Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Sharing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sharing. Papar semua catatan

12 Februari 2010

Perkongsian ilmu dan pengetahuan


Salam sejahtara buat seisi alam semoga berbahgia dan dalam rahmat Ilahi. 

Ingin saya kongsi bersama dengan semua orang yang membaca dan terbaca entri ini juga sebagai ingatan untuk diri sendiri ... Semoga mendapat manfaat darinya... bacalah tak rugi

Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. (http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/001.qmt.html)

Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta Allah tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. (http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/112.qmt.html)

Surah ini, katanya surah tauhid..

Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun. (http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/109.qmt.html)

Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi.

Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya, kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.  Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman,

Ketiga, kuat fizikal.  Kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…

Surah Al-Ikhlas.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insya'Allah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

30 Disember 2009

Ada Apa Dengan Pemberian; untuk terus hidup atau untuk kehidupan?


"sikap MEMBERI...
Biasanya kita akan memberi kepada seseorang apabila ada sesuatu acara tertentu"


Salam, ayat di atas adalah sebagai intro untuk apa yang nak diceritakan pada entri kali ini. 

Dalam ketandusan idea... AYE dapat email lagi dari seorang rakan dan nak kongsikan isi cerita tu dengan semua orang... lebih kurang macam MEMBERI jugak.
~~~~~~~~~
Bermula cerita....
Buatlah kebaikan kerana ia akan "terus hidup" selepas kita mati.
Ingatlah bahawa ada amalan kebaikan yang kita lakukan, pahalanya terus kekal & mengalir walaupun selepas kematian kita.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali 3 perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan & anak soleh yang senantiasa mendoakannya." (Riwayat Muslim no.4310)

Mari kita teliti ketiga-tiga perkara dalam hadis ini.

Pertama, amal jariah.
Bagaimana kita mampu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital & lain-lain jika kita tidak memiliki sikap MEMBERI kepada orang lain?
 Orang yang bakhil tidak akan melakukannya.
Mereka seolah-olah ingin membawa harta pulang ke kubur!

Kedua, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain.
Ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkannya kepada orang lain.
Mengajar itu ertinya MEMBERI ilmu.
Hadis inilah yang menjadi prinsip hidup para ulama yang mana hidup mereka dipenuhi oleh episod mencar, memahami & menyampaikan ilmu.
Bertitik tolak daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (Riwayat al-Bukhari no.3274)

Ketiga, doa daripada anak yang soleh.
Ianya terhasil oleh sikap MEMBERI ibu atau bapa.
Dengan segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan anak; dari aspek fizikal, pemikiran, emosi & kerohanian anak-anak.
Untuk itu, ibu bapa rela memberi segala-galanya untuk anak.
Hasilnya, anak itu menjadi anak yang soleh.
Tanpa sikap memberi ibu bapa, tidak akan terbentuk anak yang soleh.
Ingatlah betapa Allah melimpahkan ke dalam jiwa ibu bapa sifat kasih sayang.
Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan anak-anak yang lain.
Malah, jika anak meragam, memberontak malah serhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yang berbakti (memberi) kepada anak-anak tanpa meminta balasan.
Dilimpahkan juga ke dalam jiwa ibu bapa sifat rajin, prihatin, simpati & empati yang tidak terhingga.
Sewaktu anak masih kecil, segala keperluannya diberikan.
Ibu menjaga anak siang & malam-menyusukan, memandikan & memakaikan pakaian-satu tugas yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu.
Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat untuk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih & bosan.

Bukankah ketiga-tiga di atas berasaskan sifat MEMBERI?

Inilah kebaikan & kelebihan sikap MEMBERI.
Manusia berperanan sebagai hamba Allah & khalifah di bumi.
Sebagai hamba, kita mesti menjadi manusia yang baik.
Sebagai khalifah, kita mesti memberi kebaikan.
Hanya orang yang baik dapat memberi kebaikan, Dan kita tidak akan menjadi orang baik selagi tidak memberi kebaikan.
Bukankah ini membuktikan bahawa hidup ini untuk MEMBERI?
Ya memberi kebaikan!

Sumber : Majalah Solusi
~~~~~~~~~~
CATATAN AYE:  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

27 Oktober 2009

Ada Apa Dengan DOA... mengapa DOA tidak dimakbulkan


Mengapa doa tidak dimakbulkan...
Adakah kita tahu setiap doa kita dimakbulkan Allah atau tidak...

Berikut beberapa keterangan yang semapt dikutip dan dipinjam dari sahabat...
moga dapat membantu

~~~~~~~~~~
Mereka berkata kami selalu berdoa tetapi Allah tidak mengabulkan doa kami.
Ibrahim Bin Adham berkata : ”Wahai Penduduk Basrah !!! sesungguhnya hati kamu telah mati dengan 10 perkara, disebabkan itu bagaimana Allah ingin mengabulkan doa kamu sekalian. 10 perkara yang menyebabkan hati mati dan doa tidak terkabulkan adalah :

1.  Kamu Mengenal Allah Tetapi Kamu Tidak Melaksanakan Hak - Hak Allah.
2.  Kamu Suka Membaca Al - Quran, Tetapi Kamu Tidak Pernah Mengamalkan Isi Kandungannya.
3. Kamu Mengetahui Bahawa Iblis Itu Musuh Kamu, Tetapi Kamu Mengikuti Perintahnya.
4. Kamu Menyatakan Cinta Kepada Rasulullah SAW, Tetapi Kamu Meninggalkan Sunnahnya.
5. Kamu Menyatakan Cinta ( Ingin Masuk Syurga ), Tetapi Kamu Tidak Mengamalkan Perbuatan Ahli Syurga.
6. Kamu Mengakui Takut Akan Siksa Neraka, Tetapi Kamu Tak Berhenti Berbuat Dosa.
7. Kamu Menyedari Bahawa Kematian Itu Adalah Pasti / Benar, Tetapi Kamu Tidak Membuat Persiapan / Bekalan Untuk Mati.
8. Kamu Selalu Memperhatikan Kesalahan Orang Lain, Tetapi Kamu Tidak Memperhatikan Kesalahan Diri Sendiri.
9. Kamu Suka Makan Rezki Yang Allah Bagi, Tetapi Kamu Tidak pernah Bersyukur Kepada - Nya.
10. Kamu Menguburkan Orang - Orang Yang Mati Tetapi Kamu Tidak Mengambil Pengajaran Dari Padanya.

Sumber dari Kitab Nashaihul Ibaad. (Nasihat bagi hamba-hamba Allah MS 316– 317 )
~~~

21 Oktober 2009

PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI... MESTI MAU INGAT SELALU


Mesej yang diterima dari seorang sahabat awal pagi tadi. 

5 PESANAN NABI ADAM KEPADA ANAKNYA: -

1.  KITA HIDUP DI DUNIA INI JANGAN BERTENANG SANGAT
MEMANG DUNIA INI CANTIK MACAM2 WARNA, NI'MAT DAN LAIN2 LG.  TAPI PERLU BERHATI HATI KERANA DUNIA INI PENUH DENGAN FITNAH

2.  KAUM LELAKI JANGAN TERUS DENGAR KATA KAUM HAWA
NABI ADAM TERCAMPAK KE DUNIA INI KERANA TERIKUT SANGAT CAKAP HAWA YG TELAH DIPUJUK OLEH SYAITAN. 
NABI ADAM KATA UNTUNG UMAT NABI MUHAMMAD SAW , BUAT DOSA KECIL ATAU BESAR KEMUDIAN MENYESAL DAN BERTAUBAT MASUK SYURGA
NABI ADAM BUAT SILAP TERUS TERCAMPAK KEDUNIA....
MAKSUDNYA KAUM SUAMI JANGAN TAKUT SANGAT DENGAN ISTERI (UMUMNYA ZAMAN INI KAUM LELAKI ATAU SUAMI TAKUT SANGAT ISTERI)

3.  KITA NAK BUAT SUATU AMALAN ATAU PERBUATAN PASTIKAN TAHU AKIBATNYA
NABI ADAM LUPA PERINTAH ALLAH DILARANG MENDEKATI POKOK YG DILARANG TANPA MENGETAHUI AKIBATNYA

4.  KITA PERLU BERHATI HATI UNTUK BERBUAT SESUATU SEKIRANYA HATI KITA BERDEBAR-DEBAR UNTUK MELAKUKAN ...JANGANTERUSKAN.
NABI ADAM SEMASA HENDAK MEMAKAN BUAH DI SYURGA IA BERDEBAR2 ...SEPATUTNYA JANGAN TERUSKAN KERANA ALLAH DAH PESAN DAN DAH HANTAR AMARAN

5.  KITA KALAU NAK BUAT KEPUTUSAN PERLU TANYA ORANG DARI LEVEL BAWAH HINGGA ATAS.
NABI ADAM LUPA NAK TANYA PADA MALAIKAT

WALLAHU A'LAM.

19 Oktober 2009

Adab menziarahi orang mati





Salam sejahtera, pertama kali aye ingin ucapkan takziah buat keluarga gemulah Zolkefeli Muhamad.  Gemulah telah meninggalkan dunia yang fana ini pada malam jumaat lalu (15/10/2009).  Gemulah merupakan sebahagian daripada anggota PLUiTM.

Sebagai ingatan untuk aye dan juga pembaca blog ini.... berikut aye sertakan artikel yang sempat aye 'kutip' dari laman web.... Artikel penuh boleh dibaca di link berikut: http://www.muis.gov.sg/webpub/warita/warita9-96/panduan.html

Berikut adalah ringkasan daripada artikel berkenaan:

a) Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Perkara ini akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Mereka haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan: "Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal."


b) Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca Surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud "Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca Surah Yasin." (Riwayat Abu Daud)

c) Digalakkan agar dihulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.

d) Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.

~ sesungguhnya kematian itu pasti.... hanya kita yang tidak mengetahuinya...

16 Oktober 2009

The best poem of 2006

Salam ... tumpang lalu sekejap... tadi dapat email dari sahabat... so nak sharing dengan pengunjung blog aye... sekadar renungan.....

"This poem was nominated by UN as the best poem of 2006, Written by an African Kid

When I born, I black
When I grow up, I black
When I go in Sun, I black
When I scared, I black
When I sick, I black
And when I die, I still black


And you white fellow

When you born, you pink
When you grow up, you white
When you go in sun, you red
When you cold, you blue
When you scared, you yellow
When you sick, you green
And when you die, you gray

And you calling me colored?
 
NOTE: IF YOU ARE WHITE, PLEASE TAKE IT EASY, IF YOU ARE BLACK , PROUD BE BLACK
---
~ sekian adanya ~

09 Oktober 2009

Kisahnya.... Haji Mohd Azmil Dato' Mustapha



Ikuti temu bual wartawan Harakah, ANIS NAZRI dengan Azmil, di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.
  • HARAKAH : Bila mula berubah dan berhenti berlakon?

AZMIL: Saya berhenti berlakon tahun 1998. Tapi baru-baru ini, saya berlakon filem Puteri Gunung Ledang (PGL) kerana ditawarkan oleh Tiara Jacquelina. Lagipun watak yang diberikan sebagai seorang pendakwah. Itupun saya berat nak terima. Saya bagi 10 syarat yang remeh supaya saya tidak berkata tidak. Nak dijadikan cerita, mereka terima syarat saya, jadi saya tiada pilihan. Sedangkan saya rasa, orang lain tak akan setuju syarat-syarat saya itu. Saya buat kajian tentang watak itu. Memang dia pendakwah serta banyak mengislamkan orang di Nusantara.

  • Apa pendorong kepada perubahan?
    Semuanya kerana Allah. Ia jadi sekelip mata. Saya suka buat perbandingan macam main bola sepak. Main bola sepak ni, 90 minit. Tapi dalam seminit ketika masa tambahan itu, macam-macam boleh jadi. Keputusan boleh berubah daripada 0-0 kepada 1-0. Saya juga macam itu, dalam sekelip mata berubah. Saya bermula dengan memuji Allah. Saya puji dengan ikhlas walaupun waktu itu saya jahil. Saya masih ingat, tahun 1979. Kebetulan masa itu saya masih jahil. Perkara pertama yang saya lakukan apabila sampai rumah, buka TV. Waktu itu saya baru balik dari pub, jadi apabila buka TV ada siaran terjemahan al-Quran dan doa tutup siaran. Masa itu saya perhati terjemahan tersebut dan saya rasa Allah hebat. Saya terus memuji Allah, tapi cakap Inggerislah (ketawa). Wow! Allah is 'great'! Macam-macam la keluar dari mulut saya. Akhirnya, ia menjadi amalan saya. Setiap malam saya mesti tengok siaran tu. Kalau keluar malam pun, saya akan bergegas balik sebab nak kejar siaran itu.
  • Apa reaksi rakan-rakan ketika itu?
    Kawan-kawan saya terkejut. Tapi waktu itu saya belum berubah sepenuhnya. Jadi kawan-kawan selalu perli saya. Macam-macam la mereka kata...kepala senget, nak tengok Quran. Lebih kurang gitulah (ketawa). Lepas pada itu, saya jumpa seorang ustaz dan diajar cara untuk bertaubat. Saya buat taubat nasuha. Saya dalami agama, belajar sembahyang. Saya memang tak tahu lansung sembahyang ni. Baca Quran merangkak-rangkak. Baca Fatihah pun, buka buku lagi...itupun tulisan rumi. Tapi saya istiqamah. Lama-lama ia makin meningkat. Saya ingat lagi dulu saya baca surah Yassin ambil masa dua jam. Lepas solat Subuh, saya mula baca. Apabila habis sedar-sedar dah pukul 8.30 pagi. Gara-gara baca merangkak la ni. Umur dekat 30 tahun, baru saya hafal al-Fatihah. Alhamdulillah, sekarang dah okey.
  • Masih membaca?
    Sekarang masih membaca. Saya penuhi masa dengan membaca al-Quran. Saya dah tingalkan dunia seronok-seronok ni. Saya dah banyak buang masa waktu muda dulu.Saya suka berseronok, jadi saya nak tebus semuanya.
  • Berubah secara drastik, atau 'slowly'?
    Dulu saya belajar di negara orang kafir, hidup mengikut budaya kafir. Apabila saya dah mendekati Allah, baru saya tahu apa yang saya buat selama ni salah. Sebab tu saya tinggal terus, bukan 'slowly'. Saya tak boleh 'slowly'. Kalau 'slowly', saya tak tahu saya sempat atau tidak. Kita tak tahu bila kita mati. Apabila dah timbul kesedaran, buang terus zaman lampau kita, jangan ada rasa cinta pada kehidupan lama kita yang sesat.
  • Hubungan dengan rakan-rakan hiburan?
    Saya berhenti terus, tak keluar langsung. Putus hubungan dengan kawan-kawan dalam dunia hiburan. 'Member' baik pun saya tak jumpa atau hubungi. Kalau jumpa setahun sekali waktu raya pun dah cukup baik. Kadang-kadang tak jumpa pun sebab bagi saya, kalau saya masih terus bersama dengan mereka tak mustahil saya akan kembali semula. Jadi saya ambil keputusan tinggal semuanya.
  • Dah berani keluar berjumpa orang?
    Sekarang dah berani. Dulu memang langsung tak keluar sebab takut terpengaruh. Pengaruh syaitan ni kuat. Setakat ni, pengaruh jahat selalu menang berbanding pengaruh baik.
  • Perkembangan terkini setelah meninggalkan dunia lakonan?
    Sejak setahun kebelakangan ini saya banyak menerima jemputan untuk berceramah, dan lebih kerap dua, tiga bulan kebelakangan ini. Saya tidak membuat sebarang pekerjaan lain kerana sudah tak sempat.
  • Selain berceramah?
    Saya sedang membuat perancangan untuk ke Syria, menuntut ilmu. Sebelum itu, saya buat solat hajat untuk memilih mana-mana destinasi. Kemudian saya diilhamkan untuk ke Syria dan Yaman. Jadi, saya pilih Yaman. Kebetulan saya berjumpa dengan seorang ustaz yang mengatakan kita kena buat istikharah jika mempunyai pilihan. Jadi saya pun buat istikharah, dapat petunjuk ke Syria. Empat kali istikharah, masih diilhamkan Syria. Jadi, saya buat keputusan ke Syria. Dua tahun lepas saya berpeluang ke Syria, dapat rasa satu ikatan istimewa berada di sana. Balik dari sana, saya ditawarkan membuat rumah anak yatim, yang mengambil masa setahun untuk ditubuhkan. Tapi akhirnya saya tarik diri kerana cara saya dan rakan kongsi berbeza, kerana dia berasal dari England dan tak izinkan saya berceramah. Jadi, saya ambil keputusan tarik diri daripada bergaduh.
  • Pernah bisnes sebelum ni?
    Macam-macam bisnes saya buat. Rugi juta-juta. Pertama, mungkin Allah tak izinkan. Saya juga muhasabah diri. Yang saya ingat, saya pernah kata...kalau ada duit, saya buat segalanya. Saya jual barang keperluan agama, seperti tasbih, sejadah, buku-buku agama, kaligrafi Arab. Tapi saya tak sebut 'kalau Allah izinkan...' Agaknya sebab itulah bisnes saya tak berjaya. Adalah hikmahnya dan setakat ni saya nampak rezeki saya pada ceramah.
  • Perasaan setelah meninggalkan dunia hiburan dan berkecimpung dalam dakwah?
    Ketenangan yang saya rasa tak dapat nak diceritakan. Tak boleh nak nilai. Tak boleh nak dibandingkan dengan duit yang dulunya saya pegang juta-juta. Duit boleh habis, tapi ketenangan yang saya rasa sekarang, saya tak mahu jual biarpun orang bayar berjuta-juta. Saya juga rasa satu perkembangan yang sangat baik bagi saya ialah apabila saya berceramah ni, ilmu saya bertambah. Saya membaca, tanya ustaz-ustaz kerana saya bukan latar belakang agama. Jadi, saya lebih mengenali Allah sejak berceramah ni.Alhamdulillah, sambutan orang terhadap ceramah saya pun bagus. Maklumlah, 'setan' datang ceramah. Kalau ulama ceramah, tak ramai datang. Tarikan setan memang kuat (ketawa).
  • Topik apa yang selalu disebut ketika berceramah?
    Kalau berceramah, saya lebih suka mengingatkan diri saya dan umat Islam lain supaya membangunkan semula Islam, kerana hari ini pemikiran dan seluruh kehidupan kita dijajah oleh orang kafir. Islam tiada sempadan, hanya orang kafir yang meletakkan sempadan dan jajahan, dan kemudiannya kita ikut. Orang kafir dah kuasai minda kita, kehidupan kita, hingga orang Islam hari ini melakukan perkara yang menjauhi diri daripada Allah. Tetapi semuanya dalam keadaan tidak sedar kerana sudah biasa ikut hukum orang kafir hingga tak rasa besalah langgar perintah Allah. Hukum Allah ni kena ikut setiap masa, bukan dalam solat semata-mata. Kadang tu, dalam solat je ikut Allah, lepas solat ikut balik cara kafir. Itu kesedaran yang perlu ditimbulkan untuk umat Islam.
  • Banyak menerima jemputan, selain PAS?
    Saya dapat jemputan daipada RTM, buat rakaman dengan Pahang FM. Juga buat untuk jabatan agama Islam. Saya tidak mengehadkan kerana saya buat kerana Allah Taala, jadi tiada kompromi tentang itu. Bagi saya, memasuki pilihan raya ni satu kompromi, bagi sayalah. Kalau nak kuasa, minta pada Allah. Bukan minta pada sistem yang disediakan orang kafir. Bagi sayalah...(ketawa).Pilihan raya itu sistem orang kafir yang kita ikut. Lagi pun, jelas berlaku dalam negara yang amalkan politik, apabila parti Islam menang, mereka tetap tidak dapat berkuasa. Perkara ini berlaku di Algeria, Maghribi, Turki, Lubnan, Palestin. Hamas memang pun masih tak boleh berkuasa. Sistem orang kafir ni tak akan bagi Islam ambil kuasa.
  • Pernah terima tentangan sejak berdakwah?
    Apabila saya bercakap agak lantang, ada orang yang labelkan saya ekstrim. Pernah suatu ketika dulu, mikrofon masjid ditutup apabila saya bercakap lantang. Ini orang-orang yang taat pada perlembagaan negara berbanding perlembagaan Allah. Perlembagaan itu perlembagaan kafir Lord Reid. Saya pegang kukuh, taat pada pemerintah selagi dia tidak melanggar hukum Allah. Kalau dah langgar, tak perlu lagi kita taat padanya
  • Cenderung pada politik?
    Saya tidak bercakap atas dasar politik. Saya bercakp atas dasar Allah, ke jalan Allah. Bagi saya, Umno, PAS, KeADILan ni macam satu pasukan bola sepak. Umno sebagai Manchester United, PAS Chelsea, ADIL Liverpool. Padangnya sama...stadium. Pengadil sama, SPR. Sebab itu, saya pilih bercakap atas dasar agama semata-mata.
  • Bagaimana melihat umat Islam hari ini?
    Saya sedih sebenarnya melihat orang Islam bergaduh, atau berselisih pandangan sesama Islam. Soal kecil pasal wajib baca qunut, ada yang kata sunat, tangan perlu letak di perut, wajar letak di dada. Benda-benda macam itu. Kita sesama Islam pertikai...tapi dalam masa sama biarkan saja orang kafir buat sesuka hati. Sedangkan merekalah (kafir) yang perlu kita musuhi. Kita ni terlalu banyak kelemahan. Dari segi kehidupan. Begitu juga bahasa. Dulu kita guna bahasa Arab sebagai bahasa sandaran seperti ilmu, khabar, akhlak, warta, Isnin, Selasa. Sekarang dah jadi integrasi, dominasi, automobil...semua ni dari bahasa Inggeris. Kita jadi makin jauh dengan Allah. Ada orang baca Quran, bertajwid, berlagu tapi tak tahu makna. Apa semuanya tu? Kita tak boleh ambil Islam ni secebis sana, secebis sini. Kena ambil seluruhnya.
  • Soal keluarga. Menjadi bapa tunggal. Kisah di sebaliknya?
    Saya berkahwin dua kali. Pertama, bercerai kerana tak boleh terima saya sebagai hak masyarakat. Jadi artis ni, kita jadi hak orang ramai. Jadi, dia tak boleh terima keadaan itu. Bertahan lima tahun saja. Ada anak perempuan seorang, dah umur 21 tahun. Saya jarang jumpa anak saya tu, sebab mak dia tak bagi jumpa. Tak apalah, saya reda. Kuasa Allah, dia masuk UiTM, dekat la untuk saya jumpa.
  • Dia tak nak duduk sekali?
    Ada sekali nak duduk dengan saya. Saya tak kisah, tapi saya bagi syarat. Suruh pakai tudung, sembahyang. Sehari lepas itu, dia balik semula ke rumah mak dia. Tak tahan agaknya (ketawa). Ada kawan-kawan kata saya keras. Saya terpaksa keras sebab kalau tak keras, ia boleh merosakkan semua yang saya dah mulakan. Saya tak sanggup nak ambil risiko tersebut. Orang sekarang lebih sayang harta daripada keluarga. Tak berani nak tegur anak. Sayang tak bertempat. Anak-anak semua bawah jagaan saya. Dulu saya bagi anak-anak ke rumah mak mereka. Tapi masalah sekarang, apabila balik dari rumah mak mereka, anak saya dah tak pakai tudung. Tanya pasal sembahyang, adalah buat sekali sembahyang. Saya fikir tak boleh jadi macam ni. Jadi, sekarang dah tak pergi lagi ke rumah mak mereka. Saya izinkan mereka jumpa di 'club house', di kawasan rumah ni saja. Mujur waktu bercerai dulu saya letak syarat-syarat supaya jaga syarak kalau nak terus berhubung dengan anak-anak. Jadi saya ada hak untuk menyekat.
  • Perancangan masa depan?
    Pertama saya nak belajar bahasa Arab di Syria, sebab ada satu tempat tu berjaya mengajar orang kafir berbahasa Arab dalam masa tiga bulan. Saya dah cuba kat sini, tapi tak menjadi. Yelah, dalam kelas cakap Arab, keluar kelas cakap Melayu balik. Mana nak jadi. Saya cadang lepas raya, itupun bergantung kepada kewangan. Mungkin setahun di sana dan saya akan bawa anak-anak saya semua ke sana.

... itulah sebahagian daripada petikan yang diambil daripada temubual berkenaan. Kisah ini, semoga dapat dijadikan iktibar dan panduan dalam kita mengharungi suka duka kehidupan....

~

30 September 2009

Ada Apa Dengan Sayang?

Have a good day! Today Me want to share 'something' with all viewers about friendship. Actually Me receive this article from a friend that I admire her very much.
The story as below.... Happy Reading !!
Give this heart to everyone you don't want to lose in '09 including me if you care.. Try to collect 12, it's not easy!
YOU HAVE 20 MINUTES TO TELL 6 FRIENDS THAT YOU LOVE THEM (INCLUDING ME) TOMORROW'S NOT PROMISED. SO , I LOVE YOU! GO!
....

Carian