Pageviews

Memaparkan catatan dengan label denaihati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label denaihati. Papar semua catatan

23 September 2010

Denaihati umumkan senarai penuh hadiah Hidup Untuk Memberi

Assalamualaikum
eh... apasal gambar durian... hehehehe... carik gambar acer aspire 1 tak jumpa... letak jer la gambar ni... okeh juga...sebab durian kan jadi rebutan ramai...kalau nak tengok gambar acer dan join contest nih... klik jer kat gambar acer kat side bar ... sila lah

nak lari jap... sambil lompat-lompat (eh eh tak buleh la pulak... kang ada yang jadik bidan terjun kat sini)...suka sangat sebab baru jer jelajah kat blog Denaihati sehingga entri ini ditulis, seramai 97 orang blogger telah sertai contest Hidup Untuk Memberi
dan hari ni, Denaihati umumkan senarai hadiah... lumayan...

Top Link Referrer 2010
Hadiah pertama : 1 x Notebook Acer Aspire One
Hadiah kedua : 1 x RM500.00
Hadiah ketiga : 1 x RM250.00
Hadiah Saguhati : 7 x RM100.00

Pengomen Terbanyak 2010
Hadiah pertama : 1 x Notebook Acer Aspire One
Hadiah kedua : 1 x RM500.00
Hadiah ketiga : 1 x RM250.00
Hadiah Saguhati : 7 x RM100.00
Hadiah Referral : RM20 x Jumlah blog yang ikut serta contest

kepada semua yang masih berminat sila lah sertai contest ni... masih lagi dibuka sehingga 11.59 pm 31/12/2010


16 Ogos 2010

Hidup Seorang Blogger

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,

Hidup seorang blogger
kerana hayatnya masih panjang
hidup seorang blogger
kerana adanya blog
hidup seorang blogger
kerana ada minatnya untuk blogging
hidup seorang blogger
kerana adanya entri

hidup seorang blogger
hari-hari buat entri
tak kisahlah apa pun cerita
janji ada entri

hidup seorang blogger
ada entri yang berkualiti
ada entri sekadar suka-suka
ada entri pasal bisness
ada entri pasal hobi
ada entri macam diari
ada entri kerana contest
ada entri kerana macam-macam
ada entri yang merapu.

sekian.... hiduuuuuppp bloggerrrr

berehat sekekita... mencari idea yang telah hampir pupus dimakan dek lambakan kerja yang menimbun...kerana hidup seorang blogger.... masanya banyak untuk blog jer... hehehehe

09 Ogos 2010

Hidup ini bukan kita yang menentukan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf, tajuk di atas aye pinjam dari Denaihati.  Tajuknya mungkin sama, tapi sebenarnya secara kebetulan saja kerana isi cerita mungkin berlainan dan memang berlainan sama sekali.

Tersebut suatu kisah tentang sebuah keluarga... Si isteri mendapat tawaran bekerja bagi suatu jawatan yang memang dah lama diidamkan.  Tetapi sayangnya lokasi kerjanya agak jauh dari keluarga.  Walaupun sekarang dengan gaji yang boleh tahan, cuma jawatan biasa-biasa saja, masih bersama keluarga dan susah senang dikongsi bersama suami tersayang... tak kiralah bermasam muka ke... selisih bahu ke... semua tu di depan mata.  Tetapi sekiranya si isteri jawatan baru tersebut, dia terpaksa berjauhan dengan keluarga, iaitu suami dan anak-anak... patutke... kenaikan gaji baru pun taklah seberapa sangat... cuma sekadar naik pangkat jer.

Teringat juga kata-kata pakar (tanpa rujukan) psikologi dan pakar ekonomi, andainya kenaikan gaji tu kurang dari RM1000.00 atau RM2000.00 adalah tidak berbaloi untuk pindah keluar dari tempat sekarang dengan meninggalkan keluarga dan segala 'kesenangan' yang telah sedia ada... hanya kerana tak kerja 'kesenangan' yang belum tentu. 

Kesimpulan:  Dengan meninggalkan keluarga kerana menerima jawatan kerja baru, bermacam-macam perkara yang perlu difikirkan... antaranya:  Rumah Sewa, pengangkutan, ingatan pada anak-anak... dan yang paling penting... suami ... yeeeaahhh.

Semula:  Pasti juga akan kedengaran suatu kisah lain pulak....seakan-akan suatu alasan:
1.  tak cuba mana tau
2.  hidup ini perlu perubahan
3.  hidup perlu berani

dan jawapan untuk itu.... bersediakah untuk menghadapi semua cabaran dan godaan hidup bersendirian di tempat orang... sedangkan dah lama hidup berkeluarga

Rasa-rasanya sesuai tak guna tajuk "hidup ini bukan kita yang menentukan"?

Sendiri pikirlah...

14 Mei 2010

Berani kerana Benar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga keberadaan kita di hari yang penuh keberkatan ini membawa jutaan manfaat kepada kehidupan kita dan alam seluruhnya.
Berani kerana benar
anda berani kerana anda benar
adakah anda benar-benar berani
atau hanya kerana anda sangka anda benar
betulkah anda benar
atau hanya sangkaan anda saja

Berani biar bertempat
walau kita benar
kebenaran itu hanya di pihak kita
belum tentu ianya benar dipihak orang lain

Sangkaan kebenaran kita tak semestinya tepat
sebelum memberanikan diri siasat
apa disebaliknya....ambillah masa anda...

Ada orang berani berkata
kerana dia memang pandai berkata
hingga orang lain semuanya salah
walhal apa yang dikata itu tak sama pun dengan apa yang dia buat
Bak kata pepatah "Cakap Tak Serupa Bikin"

~~~~
~~~~~
Sekian

16 April 2010

Apa Yang Difikirkan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini dan hari semalam jadikan panduan dalam menelusuri hari-hari yang mendatang.  Perubahan dalam diri ke arah kebaikan dan jauhi keburukan...
~~~~~
Dah beberapa hari tak buat entry... ayat skema kan?...Tapi itulah hakikatnya last entri berkaitan contest Hidup Untuk Memberi, anjuran Denaihati dan hadiah yang ditawarkan bukanlah calang-calang hadiah.  Memiliki laptop terutama acer aspire one menjadi idaman semua orang, terutamanya secara percuma.  So, bagi blogger yang mempunyai impian sama macam aye (ewahhh!), jom lah sertai contest ni... nak join contes ni taklah susah, seperti yang diterangkan dalam entry terdahulu dan kalau nak lebih faham pergi ke blog Denaihati...
~~~~~
Dah beberapa hari tak buat entry... macam2 idea datang mencurah2 dan lajunya mengalir keluar macam air terjun juga mencurah-curah terjun pergi.... perghhhh... akhirnya idea yang berlambak-lambak.... mengalir keluar juga... yang sedihnya bukan turun ke entry nih... tapi nampak macam terawang-awang di ruang angkasa... hingga akhirnya aye nampak idea tu macam jatuh ke entry blogger lain.... just for sharing... sedih kan?  Yang paling sedih sekali.... entry ni... macam takder apa-apa untuk dikongsikan... Maaf kepada semua andai entry ini mungkin yang terakhir..... untuk bulan ini atau juga tahun ini...andai masih ada peluang...

12 April 2010

Acer Aspire One untuk ANDA miliki percuma (Hidup Untuk Memberi)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

ANDA ingin menang hadiah laptop Acer Aspire One? Denaihati dengan semangat Hidup Untuk Memberi menyediakan bukan satu tapi 2 buah laptop Acer Aspire One untuk dimenangi oleh blog yang layak... Contest ini terbuka kepada semua blog yang ada di dunia ni (forum, kumuniti dan website tidak layak).

Hanya tiga sahaja syarat yang dikenakan kepada blog yang berminat untuk menang Acer Aspire One:

1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog yangbaik (http://yangbaik.blogspot.com)

2. Follow @ http://twitter.com/denaihati

3. Follow @ http://facebook.com/denaihati

syarat selanjutnya... anda boleh baca di blog denaihati

Sponsor contest iaitu:
1.  www.alansarproperties.com
2.  www.xztly.com , dan
3.  Anisha Online Mall

Tarikh Tutup contest ini adalah pada jam 11.59 pm, 31/12/2010 (lama lagi weh... cepat lah join).  Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.

Sponsor contest
1. http://www.alansarproperties.com/ : Sedia menjual lot banglo/banglo sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
2. http://www.xztly.com/ : Organising or managing communications, campaigns and events.
3. Anisha Online Mall : Pemborong stokin wudhu Malaysia

(Kepada individu dan syarikat yang berminat untuk menjadi sponsor contest ini, sila berhubung terus seperti tertera dibahagian pertanyaan)

Boleh bertanya terus melalui ruang komen, twitter@Denaihati, facebook@Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog Denaihati untuk melihat update terbaru.
~~~~~
1.  saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi“ dari blog Denaihati dengan sendirinya kerana aye adalah followernya 
2.  Aye amat berharap juga kalau boleh dapat Acer Aspire One, boleh berbagi ngan hubby Aye... taklah berebut dengan dia bila nak buat kerje...
~~~~~

09 April 2010

Denaihati Menutup Contest Hidup Berani Untuk Gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari ini setelah hampir 5 bulan contest HBUG (Hidup Berani Untuk Gagal) dilancarkan dan keputusan penuh telah pun dikeluarkan pada 18/2/2010.  Bagi aye contest ini memang penuh dengan cabaran dan keberanian (berani ker???).  Dan... untuk pertama kalinya entri aye bagi contest ini telah tersenarai dalam 28 entri terbaik, walaupun tidak tersenarai sebagai pemenang... jadi to 28 pun jadik lah...
Untuk pengetahuan kawan-kawan blogger aye, Denaihati dijangka akan mengadakan contest baru yang bakal diumumkan (dalam masa terdekat).  Kepada yang berminat jangan lupa ikuti perkembangannya dari masa ke semasa...

02 Februari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ...ada apa dengan entri pilihan anda ?

Contest Hidup Berani Untuk Gagal adalah anjuran denaihati denaihati.  Contest telah berlangsung dari bulan Disember 2009 hingga Januari 2010 boleh kira macam penutup tahun 2009 dan pembuka tahun 2010.  Aye telah menyertai contest ini  dan tanpa diduga (walaupun ada sedikit mengharap) penyertaan entri aye bagi contest tersebut telah tersenarai dalam 28 entri terbaik. 

Penganjur (denaihati) berhasrat untuk memilih 5 entri yang terbaik dan setiap entri yang menang bakal menerima RM50.00. 
Jadinye, di sini aye nak kempen la sikit... cam pilihanraya plak... :-).  So sesiapa yang nak mengundi (Undilah aye!!!), caranya klik di sini dan tinggalkan pesanan di ruang komen dan bahawa anda mengundi no. 3 (aye lah tu) serta 4 nombor lain lagi yang dirasakan yang disukai.  Itu saja tak susah.


untuk itu... selamat mengundi...terima kasih kepada yang telah mengundi aye...
~~~~~~~~~
p/s:  nak bagi tau ke? next entri aye preview blog yang telah mengundi aye... okey
~~~~~~~~~~

19 Januari 2010

Bagaimana nak berehat panjang... bila berehat banyak pulak cerita


Bagaimana nak berehat?
Tunjukkan aku caranya...
Berehat sekejap... belum lagi reput tulang, tapi macam-macam gangguan datang menerpa... menerjah benak fikiran ku
seakan mengusik aku ...

Bila dah banyak cerita... macam cakap sendiri... dah syok sendiri pulak
Andai banyak cerita dan cadangan... janganlah menyusahkan orang lain...
Bukan tak boleh beri pandangan atau cadangan... tapi berilah cadangan yang tidak mengganggu kerja dan urusan orang lain...
MACAM MANA TU? ADA IDEA?

Ada yang baik bila ditonjolkan... orang tak nampak
Bila yang tak baik... tak tunjuk pun... tapi orang nampak... buat citer macam-macam...
macamlah buruk sangat... itulah kehidupan

~~~~~~~~~~~~~
Catatan: 
1.  Hari ini keluar keputusan contest lekat dan menang yang dianjurkan oleh blog azizwan.  Tak tersenarai pun, tak pe... percubaan awal
2.  Ni tunggu lagi keputusan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran denaihati.  masih ada masa lagi... kalau berminat klik kat sini.  mana tau dapat RM??? 

14 Januari 2010

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL dan Impak KIK 2010



Antara percaya dengan tidak... macam tak percaya pun ada... akhirnya apa yang AYE takutkan jadi juga... apa lagi inilah IMPAK 2010 dan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.
Pada 11/1/2010, AYE dan 10 orang lagi tersenarai dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pusat Latihan UiTM.  Maka pada 13/1/2010, kamipun bergeraklah ke JPbSM UiTM Shah Alam bagi menghadiri Bengkel Pengurusan Projek KIK, yang pertama bagi kumpulan IMPAK.  Seharian kami di sama dengan pelbagai perbincangan dan biasalah kalau dalam brainstorming tak bertekak tak sah... namun itu semua adalah untuk kebaikan dan 'no heart feeling' ...

Bercerita tentang GAGAL, Aye sebenarnya telahpun menyertai kumpulan KIK (dahulunya KMK) di UiTM Perak (Bahagian Perpustakaan di Seri Manjung) dan nama kumpulan tu BESTARI.
Pada kali pertama penyertaan kumpulan kami gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir cuma bertanding di peringkat Zon Utara di UiTM Perlis.  Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berusaha dan setelah Aye keluar (pindah) ke Pusat Latihan UiTM khabarnya BESTARI telah beberapa kali memenangi anugerah.

Dan kini....untuk meneruskan hidup IMPAK usaha dan semangat akan digembelingkan bersama ahli kumpulan.
~~~~~~~~~~~~~~~~

14 Disember 2009

Keputusan carian terkini Hidup Berani Untuk Gagal


Gambar di atas memaparkan keputusan carian terkini bagi Hidup Berani Untuk Gagal pada 14/12/2009, jam 15.03, menggunakan browser Internet Explorer.  Sorry... AYE tak ade dan tak tau nak guna Mozila Firefox.  By the way, gambar dan keputusan tu untuk koleksi AYE jer... sebab kalau ikutkan syarat yang dikenakan oleh penganjur (Denaihati) antaranya adalah menggunan Mozila Firefox.

Kedudukan blog aye di tangga ke-10.  hmmm.... ada la skit rasa bangga.... Opps... bukan megah.... sebab aye baru jer berkecimpung dalam dunia blog ni...

Apa pun nak dapatkan maklumat lanjut mengenai contes ni... sila klik di sini
dan di sini ada citer sikit tentang citer aye....

~~~~
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

08 Disember 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

lagi sekali... aye gunakan tajuk entri yang sama... tak apa kot.  Yang sebenarnya oleh kerana tajuknya sama... isi cerita pun mesti sama jugak.  Apa yang aye nak kongsi adalah adakalanya kita memang perlu berani dan berani itu perlu bertempat dan pada masa yang betul.  Walaupun keberanian kita itu mungkin juga akan menimbulkan kemarahan atau ketidakpuasan hati orang lain, apa yang pasti kita berani kerana kita benar dan kerana keberanian itu jugalah kita perlu tanggung risiko dan kesannya (itulah yang bermaksud gagal, betul tak?)  Dan apa yang dimaksudkan dengan berani hanya kita sendiri yang mampu mentafsirkan maksudnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhirnya, tujuan tajuk di buat adalah untuk mempromosi contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan oleh pemunya blog Yang Terbuku Dihati @ Denaihati (http://denaihati.blogspot.com/2009/12/contest-hidup-berani-untuk-gagal.html)

Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.


1. Contest mudah sahaja iaitu dipenghujung contest (tarikh penutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" pada ranking 1 - 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 - 10 akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.

2. Kepada yang rajin mempromosi contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" akan mendapat hadiah RM10 untuk setiap referral. Lebih banyak referralnya maka lebih banyaklah hadiahnya.

3. Hadiah bertuah untuk penyertaan ke 10, 25, 50, 75, 100 dan seterusnya setiap gandaan 25 bernilai RM50 mengikut urutan link yang dihantar melalui ruang komen.

Syarat-syarat contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

1. Terbuka kepada Satu Dunia Melayu yang mempunyai weblog samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu entri bebas di weblog ANDA dan wajib ada perkataan "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dan saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog : contoh saya tahu contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" dari blog suka duka pentas dunia @ yangbaik

3. Dalam entri Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.

4. Dalam entri jangan lupa backlink kepada Denaihati

5. Tinggalkan komen dan link entri anda di posting contest "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" di weblog Yang Terbuku Di Hati.

6. Jangan lupa subscribe blog ini (Yang Terbuku Di Hati) melalui email dan aktifkan.

7. Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di entri ini.

8. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA.

9. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini.

10. Hadiah hanya untuk weblog sahaja, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 10 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

11. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Keputusan
Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest (akan diumumkan kemudian).

Pertanyaan
Boleh bertanya terus melalui ruang komen, twitter @Denaihati, facebook @Denaihati atau tinggalkan pesan di contact. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru.

"HIDUP MESTI BERANI UNTUK GAGAL UNTUK KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA TAHUN 2010".
~~~~~~~~~~~~~~~~
Itulah salinan garispanduan yang ditetapkan oleh penganjurnya.

04 Disember 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Salam... suka juga aye dengan tajuk entri kali ni... sebabnya ia adalah berkaitan contest yang dianjurkan oleh blog Yang Terbuku di Hati @ denaihati .  Aye tahu mengenai contest ni melalui blog tu jugak... memang betul terbuku di hati... Apa yang terbuku?... Aye nak join contest dari awal lagi... tapi sekarang baru dapat join... sekarang dah tak terbuku lagi... hehehehe

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Dah lama dulu aye 'dengar' ungkapan ni... tapi tak berapa faham...Kenapa mesti gagal, kalau dah hidup?... lama juga aye cuba memahaminya... at last... aye faham juga
ungkapan ni.... aye rasa lebih kurang sama dengan ungkapan orang dulu-dulu;
"Kalau tak dipecahkan Ruyung Mana Dapat Sagunya"  Kalau Aye salah tolong betulkan ..

Sponsor Contest
Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ditaja oleh:
1.  DSGClicks 
2.  Berani Gagal Network
3.  One Malaysia Blogshops
4.  Anisha Online Mall dan
5.  Saudacare

Wahhh... meriahnya....

Andainya berminat nak sertai contest ni.. klik kat sini denaihati .  Cuba lah... jangan tak cuba.. sebab hidup ini mesti berani untuk gagal (kan?)... kalau tak cuba tak tau.

Selamat .....
~~~