FOLLOWER

CARIAN

5 September 2011

Lukisan Pertama Alif dan Buncho

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Lukisan pertama atau lebih tepat karya seni pertama Muhammad Alif bin Ahmad Kamal menggunakan 'oil pastels'.  Menangis uminya... manakan tidak memang dah mengidam dari sekolah rendah bahkan sekolah menengah juga hendak menggunakan warna minyak pastel berjenama Buncho, tetapi tidak pernah berupaya memperolehinya.  Sehingga satu tahap langsung hilang semangat umi untuk berkarya.  Konon la sangat kan... yang mudahnya memang tak retis nak melukis, kalau di sekolah tu, memang tak ambil pun seni lukis ni... masa ujian selalu dapat corot... huhuhu... malu malu... Tapi apa kesahkan, umi tak pandai melukis, ayah pandai melukis dan turun pulak ke anaknya Alif 'yang kidal'... hehehe

BUNCHO Oil Pastels 24 pieces.

Mana lah umi dan ayah kenal semua ni.  Memang dah jadi lumrah Alif setiap kali ayah keluar ke kedai atau jumpa kawan-kawan, nak ikut sikit-sikit nak ikut.  Kalau kami masa kecik2 dulu mak pak cakap apa... kalau tak jadi ekor tak boleh... ikut jugak... hehehe

Bila pergi ke kedai terutama kedai Runcit Rahmat kat corner tu... tempat yang dituju mula-mula adalah kalau tidak tempat mainan, tempat buku, kalau tiada buku, tempat pensil dan akhir-akhir ni ke tempat warna.  Suatu masa (macam lama sangat pulak), bila ke kedai mungkin Alif ternampak warna air, dia minta dibelikan... "hui, tak boleh lagi, Alif belum pandai guna tunggu besar sikit nanti umi beli yang baik punya!" Konon-konon ayat nak bodek la..

Tetapi nak dijadikan cerita bila pergi dengan ayah, cair ayahnya kena pujuk, katanya nak beli 'crayon' jer. Ayah pun belek punya belek, nah... Alif tunjuk crayon jenama BUNCO.  Ayah pun ambil jer.. terus beli. Balik Rumah bila 'Supervisor' check tengok... ehh.. oil pastel laaa bukan crayon tengok ni.. harga nya, tu yang tulis kat kotak tu... apa ?... Tersengih lah si ayah dan Alif pun dengan selamba jer... buat tak tau... heeeeih.

Cer tengok warna tu, sikit punya pastel lagi berminyak (oil). Crayon pulak katanya, habis melekat kat tangan, lepas lukis nanti jangan lupa cuci tangan nanti keracunan sakit perut pulak... Baiklah umi.. balas Alif dan terus memulakan tugasnya. Tugas melukis lah... Tanya pulak tu nak lukis apa ? Ha.. lukis gambar kat kotak tu... boleh?... Alif cuba lah .

sesi meniru gambar pada kotak pun bermula... kidal bro..

Alif kalau nak melukis memang tak guna meja, dah dibelikan meja lipat ala-ala meja Jepun, dinaik duduk pulak atas meja tu... langsung lipat semula dan simpan.  Tunggu bila dah 'cerdik' sikit baru guna semula meja tu.  Nampaknya Alif lebih senang melukis di atas lantai beralas tikar buluh...

Dan dipendekkan cerita yang dah memang sedia pendek ditambah dengan umi yang tak pandai bercerita... lihatlah hasil lukisan Alif.

Lukisan pertama Alif bersama BUNCHO dengan tema Kapal Angkasa dan BUNCO

Bila tengok gambar ni suka ada sedih pun ada.  Suka sebab umur Alif belum lagi mencecah 5 tahun semasa gambar ini dihasilkan.   Lukisan ini pula menceritakan macam-macam peristiwa dalamnya.  Sedih? Sedih!!! Sebab hasil lukisan ni dah hilang ntah ke mana.  Nasib baik sempat umi rakam dengan Nokia N95.  Boleh tahan juga lah hasilnya.  Kehilangan lukisan ini adalah mungkin kerana kelalaian umi sendiri. 

Ceritanya bermula setelah selesai melukis, Alif nak tampal pada almari buku, tapi tak melekat, lalu dikepitnya di sebalik pintu almari. Tujuannya bila ayah balik nanti nak bagi ayah tengok... cantik tak lukisan Alif.  Kemudian Alif tidur.  Bila bangun umi tak perasan bila masa Alif ambil lukisan tu lalu dilipat dan dijadikan kapal pula, tak jadi kapal laut buat kapal terbang.  Nak simpan tak bagi... lalu melayang-layang lah 'kapal terbang' itu di awangan.... dah kutip semula dan nak tampal... jumpa lagi oleh Alif... lalu hilang entah ke mana... Sayu...

Walau apa pun, Alif akan tetap berkarya dan akan terus berkarya... dan lukisannya akan tetap menjadi kapal laut atau kapal terbang andai lambat disimpan...

Sekianlah.

*-*




.

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.