Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Nuffnangers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nuffnangers. Papar semua catatan

21 Julai 2020

Akhirnya Kempen CPC Nuffnang Kembali Aktif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Akhirnya Kempen CPC Nuffnang Kembali Aktif


Kempen CPC (Cost-per-click) adalah faedah yang dapat dinikmati oleh setiap nuffnanger.  Sama ada blog tentang teknologi atau tentang makanan, iklan CPC akan aktif selagi ada pembaca klik pada iklan berkenaan.


Syukur.  Gembira dan terharu, setelah sekian lama meninggalkan blog dan kembali semula dengan wajah baru serta nama baru hampir sebulan lepas, kini iklan nuffnang bersinar semula.  Mungkin kerana lama sangat menyepi... iklan nuffnang pun lambat timbul.  Kini kembali semula setelah blog ini semakin aktif menghasilkan karya.  Yang penting ada pembaca dan dapat faedah dari setiap entri.



Terima kasih kepada nuffnang atas CPC Campaign yang wujudkan di sini.  Disebabkan nama blog telah bertukar maka saya harus buat akaun baru.  Walaupun begitu hasilnya agak memuaskan.

LHDN


Terima kasih juga kepada rakan blogger atas bantuan dan teguran serta semua yang sudi singgah, walaupun sekadar lalu... tetapi turut menyumbang kepada trafik.


Akhirnya Kempen CPC Nuffnang Kembali Aktif.

09 Ogos 2017

REVLON Giftbags Up For Grabs!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



REVLON Giftbags Up For Grabs!


Beberapa hari lepas dapat email ini dari team Nuffnang.  
Terkejut juga sebab dah lama tak aktif blogging.  
Ingatkan Nuffnang sudah lupakan SZ.  
Belum lagi rupanya... terima kasih Nuffnang.

Diringkaskan cerita email ini yang diterima ini menceritakan mengenai
giveway yang dibuat oleh REVLON.  Siapa tak kenal REVLON? 
Tak kisahlah tak kenalpun tetapi akak pernah guna barangan REVLON
Giveaway Revlon ini menyediakan 15 set hadiah 
mengandungi item-item terpilih dari REVLON.
Hadiahnya memang menarik dan sungguh menarik perhatian SZ.
Revlon ColorSilk.  Sumber

Di atas adalah antara gambaran hadiah yang ditawarkan oleh REVLON

Korang ingat boleh macam tu REVLON nak bagi hadiah?  
Kenalah buat kerja sikit.

Bab kerja ni bukan akan tak boleh buat
Tetapi ada kekangan besar yang menyebabkan akak tak dapat laksanakannya.

Nak tau apa kerjanya? Tak perlu kot.
Cukuplah akak kata akak tak dapat buat task tu.
Jangan pulak akak kena denda sebab akak takder terikat secara langsung dengan 
agenda ini... huhuhu

Jadi untuk menjaga hati Nuffnang yang telah baik hati menawarkan email ini,
maka akak pun buatlah entri ini sebagai penghargaan atas ingatannya.

Tak dapat banyak sikit pun jadilah tempiasnya.

So akak pun terlepaslah peluang keemasan untuk menang 
hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh REVLON.

Terima kasih Nuffnang dan REVLON.  Lain kali akak cuba lagi ehh.


Tidak mengapa terlepas peluang REVLON Giftbags Up For Grabs! 
mana tau ada projek besar lagi lepas ni... kan?


szi 😉

11 Januari 2014

Nuffnangers pada hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru berkesempatan update entri terpanas untuk hari ini.  Pagi tadi tak sempat nak berblogging... sibuk masak untuk anak-anak dan encik suami.  Maklumlah pada hari cuti macam ini bila tiada kerja lebih masa atau tiada aktiviti luar... maka dipenuhkan masa terluang dengan aktiviti masak-masak.

Selepas makan bersama keluarga... keluar 'jalan-jalan' sekejap pusing bandar Seri Iskandar sampai ke Puncak Iskandar... hajat nak tengok perkembangan rumah baru tergendala kerana jalan ke sana belum siap. Masuk pusing-pusing di kawasan perumahan Desa Iskandar, kebanyak rumah di sana adalah dari jenis banglo mewah dan memang besar-besar.  Suka melihat suasana di kawasan berkenaan kerana boleh nampak kelainan dari segi lanskap dan hiasan luar serta reka bentuk rumah yang pelbagai...

04 Julai 2012

Mencari Bufered Earning Nuffnang di Nuffnang Blogopolis 2012

As salam,


Tiba-tiba muncul cerita ni pulak.  Pelik-pelik.

Entahlah tiba-tiba jer terasa nak buat tentang Nuffnang.  Bukan apa nak kata lepas geram tak juga cuma tertanya-tanya di manalah Nuffnang sembunyikan Buffered Earning nya untuk blog yangbaik.  Dah hampir 2 minggu terbiar kekeringan. 

So, entry ni boleh nak kata... macam bodek Nuffnang sikit... ;)
Macamlah Nuffnang tu makan bodek ...

Baiklah alang-alang buat cerita tentang Nuffnang dipanjangkan cerita, Nuffnang sekarang sedang membuat kiraan kebawah (countdown) bagi program Blogopolis 2012.


Nuffnang blogopolis bakal diadakan pada 14 Julai 2012 di Hotel Concorde Kuala Lumpur

Nak tahu lebih lanjut mengenai Nuffnang blogopolis Malaysia 2012, ayuh jangan buang masa klik di sini (http://blog.nuffnang.com.my/2012/06/27/countdown-to-blogopolis-2012/).  Nak bercerita panjang @yangbaik kurang sikit dalam kerja penterjemahan... so sebelum disalah tafsir baik baca sendiri pada link yang disediakan.

jangan lupa klik juga di sini untuk dapatkan lebih banyak gambaran...
http://youtu.be/pgJvDOJblrs


Ada lagi, tiket juga telah dijunamkan kepada RM180.00 seorang untuk menyertai program ini.  Cepat-cepat jangan ketinggalan.  Disana pada blogger terutama 'nuffnangers' dapat berjumpa ramai blogger terkenal seperti abangnara blogger hiburan.

@yangbaik... kalau ada rezeki boleh le ke sana itupun jika keadaan kesihatan anak2 mengizinkan.

Sekian.

25 April 2011

Terima kasih | Nuffnangers yang sudi melawat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog yangbaik yang tak seberapa ini... terima kasih kerana sudi membaca dan sudi memberi pandangan... mungkin ada sedikit maklumat yang dapat dibaca.  Sementelahan blog ini tak banyak sangat maklumat penting sekadar maklumat ringan untuk bacaan.

Dan aye tak juga rasa kecewa andai yang datang melawat hanya membisu (silent reader)... kerana tak semua orang sempurna... hehehe seperti aye juga... kadang-kadang singgah blog mike tapi tak bagi komen sekadar baca lebih kurang dan senyum sendirian ....

Terima kasih sekali lagi...

p/s:  rasa-rasanya perlu buat entry tetap kot untuk rekodkan nuffnangers yang rajin melawat...

Carian