Pageviews

13 Januari 2010

Ada apa dengan Nur Kasih mahupun Cinta Balqis

Salam,
Entri kali ni ditulis dari Shah Alam, guna laptop kawan... timasih Mie
Nak juga buat entri ni sebab ... tak mau nanti idea tertinggal atau luput dari ingatan
Petang semalam (12/1/2010) atau lebih tepat malam tadi la... lepas tengok cerita Cinta Balqis
Sama ada Cinta Balqis atau Nur Kasih... dua-duanya ada persamaan dan perbezaan yang amat ketara (pada pendapat AYE)

Dan... kedua-dua cerita tu tidak AYE ikuti sepenuhnya... kekadang tengok... kekadang terlepas
Hmmm... Kekadang tak tengok tu bukan sebab tak suka... tapi terlepas siaran... kerana AYE belum lagi jadi peminat TV yang tegar..

Nur Kasih... pelakun utamanya Tiz Zakyah (betul ke ejaan namanya?)... baru pertama kali aye tengok dia berlakun ... berkesan jugak lakunannya. AYE fikirkan di luar drama begitulah juga orangnya... tapi tak sangka... namun AYE harapkan beliau akan jadi begitu kelak... begitu juga dengan AYE.  Ops sama dari segi perawatakan saja bukan tapi bukan kesudahan cerita atau perjalanan ceritanya... apa yang AYE maksudkan adalah ketabahannya.

Cinta Balqis... lakunan Eira Syazira... dah banyak kali juga AYE ikuti lakukannya.  Agak berkesan jugak namun kekadang watak yang dibawa macam tak wajar atau real.  Cerita kali ni (Cinta Balqis), dari gadis kampung yang macam keras kepala sikit... tak tau nak beza dan tak boleh nak pikir mana baik dan mana buruk... Namun bila dah nak sampai penghujung cerita baru nampak pandai sikit...

Persamaan cerita ini adalah ketabahan seorang gadis dan wanita dalam mengharungi cubaan dan dugaan hidup.

Perbezaan adalah dalam menghadapi masalah... Nur akan mendekatkan dirinya pada Ilahi, namun Balqis... tak nampak pulak di tikar sejadah yang tau hanya termenung, menangis dan merintih.

Itulah hakikat dalam hidup kita adakala kita tabah dan bila menghadapi kesukaran kita perlu kembali kepada Ilahi meminta bantuan dan berserah diri.  Cuma janganlah jadi macam Balqis (kalau boleh la).

.... Tup-tup.... kelas dah nak mula... AYE berhenti di sini dulu.  Sekian.

12 Januari 2010

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP (1)

Assalamualaikum selamat sejahtera.  Berikut adalah rangkaian amalan terbaik dalam hidup setiap manusia. 

1.  Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan - Riwayat At-Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat ) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

ikuti sambungan berikutnya... adalah banyak lagi. 
~~~
Nota: artikel ini dipinjamkan daripada mazmi807@perak.uitm.edu.my
~~~

11 Januari 2010

Mengena, Terkena,... Mengapa Harus Terjadi?

Maafkan Natrah... apa kaitannya dengan cerita hari ini?  Baca dulu...
Entah di mana silapnya... hari ini tadi bersemangat nak kerja... banyak kerja yang perlu disiapkan dan diselesaikan segera...

cerita 1:  Pagi tadi... bila berjumpa seseorang ... ingatkan dah siap atau dah nak siap...
"Tipah tertipu"  plak.... memang dah agak dari awal lagi... tapi tak sangka betul plak.buatlah sendiri siapkan mana patut.  Moral of the story is  Pengajaran:  Sentiasalah bersangka baik dan fikirkan yang terbaik semoga setiap urusan mencapai kejayaan

Cerita 2:  Pagi tadi juga... selepas cerita 1, terima berita lagi... nak kata buruk, tak lah buruk sangat dan nak kata baik tak juga sebab tak berapa nak suka... tapi sekarang kena suka juga... sebab dah kena 'high impact 2010'.  Moral of the story Pengajaran lagi:  Terimalah tugasan ini sebagai cabaran 2010... kerana Hidup Berani Untuk Gagal. Jangan gagalkan hidup ini... kerana benda2 kecik dan remeh temeh tu...

Cerita 3:  Baru berkaitan dengan gambar di atas... Aye percaya ini adalah kerana kisah benar... kalau nak tau citernya bacalah, klik kat gambar tu... Macam tak percaya kan.  Moral of the story Pengajaran:  Dalam melusuri hidup ini, mesti ikhlas dan elakkan diri dari melukakan hati dan perasaan orang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tujuan Aye 'tempek' gambar di atas adalah untuk bacaan dan ingatan bersama.  Maafkan Aye andai ada yang terluka dengan entri kali ini.

08 Januari 2010

Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com



Macam nak citer ha... actually "Saya tahu contest ni dari blog denaihati.com".  Itupun dari facebook.  Puas juga cari entri ni kat blog denaihati tapi tak jumpa... kat mana...  jadi tak dapatlah AYE sertakan link penyertaan denaihati.  sori yek.., yang dapat AYE sertakan kat sini hanya link ke blog denaihati jer... harapan tu dapatlah blog aye dan blog denaihati tersenarai dalam contest ni.

Syarat2 untuk menyertai contest ni tak susah sangat... kalau nak tau lebih lanjut .. klik kat sini.  mudah jer... antara nak dengan tak nak jer..

Aye join contest ni pun saja suka-suka, mana tau boleh tambah kenalan... kalau ada yang sudi berkenalan la... Apa-apa pun yang penting... 'kerjasama' dan nak tambah skill .

Last but not least... cuba jangan tak cuba... selamat maju jaya...
'Hidup Berani Untuk Gagal'

edisi sekolah lagi...terjatuh pula

hari ke-2 alif ke sekolah
pagi tadi... hmmm macam malas je bangun
tapi semangat tetap ada...
cuma mungkin tak puas tidur
kerana semalam tidur lewat
puas bermain dengan Irdina
kerana seharian meninggalkan adik nan seorang

berlari ke sana kemari puaskan hati
lantas terjatuh ... luka lutut dan dahi
raungannya kedengaran ke seluruh pelusuk kampung negeri
mungkin kepalang sakitnya tidak terperi

namun ku tahu anak ku itu memang takut sakit... hehehe
lantas adik ambil peluang... minta didukung tanpa sebab
menyengih Irdina sukanya dia
abang kesakitan disapukan ubat

sayang anakku sayang

07 Januari 2010

hari pertama alif ke sekolah... jangan ingat tak boleh...

Nak buat citer apa ni...
alahai... anakku alif
tak tau antara yang betul-betul atau yang main-main
cita-citanya besar... umurnya belum mencecah 4 tahun
dah nak sekolah... ingatkan saja-saja cakap... rupanya memang besar harapannya
walaupun hari ini hari pertama alif ke sekolah
tapi bukan kali pertama
kerana tahun lepas dia pernah ke sekolah sekejap... untuk satu jam barangkali

hari pertama buka sekolah
alif ternampak kawan depan rumah ke sekolah...dia pun nak sekolah juga
umi dan ayah ingat alif saja-saja cakap
rupanya permintaannya tinggi... saban waktu bertanya dan minta nak ke sekolah
umi dan ayah yang tak mengerti
sehinggalah hari ini (7/1/2009), dapat juga alif menjejakkan kakinya ke sekolah
di Tadika Kemas Kg Makmur/Sg Galah....alangkah sukanya dia...

dalam pada itu aye terkenang sahabat sebaya alif.. syafiq (dalam gambar sebelah kiri)
simpati... didoakan semoga syafiq segera sembuh dan boleh pegi sekolah dengan alif

06 Januari 2010

apakah makna semua ini... sibuk memanjang


sibuk atau menyibuk...
dah sibuk nak menyibuk plak
tak cukup sibuk lagi ke
atau buat-buat sibuk

suka ke tak suka
apa-apa pun buat kerja...

30 Disember 2009

Ada Apa Dengan Pemberian; untuk terus hidup atau untuk kehidupan?


"sikap MEMBERI...
Biasanya kita akan memberi kepada seseorang apabila ada sesuatu acara tertentu"


Salam, ayat di atas adalah sebagai intro untuk apa yang nak diceritakan pada entri kali ini. 

Dalam ketandusan idea... AYE dapat email lagi dari seorang rakan dan nak kongsikan isi cerita tu dengan semua orang... lebih kurang macam MEMBERI jugak.
~~~~~~~~~
Bermula cerita....
Buatlah kebaikan kerana ia akan "terus hidup" selepas kita mati.
Ingatlah bahawa ada amalan kebaikan yang kita lakukan, pahalanya terus kekal & mengalir walaupun selepas kematian kita.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali 3 perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan & anak soleh yang senantiasa mendoakannya." (Riwayat Muslim no.4310)

Mari kita teliti ketiga-tiga perkara dalam hadis ini.

Pertama, amal jariah.
Bagaimana kita mampu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital & lain-lain jika kita tidak memiliki sikap MEMBERI kepada orang lain?
 Orang yang bakhil tidak akan melakukannya.
Mereka seolah-olah ingin membawa harta pulang ke kubur!

Kedua, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain.
Ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkannya kepada orang lain.
Mengajar itu ertinya MEMBERI ilmu.
Hadis inilah yang menjadi prinsip hidup para ulama yang mana hidup mereka dipenuhi oleh episod mencar, memahami & menyampaikan ilmu.
Bertitik tolak daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (Riwayat al-Bukhari no.3274)

Ketiga, doa daripada anak yang soleh.
Ianya terhasil oleh sikap MEMBERI ibu atau bapa.
Dengan segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan anak; dari aspek fizikal, pemikiran, emosi & kerohanian anak-anak.
Untuk itu, ibu bapa rela memberi segala-galanya untuk anak.
Hasilnya, anak itu menjadi anak yang soleh.
Tanpa sikap memberi ibu bapa, tidak akan terbentuk anak yang soleh.
Ingatlah betapa Allah melimpahkan ke dalam jiwa ibu bapa sifat kasih sayang.
Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan anak-anak yang lain.
Malah, jika anak meragam, memberontak malah serhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yang berbakti (memberi) kepada anak-anak tanpa meminta balasan.
Dilimpahkan juga ke dalam jiwa ibu bapa sifat rajin, prihatin, simpati & empati yang tidak terhingga.
Sewaktu anak masih kecil, segala keperluannya diberikan.
Ibu menjaga anak siang & malam-menyusukan, memandikan & memakaikan pakaian-satu tugas yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu.
Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat untuk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih & bosan.

Bukankah ketiga-tiga di atas berasaskan sifat MEMBERI?

Inilah kebaikan & kelebihan sikap MEMBERI.
Manusia berperanan sebagai hamba Allah & khalifah di bumi.
Sebagai hamba, kita mesti menjadi manusia yang baik.
Sebagai khalifah, kita mesti memberi kebaikan.
Hanya orang yang baik dapat memberi kebaikan, Dan kita tidak akan menjadi orang baik selagi tidak memberi kebaikan.
Bukankah ini membuktikan bahawa hidup ini untuk MEMBERI?
Ya memberi kebaikan!

Sumber : Majalah Solusi
~~~~~~~~~~
CATATAN AYE:  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

24 Disember 2009

Ada Apa Dengan TAQARRUB?


Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Berikut aye ingin kongsi pengertian satu perkataan yang diterima melalui email dari seorang rakan.  Perkataan ini memang dah biasa dengar tapi tak berapa kisah sangat, cuma bila dah dapat artikel ini... baru terbuka hati aye untuk mengamati pengertian dan maksud 'TAQARRUB' iaitu berkaitan dengan amalan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kita dengan Ilahi.

Antara isi kandungan artikel berkenaan adalah seperti berikut:

1. SOLAT

Dirikanlah solat tepat pada waktu, selalu berdoa dan berdzikir kepadaNya. Dengan solat, berdoa dan dzikir kepada Allah, Inya Allah hati menjadi tenang, damai dan makin dekat denganNya.

2. SOLAT TAHAJJUD
Dengan solat tahajud, dengan izin Allah, ia akan cenderung mendapatkan ketenangan. Pada tengah kesunyian malam akan dirasakan suasana hening dan tenang, yang semua itu hanya dapat terjadi atas izinNya. Pada malam hari, manusia tidak lagi disibukkan dengan urusan pekerjaan ataupun urusan-urusan duniawi lainnya sehingga dapat lebih khusyu’ ketika menghadap kepadaNya.

3. MENGINGAT KEMATIAN
Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Dan dapat secepat kilat menjemput kita.

4. MEMBAYANGKAN TIDUR DI DALAM KUBUR
Membayangkan tidur dalam kubur yang sempit, gelap dan sunyi saat kita mati nanti. Semoga amal ibadah kita selama di dunia ini dapat menemani kita di alam kubur nanti.

5. MEMBAYANGKAN KEDAHSYATAN SIKSA NERAKA
Azab Allah sangat pedih bagi yang tidak menjauhi laranganNya dan tidak mengikuti perintahNya.

6. MEMBAYANGKAN SYURGA
Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara, sangat singkat dibanding dengan kenikmatan di akhirat yang tidak dibatasi waktu.

7. BERGAUL DENGAN ORANG-ORANG SOLEH
Bahawa tingkat keimanan kita boleh turun atau naik, untuk itu perlu dijaga agar tingkat keimanan kita tetap tinggi. Oleh itu hendaklah kita mendampingi orang-orang alim dan soleh supaya kita sentiasa terdorong berbuat kebaikan.

8. MEMBACA AL QUR'AN DAN MAKNANYA
Insya Allah dengan membaca Al Qur'an dan maknanya, akan menjadikan kita makin dekat denganNya.

9. MENAMBAH PENGETAHUAN KEISLAMAN
Pelbagai cara menambah ilmu antara lain dengan membaca buku, berdiskusi, mendengar kuliah yang bermanfaat, melayari internet tentang pengetahuan Islam, melihat video Islami yang dapat meningkatkan keimanan kita dan sebagainya.

10. MERASAKAN KEBESARAN ALLAH SWT
Merasakan kekerdilan diri dan kehebatan Allah atas semua ciptaanNya seperti alam semesta yang tidak diketahui luasnya beserta semua isinya.

11. MERENUNG SEMUA KEJADIAN ALAM YANG TERJADI
Semua itu mungkin berupa ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu ingat dan mengikuti perintahNya. Bukan makin tersesat ke perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang olehNya.

12. MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT
Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah. Begitu banyak nikmat yang diberikan olehNya. Saat ini kita masih boleh bernafas, masih boleh makan, minum, berkeluarga, mempunyai apa yang kita miliki saat ini, masih mempunyai pancaindera dan masih bernafas, diberi kesempatan hidup. Masih patutkah kita tidak bersyukur dan tidak berterima kasih kepadaNya.
 
~~~~~~~
Catatan: 
Artikel lain yang berkaitan dengan taqarrub boleh didapati di sini (Mutiara Hati)
 
'HIDUP BERANI UNTUK GAGAL'

23 Disember 2009

Monolog: Untuk Apa Aku Di Sini? Ada Orang Kata 'Mengabihkan Boreh Jo'



Untuk apa aku di sini?
Tadi aku ada idea (boleh pikir)
Tapi tak tau nak cakap apa
Bila dah lama-lama terbiar idea tu... macam lenyap plak
Apa taknya, asyik dengar orang jer yang cakap
langsung hilang idea

Nak cakap apa... apa yang aku pikir tadi

Apa perlunya aku di sini
Andai hadirku hanya untuk mendengar
"Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan" (vice versa)
aku di sini hanya menunggu
Menunggu giliran ... untuk apa?
Orang bercakap aku dengar
Orang faham... aku... faham ke?
Ntah macam tak paham tapi buat-buat paham...

Apa mereka bincang
Aku rasa ... maca pernah dengar
Tapi kenapa aku rasa terasing
Kerana.... ahhh aku tak penting
Atau ... kerna aku tak ambil pusing

Aku di sini masih menanti
Menanti giliran untuk apa?
Untuk menamatkan cerita
Cerita orang yang tak habis-habis

Sekali lagi...
AKU TERSASAR...

NOTA:  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, lakukan yang terbaik semoga bahagia hidupmu... jangan ganggu hidupku lagi...