Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label kecewa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecewa. Papar semua catatan

22 April 2011

Rasa kecewa kerana tidak cukup sempurna?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Rasa kecewa itu datang dari sikap sendiri atau orang lain.

Sikap sendiri kerana lemah dalam membuat penilaian, lembap dalam pemahaman juga kerana kurang bersedia dari segi ilmu, masa dan minda yang tidak fokus kerana juga kurang mahir dalam mengagih tugas dan komunikasi.

Kerana orang lain pula adalah kerana mereka cepat melenting bila ditegur, suka cakap yang bukan-bukan (melalut dan lari topik), suka memburukkan orang lain, tidak memberi kerjasama, banyak dalih dan alasan yang tak munasabah bila tanya pendapat dan sokongan, tak cuba memahami perasaan orang yang bertanya, tidak mahu pengerti perasaan orang, sukac bicara melulu (tanpa usul periksa) dan pentingkan diri.

Sukar dapat kerjasama atau tidak mahu berkongsi idea dan pendapat dengan orang baru.  Kononnya biarlah 'dia' susah... (suak tengok orang susah).




.......TAK PAHAM CERITA KAT ATAS?...

:-(




MORAL OF THE STORY?


Tiada manusia yang sempurna, sama ada yang mereka cerita atau yang diceritakan... So.... berusahalah untuk menjadi yang terbaik, tepis setiap tohmahan dengan sebaik-baiknya.










Terima kasih kerana memahami


:-)

13 September 2010

Entry tanpa gambar di hari raya Aidilfitri ke-4

Assalamualaikum dan salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin

Seminggu telah berlalu blog ini dibiarkan sepi tanpa entri
Bukan kerana tiada cerita untuk dikongsi
tapi kerna tak jumpa port dan line untuk berkongsi
lalu hari ni dipinjam sekejap notebook adik dan juga line streamix
(betulke ejaannya???)

banyak cerita untuk dikongsi
andai tiada yang sudi membaca tidak mengapa
kerana entri seakan diari
untuk mengubat keresahan hati yang melanda

tanpa diduga apa yang pertama kali semuanya tak menjadi
biarpun untuk pertama kali ini sungguh mengundang rasa teruja yang teramat
namun teruja itu seakan memakan diri dan jiwa
adakah kerana ego atau kerana terasa diri sudah terlalu handal
hingga terlupa pepatah melayu lama
"malu bertanya sesat jalan"
biarpun banyak tempat untuk bertanya
namun lidah seakan kelu dan langkah kaki seakan kaku untuk ke situ...

namun keresahan dan gelodak yang melanda jiwa terubat juga ...
sempena hari yang mulia hari raya
saling bermaafan dan berkunjungan ke rumah saudara mara
biarpun sesekali perasaan itu tiba jua.... ku ubati luka dengan tawakkal...

sekian, maaf dipinta kepada sesiapa jua yang pernah terluka sama ada sengaja atau tidak...
kita mampu merancang
sesungguhnya yang baik itu adalah anugerah dari Allah
dan kekurangan itu adalah kerana kelemahan hambanya yang yang daif ini...
Tuhan ku songsong masa silamku....

15 Julai 2010

Bila Ke Klinik Kesihatan, berapa lama tunggu doktor?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

nak stori tentang semalam, aye cuti .... taklah emergency, mula asalnya isi borang keluar jer... tapi kalu dah sampai jam 1.00 baru selesai... baik cuti....

urusan semalam, pagi2 lagi lebih kurang jam 7.45 bertolak dari rumah terus ke klinik tak singgah ofis pun... anak pun bibik yang hantar ke tadika...huhuhu siannya.

sampai klinik lebih kurang jam 8.05, letak buku merah atas kaunter... hikhik... kena ambik dan letak nombor sendiri rupanya kat buku tu... ingatkan diaorang yang letak... tak per arrr.... ada kemajuan skit dari tahun2 lepas... hehehe

lebih kurang jam 8.30, misi panggil, timbang berat... berat ibu tak bertambah la mungkin berat baby jer.... ambil tekanan...okeh.... hubby kata tekanan rendah... hahhhh sabor jer.  Pass tu amik darah untuk ujian air gula sebelum, then minum air gula pulak 1 mug besor........ huhuhu... sebab perut lapar jer... abih jer.... kenyang perut.... pas tu... chek macam2.... tunggu doktor pulak.... relex.... sampai jam 11.00 tak jumpa lagi... kena pi amik darah pulak untuk ujian air gula selepas minum air gula....selesai.... satu babak....tunggu doktor lagi....

tau sampai jam berapa?.... 12.35 baru dapat jumpa.... chek lebih kurang dah keluar.... doktor pun dah leteh agaknya...yang misi pun satu hal dah panggil nama aye... masuk orang lain.... bagi pulak... dah orang tu (baju hijau) keluar panggil la nama aye pulak... ini tidak... panggil nama orang lain.... heeeee..... tau apa yang menggelodak dalam dada?... tu lah bawa bersabar.... sebab ada 'orang' kat dalam jer... kalu tidak memang kena sound bulat2 jer misi  tu.... sabor....

dah habis membebel... sekian.

02 April 2010

Haruskah kecewa bila dikecewakan oleh orang yang mengecewakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Salawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Kecewa?
Rasa kecewa atau sedih kerana dikecewakan
Kecewa!
Untuk apa kecewa itu
Siapa kita untuk rasa kecewa?

Kecewa...
kerana tak sangka
buah cempedak jadi nangka
hahahahaha.... ketawa

kecewa kerana tak sangka orang selama ini yang dipercayai
(walaupun memang tak berapa nak percaya tapi dipaksakan juga untuk percaya,
kerana manusia bisa berubah dan tak mungkin selamanya begitu...)
sekali lagi mengecewakan

adakah kerana tak sengaja
atau kerna ada sebab lain

Biarlah... dia dengan dunianya
(Namun hati kecil ini sentiasa berharap sikapnya akan berubah
menjadi insan yang lebih baik)
Semoga hidupnya akan lebih baik dari sekarang
tanpa sebarang bencana berat yang menimpa...
biarlah kesedaran itu lahirlah dari kehendaknya sendiri
bukan kerna peristiwa lain yang tidak diingini
~~~~~
Kecewa kita tidak ke mana kerana sebesar manapun rasa kecewa itu
Pasti terubat bila kembali menghadap Ilahi

Carian