Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Nur Kasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nur Kasih. Papar semua catatan

21 Julai 2011

Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Belum reda lagi demam Nur Kasih?  Kini anda boleh tonton filem Nur Kasih di tonton.  Heh... macam pelik jer bunyi nyer, tetapi itulah hakikatnya. 

Klik SINI untuk menontoh Nur Kasih The Movie.  Haa... baru sempurna sikit ayatnya kan... tak lah macam berulang2.

Selamat menonton di tontontv.  Iklan jap.



Layan........

20 Mei 2011

Samakah Ujian Hidup Realiti dan Nur Kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dalam kehidupan kita di dunia realiti yang sebenar-benarnya, sama ada sedar atau tidak kita akan berhadapan dengan pelbagai cubaan dan ujian.  Bermula dari dilahirkan meniti alam persekolahahan, alam remaja, alam dewasa dan sehingga sekarang dan akan datang juga.  Sama ada mahu atau tidak kita akan berhadapan dengan segala macam ujian.  Berat atau tidak bergantung kepada kekuatan kita untuk menghadapinya.  Di dalam al-Quran sendiri ada dinyatakan bahawa setiap ujian yang diturunkan adalah atas keupayaan kita menghadapinya.

19 Mei 2011

19 Mei 2011 | Nur Kasih The Movie plus Cuti-Cuti Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


19 Mei 2011 itulah tanggal mulanya filem Nur Kasih ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia.  Nak tengok ke?... Nak juga nak tengok macam mana kesinambungan cerita Nur Kasih dari sebuah drama bersiri ke cerita layar perak. 

13 Januari 2010

Ada apa dengan Nur Kasih mahupun Cinta Balqis

Salam,
Entri kali ni ditulis dari Shah Alam, guna laptop kawan... timasih Mie
Nak juga buat entri ni sebab ... tak mau nanti idea tertinggal atau luput dari ingatan
Petang semalam (12/1/2010) atau lebih tepat malam tadi la... lepas tengok cerita Cinta Balqis
Sama ada Cinta Balqis atau Nur Kasih... dua-duanya ada persamaan dan perbezaan yang amat ketara (pada pendapat AYE)

Dan... kedua-dua cerita tu tidak AYE ikuti sepenuhnya... kekadang tengok... kekadang terlepas
Hmmm... Kekadang tak tengok tu bukan sebab tak suka... tapi terlepas siaran... kerana AYE belum lagi jadi peminat TV yang tegar..

Nur Kasih... pelakun utamanya Tiz Zakyah (betul ke ejaan namanya?)... baru pertama kali aye tengok dia berlakun ... berkesan jugak lakunannya. AYE fikirkan di luar drama begitulah juga orangnya... tapi tak sangka... namun AYE harapkan beliau akan jadi begitu kelak... begitu juga dengan AYE.  Ops sama dari segi perawatakan saja bukan tapi bukan kesudahan cerita atau perjalanan ceritanya... apa yang AYE maksudkan adalah ketabahannya.

Cinta Balqis... lakunan Eira Syazira... dah banyak kali juga AYE ikuti lakukannya.  Agak berkesan jugak namun kekadang watak yang dibawa macam tak wajar atau real.  Cerita kali ni (Cinta Balqis), dari gadis kampung yang macam keras kepala sikit... tak tau nak beza dan tak boleh nak pikir mana baik dan mana buruk... Namun bila dah nak sampai penghujung cerita baru nampak pandai sikit...

Persamaan cerita ini adalah ketabahan seorang gadis dan wanita dalam mengharungi cubaan dan dugaan hidup.

Perbezaan adalah dalam menghadapi masalah... Nur akan mendekatkan dirinya pada Ilahi, namun Balqis... tak nampak pulak di tikar sejadah yang tau hanya termenung, menangis dan merintih.

Itulah hakikat dalam hidup kita adakala kita tabah dan bila menghadapi kesukaran kita perlu kembali kepada Ilahi meminta bantuan dan berserah diri.  Cuma janganlah jadi macam Balqis (kalau boleh la).

.... Tup-tup.... kelas dah nak mula... AYE berhenti di sini dulu.  Sekian.

Carian