Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label KIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KIK. Papar semua catatan

30 April 2010

Entry yang terlewat @ akukah yang terlewat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sekali lagi entri ini nak bercerita tentang beberapa kejadian lewat beberapa hari lepas
bermula dengan lawatan di INTENGAH yang tersasar ke INTURA
kes sesat jalan?  Bukan... silap arahan dan salah faham
kebetulan pada hari sama berlakunya kejadian paip pecah di laluan sama yang telah dilalui oleh kami pada tengaharinya....
Gambar hiasan.  Koleksi peribadi
Persiapan bacaan untuk menghadiri temuduga pertama ... tidak banyak yang dapat dibaca... kerana kesibukan menyiapkan presentation untuk IMPAK
selepas benchmark di INTENGAH terus attend temuduga
sesungguhnya jalan untuk itu telah dipermudahkan oleh Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Penyayang
temuduga pertama tidak lah susah mana... cuma perlu baca artikel yang diberikan dan faham.... kalau ada cerita lain boleh juga dikaitkan...dapat markah lebih
masuk bilik temuduga bertiga... walau bertiga debaran tetap sama...
Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah menjadi saksi
check in di INTEKMA RESORT - 1023 dengan teratai
lepak sekejap... keluar makan...
ada orang sungguh sedih kerna kami lewat.... huhuhu
sambung semula perbincangan IMPAK sampai jam 1 pagi
esoknya sambung lagi....lepas sarapan
... sampai tengahari cukup lagi ahli....
bila dah petang.... 'biar sedih atau curiga' perjuangan tetap diteruskan... sampai malam... tanpa aye kerna perjuanganku harus diteruskan juga untuk esoknya.

Temuduga ke2, Menara SAAS menjadi saksi kekalutan aye...
namun selesai juga... dengan rasa puas bercampur sedikit rasa kesal kerana culas...
biarkan ia berlalu... mudah-mudahan keputusannya adalah yang terbaik untukku duniaku dan juga akhiratku....

Seterusnya ke Anggerik... menyambung perjuangan IMPAK...
hingga tengahari kami mampu bertahan... atas ehsan.... kami pulang awal....bukan tewas tetapi pulang untuk mencari nafas dan tapak baru bagi meneruskan perjuangan....
Volvo S60 menjadi saksi kepulanganku petang itu....bersama teratai...

terima kasih.

23 April 2010

Bila KIK dan 5S bersatu ....!@%*&^%$%^&*(

Selamat sejahtera dan selamat membaca, terima kasih kerana sudi baca entri dalam blog nih... tak abih pun tak per... singgah kejap pun jadiklah... after one day or at least one week... do come back again... (action cam orang putih lak).

Entri dibuat sempena kesibukan menjelang Audit 5S pada 30 April 2010, sementelahan pulak pada 26 April kena pergi ke INTENGAH (nak tau?... next entri), 27 April siapkan dokumen untuk presentation KIK kumpulan IMPAK (back ground kat gambar atas tu sama cam grup kami punya presentation)... then pada 28 April kena present depan pihak pengurusan... dalam dok sibuk2 sempat lagi nak buat entri... untuk lepaskan kebosanan dan kepecahan... kebuntuan dalam kepala yang dah macam belon...

~~~~~~~~~~~

14 Januari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dan Impak KIK 2010



Antara percaya dengan tidak... macam tak percaya pun ada... akhirnya apa yang AYE takutkan jadi juga... apa lagi inilah IMPAK 2010 dan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
Pada 11/1/2010, AYE dan 10 orang lagi tersenarai dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pusat Latihan UiTM.  Maka pada 13/1/2010, kamipun bergeraklah ke JPbSM UiTM Shah Alam bagi menghadiri Bengkel Pengurusan Projek KIK, yang pertama bagi kumpulan IMPAK.  Seharian kami di sama dengan pelbagai perbincangan dan biasalah kalau dalam brainstorming tak bertekak tak sah... namun itu semua adalah untuk kebaikan dan 'no heart feeling' ...

Bercerita tentang GAGAL, Aye sebenarnya telahpun menyertai kumpulan KIK (dahulunya KMK) di UiTM Perak (Bahagian Perpustakaan di Seri Manjung) dan nama kumpulan tu BESTARI.
Pada kali pertama penyertaan kumpulan kami gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir cuma bertanding di peringkat Zon Utara di UiTM Perlis.  Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berusaha dan setelah Aye keluar (pindah) ke Pusat Latihan UiTM khabarnya BESTARI telah beberapa kali memenangi anugerah.

Dan kini....untuk meneruskan hidup IMPAK usaha dan semangat akan digembelingkan bersama ahli kumpulan.
~~~~~~~~~~~~~~~~

11 Januari 2010

Mengena, Terkena,... Mengapa Harus Terjadi?

Maafkan Natrah... apa kaitannya dengan cerita hari ini?  Baca dulu...
Entah di mana silapnya... hari ini tadi bersemangat nak kerja... banyak kerja yang perlu disiapkan dan diselesaikan segera...

cerita 1:  Pagi tadi... bila berjumpa seseorang ... ingatkan dah siap atau dah nak siap...
"Tipah tertipu"  plak.... memang dah agak dari awal lagi... tapi tak sangka betul plak.buatlah sendiri siapkan mana patut.  Moral of the story is  Pengajaran:  Sentiasalah bersangka baik dan fikirkan yang terbaik semoga setiap urusan mencapai kejayaan

Cerita 2:  Pagi tadi juga... selepas cerita 1, terima berita lagi... nak kata buruk, tak lah buruk sangat dan nak kata baik tak juga sebab tak berapa nak suka... tapi sekarang kena suka juga... sebab dah kena 'high impact 2010'.  Moral of the story Pengajaran lagi:  Terimalah tugasan ini sebagai cabaran 2010... kerana Hidup Berani Untuk Gagal. Jangan gagalkan hidup ini... kerana benda2 kecik dan remeh temeh tu...

Cerita 3:  Baru berkaitan dengan gambar di atas... Aye percaya ini adalah kerana kisah benar... kalau nak tau citernya bacalah, klik kat gambar tu... Macam tak percaya kan.  Moral of the story Pengajaran:  Dalam melusuri hidup ini, mesti ikhlas dan elakkan diri dari melukakan hati dan perasaan orang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tujuan Aye 'tempek' gambar di atas adalah untuk bacaan dan ingatan bersama.  Maafkan Aye andai ada yang terluka dengan entri kali ini.

Carian