Rakan yang baik atau pemusnah
Biar rakan bawa ke syurga bukan bawa ke neraka
Mampukah kita
In shaa Allah, semoga dipermudahkan Allah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa bilik dan beg mereka
Apa yang dikongsi apa yang ditulis
Ambil tahu kerana kita peduli

Bila tiba saatnya mereka bakal hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga
Ingat sentiasa pesanan kita

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung...

.....
Perkongsian semula sempena Hari Bapa 2020

Terima kasih.

.

17 Jun 2012

Isra' Mikraj dan Hari Bapa

As salam


Selamat menyambut Isra' Mikraj.  Hari ini 27 Rejab 1433 Hijrah bersamaan 17 Jun 2012.  27 Rejab adalah hari Isra' Mikraj. 

Dan, berkebetulan pula hari ini adalah 17 Jun merupakan hari bapa.  Selamat Hari Bapa. 

Cuma tidak kelihatan atau yangbaik tidak perasan, tidak kelihatan pula promo mengenai hari Isra'Mikraj di kaca TV yang ada hanyalah promo Hari Bapa.

.

19 Jun 2011

19 Jun 2011 | Selamat Hari Ayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Agak terlewat sikit buat entry ni.. sebab si comel ni dah mula meragam.  Jadi mood untuk update cerita pun semakin luntur.  Ada pembaca bagi tips katanya si comel itu nak kan belaian.  Kalau si jari runcing atau model gadis semasa okehlah juga bagi belaian.  Tapi ini Toshiba... apa nak buat? Nak ganti baru.. nak tunggu samsung atau iPad2 menjengah kat muka pintu... tu pun kalau ada rezeki.  Rezeki sempena hari ayah kot... tunggu jer



Berbalik kepada tajuk cerita.  Hari ini, pagi-pagi lagi bangun dari tidur Alif ucap 'Selamat Hari Ayah' kepada ayahnya.  Ayah pula macam tak perasan, senyap jer sambil bersiap nak pergi kerja.  Sepanjang minggu Kursus Induksi walaupun bukan ayah yang berkursus kena juga pergi kerja walaupun pada hujung minggu.  Selalunya pada setiap hujung minggu ayah akan bekerja ikut syif sama ada pagi atau petang dan baliknya malam sikit... sehingga itu si jari runcing pun menunggu ayahnya balik dan berbuallah mereka sehingga lewat malam pula.



EH he... banyak pula selingan yer.  Dah ayah bersiap lepas minum ayah terus keluar.  Dan, sekali lagi ayah ke muka pintu dan mengucapkan 'Ayah! Selamat Hari Ayah!'.  Ayah mungkin sedikit terkejut lantas mengucapkan terima kasih dan mengucup dahi Alif.  Baru nampak kepuasan di muka Alif.

Selamat hari Bapa:  Bapa Bukan Hanya Cari Rezeki

21 Jun 2010

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hmm.... diam tak diam dah tiba Hari Bapa pulak
Hari Ibu baru lepas... baru 5 tahun merasa jadi Ibu
Dan untuk bapa pulak... sama lah baru 5 tahun juga...

Selamat hari bapa buat suamiku yang tersayang...
tak lupa juga buat bapa mertua ku... dan semua bapa di seluruh Malaysia hatta (bukan Hatta Dolmat ye.... sori) seluruh Dunia sekalipun

Semoga menjadi bapa yang terbaik buat anak-anak kalian... semoga tabah dalam mengharungi kehidupan...

Sebut kisah bapa... teringat satu kisah di TV7 petang semalam... ada sesapa yang tonton.... agak sedih juga... boleh jadi iktibar buat kehidupan kita kan...

Sekian..

Carian