Pengikut Setia

26 April 2011

Kumpul dan hafal ilmu | Ada tips menghafal juga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Kita biasa suatu masa dulu ketika zaman sekolah terutama ketika sekolah rendah... kena hafal sifir dulu dipanggil kali atau darab... dari no. 1 hingga no. 12... dan mungkin sekarang juga kita masih juga menghafal tentang sesuatu... yang penting bukan sahaja hafal untuk mengingat tetapi kita juga perlu faham apa yang kita hafal supaya lebih mudah lagi untuk kita mengingat semula... okeh kan?

Di sini juga aye nak kongsikan tentang kaedah untuk menghafal... sebelum tu nak kongsi juga semasa sekolah dulu aye pernah diceritakan ... bahawa budak lelaki kalau nak menghafal quran terutama yang sekolah ugama (SAR atau SMA) tak boleh tengok tumit wanita... so...

Back to the tips tadi, tips ini sebenarnya aye dapat semasa menonton TV9 berkenaan flashback di sebalik kisah pemenang Akademik Al-Quran (AQ) musim pertama.... Namanya aye tak ingat pulak... khabarnya sekarang ada kat Jeddah.  Okeh... okeh tips yang diberi untuk memudahkan hafalan dan mengingat adalah dengan memakan kismis.  Bilangan kismis adalah mengikut bilangan hari dalam kalendar Hijrah.  Contohnya, pada 1hb Rejab makan 1 biji kismis, 5hb Rejab makan 5 biji kismis... sehingga 15hb Rejab makan 15 biji kismis... dan... mulai 16hbRejab makan 1 biji kismis semula dan begitulah bilangannya hingga tamat bulan Rejab. Dan,, mulakan semula dengan kiraan yang sama untuk bulan berikutnya...

Panjang lebar penerangan kat atas tu... boleh ker...

okeylah apa kata kita layan pulak petikan mutiara kata kat bawah nieh...


Hafalkanlah ilmu yang telah Anda kumpulkan! Karena orang yang mengumpulkan ilmu namun ia tidak menghafalnya, bagaikan seorang laki-laki yang duduk di depan hidangan, lalu ia mengambil hidangan tersebut sesuap demi sesuap, namun ia lemparkan suapan-suapan itu ke belakang punggungnya. Kapankah Anda akan melihatnya kenyang?  (al-A'masy)

25 April 2011

Dalam blog list Rina Salleh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Anda kenal dengan Rina Salleh?... Tak kenal?  Beliau adalah pemenang Gadis Melayu musim ke dua.  Yang sebenarnya aye pun tak kenal (bukan tak tahu) sebab tak pernah jumpa personally.... skema kan?

Okeylah nak cerita yang sebenarnya blog aye termasuk dalam blog list Rina Salleh... huhuhu  seyes... tengok gambar kat atas tu... saja jer capture dengan anuar (minat jugaK) tapi sama tak pernah jumpa dan tak kenal juga... hehehe.... blog aye yangbaik ada kat bawah sebab Rina susun ikut alphabet blog... so... ehh... kenapa pula blog yuyu zulaikha ada kat atas 'yangbaik'?... hmmm musykil gak nih..

Tak sangka kan?... tapi selalu ke Rina datang ke blog yang tak seberapa nih...

layan... lagi...

Cerita kotak ajaib | Sahabat setia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


nak hupdate blog tak hengat.... apa bahasa tah... ni semua pengaruh blogger2 muda... bukan salah mereka yer... tolong jangan salah faham.

nak cerita tentang kotak ajaib seorang sahabat setia yang baru menjangkau usia 5 tahun (bulan oktober 2011).  Dalam kotak ajaib itu ada raksasa, ada badut, ada ultraman, ada ular, ada kucing dan ada juga dinasour... sayangnya.... kotak ajaib itu dan isi kandungannya dah hilang.... mungkin dalam timbunan mainan atau juga dalam almari buku...


tunggu ... aye selongkar almari buku ... nak cari di mana kotak ajaib itu.... dan bila jumpa nanti aye pamirkan di sini... bukan di entry ni... tetapi di entry akan datang....

sabar yer... aye dok sabar nih... dah geledah bakul bakul mainan jugak kot2 ada terselit dalam bakul tu...


tunggu. yer... sahabat yang setia memang macam tu... bila tanya dah lupa ker buat2 lupa... tak tau pulak... sabor jer la...

Terima kasih | Nuffnangers yang sudi melawat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog yangbaik yang tak seberapa ini... terima kasih kerana sudi membaca dan sudi memberi pandangan... mungkin ada sedikit maklumat yang dapat dibaca.  Sementelahan blog ini tak banyak sangat maklumat penting sekadar maklumat ringan untuk bacaan.

Dan aye tak juga rasa kecewa andai yang datang melawat hanya membisu (silent reader)... kerana tak semua orang sempurna... hehehe seperti aye juga... kadang-kadang singgah blog mike tapi tak bagi komen sekadar baca lebih kurang dan senyum sendirian ....

Terima kasih sekali lagi...

p/s:  rasa-rasanya perlu buat entry tetap kot untuk rekodkan nuffnangers yang rajin melawat...

24 April 2011

Rasa terharu | Tak perlu nanges

Assalamualaikum dan selamat sejahtea,

Memang terharu sangat dan sungguh2 terharu. Hanya kerana entry ini dan kerana Ben Ashaari mencari blog maka ramainya peminat Ben singgah kat blog aye... terima kasih kepada semua yang sudi tinggal pesanan kat entry tu... Insya Allah bila kelapangan aye pi bertandang kat blog kome pulak yer... terima kasih bebanyak... sibuk nih  (skema jer).

Aye memang suka join segmen Ben Ashaari sebab buleh tumpang glamer dia... Tapi sayangnya dan selalunya aye cuma masuk nama jer... pass tu menghilang... tak sempat nak masuk contest untuk segmen tu...

layan jer la...

Gunakan untuk membeli jubah dan baju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia.com ,

Pagi-pagi pergi masjid
Pergi masjid Solat Subuh
Jika hati terasa sakit
Ambil lah wuduk bawa bersujud


-----------------------------------------------------------------------------
Khaitsamah biasa datang ke mesjid dengan membawa beberapa kantong kain (berisi uang) lalu duduk bersama teman-temannya. Apabila ia melihat salah seorang diantara mereka memakai baju atau jubah yang robek (atau berlubang), lalu orang itu bangkit dan keluar dari (pintu) mesjid, maka Khaitsamah segera mengejarnya dari pintu mesjid yang lain untuk menemuinya dan mengatakan, 'Ambillah kantong kain (yang berisi uang) ini dan gunakanlah untuk membeli jubah atau baju!'
(al-A'masy)
------------------------------

Dapat Gelas Ferrari dengan Shell Helix Motor Oils

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

STICKY POST - ENTRY TERKINI DI BAWAH...

Gelas Kejuaraan Ferrri boleh didapati dengan sebarang pembelian minyak pelincir Shell Helix, hanya dalam satu transaksi.  Dapatkan keterangan lanjut mengenai gelas-gelas yang amat eksklusif ... hanya untuk pembeli minyak Shell Helix sahaja di www.shell.com/glasses

23 April 2011

Kebaikan manusia | Tuntutlah ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.(Abu Darda')

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ben Ashaari cari blog lah!.  Segmen ini terbuka kepada blog yang tak popular macam blog aye... tehehe pandai2 jer ubah ayat ... yang sebenarnya segmen ini terbuka kepada blog yang pengikutnya dibawah 1000.  Ha.... tulah macam blog yang tak popular.... kalau blog yuyu zulaikha tu tak payah lah... dah kira tak layak kan... Soriii.... 

Nak masuk segmen ni kena jawab satu soalan mudah .. Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog dan Siapakah sumber inspirasi anda ? Buat dalam 100 patah perkataan , dalam 4 perenggan .. eh eh... kata 1 soalan tapi dah jadi macam shampu pulak 2 dalam satu... hee

Siapa yang mempengaruhi aye buat blog adalah... diri sendiri tak dipengaruhi oleh sesiapa.  Boleh ke macam tu?  Boleh per... sebabnya memang sedari dulu sejak aye mula nak buat blog adalah kerana kemahuan sendiri... of course larrr tentu ada terpengaruh dengan blog2 yang pernah aye jumpa sebelum buat blog nih... tapi mereka tidak mempengaruhi aye... kerana mereka bukanlah orang yang berpengaruh.... boleh blah...

Pernah juga aye bercerita pada kengkawan aye nak buat blog... tapi mereka seperti tak percaya... sebab mungki juga kerana aye ni suatu masa dulu kabur IT bukan buta cuma tak berapa mahir... sampailah sekarang masih juga tak berapa nak mahir lagi... bukan sedikit blog yangbagi tips berkaitan IT atau blog... tetapi... tu lah... nak tulis apa lagi kat sini... ayat skema seperti biasa... tak der masa nak baca atau malas nak layan... huhuuuu... sebab tu lah blog aye pun tak berapa nak hidup jer...  boleh blah lagi...

Tetapi satu yang pelik walaupun tiada sesiapa yang mempengaruhi aye buat blog tetapi sumber insprasi aye untuk berbloging adalah orang kanan aye... hehehe cuba teka siapa... tak yah susah dan tak susah pun... sumber inspirasi aye untuk berbloging adalah ... eh ayat sama kat atas... tapi jawapan pun sama juga... memang tak boleh blah punya.... (actually aye masih tak paham apa guna ayat "blah" atau "tak boleh blah")... buat ayat tu pun pandai2 sendiri jer... ni gara2 terbaca blog si hamzah budak gonjeng tu lah... tak cik epal... huhuhu... salah kan orang plak...

Last but not least... walau apapun aye ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi pengaruh dan inspirasi kepada aye untuk berblogging secara langsung atau tidak langsung kerana ini bukan siaran langsung... atau juga secara sengaja atau tidak... mungkin juga kerana berblogging walking ke blog kalian sesekali memberi inspirasi dan pengaruh kepada aye untuk berbloging tanpa sedar dan secara tidak sengaja... cuma aye tak berapa pasti... ada sesiapa nak mengaku ?...  :-)

Layan jer....

22 April 2011

Rasa kecewa kerana tidak cukup sempurna?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Rasa kecewa itu datang dari sikap sendiri atau orang lain.

Sikap sendiri kerana lemah dalam membuat penilaian, lembap dalam pemahaman juga kerana kurang bersedia dari segi ilmu, masa dan minda yang tidak fokus kerana juga kurang mahir dalam mengagih tugas dan komunikasi.

Kerana orang lain pula adalah kerana mereka cepat melenting bila ditegur, suka cakap yang bukan-bukan (melalut dan lari topik), suka memburukkan orang lain, tidak memberi kerjasama, banyak dalih dan alasan yang tak munasabah bila tanya pendapat dan sokongan, tak cuba memahami perasaan orang yang bertanya, tidak mahu pengerti perasaan orang, sukac bicara melulu (tanpa usul periksa) dan pentingkan diri.

Sukar dapat kerjasama atau tidak mahu berkongsi idea dan pendapat dengan orang baru.  Kononnya biarlah 'dia' susah... (suak tengok orang susah).




.......TAK PAHAM CERITA KAT ATAS?...

:-(




MORAL OF THE STORY?


Tiada manusia yang sempurna, sama ada yang mereka cerita atau yang diceritakan... So.... berusahalah untuk menjadi yang terbaik, tepis setiap tohmahan dengan sebaik-baiknya.










Terima kasih kerana memahami


:-)

Carian