Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pertama kali sebelum ada blog sendiri kita akan tertanya-tanya 'Susah ke jadi blogger'. Walhal apa makna blogger pun tahu. Nak jadi blogger memang tak susah asalkan celik IT dan tahu guna komputer atau laptop boleh saja buat blog sendiri. Sebelum bina laman blog sendiri kita perlu fikirkan tujuan (niat) utama untuk membuat blog. Jangan pula buat blog semata-mata untuk mengutuk orang atau menceritakan kisah peribadi orang lain. Kisah peribadi sendiri juga perlu ditapis kerana tidak semua kisah peribadi itu sesuai ditayangkan untuk bacaan umum. Sekali saja menjejakkan kaki ke dunia blog hidup pasti "tidak tenteram". Ha??? Jawapan untuk itu akan diperolehi setelah jadi blogger. Perasaan itu hanya blogger saja yang tahu.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya kesihatan atau alam sekitar, atau berita tempatan, sesetengah blog pula lebih kepada diari kisah peribadi seperti kisah keluarga, kisah anak-anak dan kisah rumahtangga.
Blog yang tipikal menggabungan
teks,
imej, dan
pautan ke dalam blog, laman web, dan
media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog.
Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada
gambar foto (
blog foto),
video (
vlog),
muzik (
blog MP3), atau
audio (
podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian
media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan
kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai
kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."
Pada bulan Nov
2007,
Technorati,
enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari
2007 [1]
Menjelang tahun 2012 agak-agaklah dah berapa juta blog yer? Daripada jutaan blog yang telah wujud itu berapa pula bilangan Top Blogger ?
Fikir-fikirkan.
*-*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.