Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Akan tutup dan tidak akan buat lagi! Bunyi ayat tu macam merajuk atau bunyi macam satu perjanjian. Jika merajuk mengapa dan jika berjanji untuk apa pula?
Nak kata merajuk tak juga tapi macam segan dan malu pula... bila buat sesuatu tiada sambutan, nak buat rumah terbuka tak sempat, nak buat gathering dengan kawan-kawan sekolah rendah pun tak sempat.
Nak cerita macam mana kalau dah tak pandai nak cerita.
So moral of the story...
- tak perlulah susah-susahkan diri untuk membuat sesuatu yang bukan diluar bidang kepakaran atau bukan kepandaianpun. Bukan sahaja tak pakar tapi tak pandai pun saja jer nak pandai-pandai dan tunjuk pandai.
- kalaupun tak pandai dan tiada sambutan tidak semestinya merajuk dan terus tutup tetapi harus juga bersabar dan bertahan seperti yang dijanjikan.
Tetapi!!!
Kalau dah janji nak tutup aurat seperti pakai tudung, pakai baju labuh atau pakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata teruskanlah niat murni itu... jangan pula diulang lagi perbuatan lama...
Sekianlah dulu... malas nak cerita panjang-panjang... kalau ada masa dan ada idea nanti tulis. Cuma sekarang ni dok sibuk cari bahan untuk tugasa individu dan tugasan kumpulan. Idea nak menulis entry dalam blog tu memang ada tapi tak dapat nak perah sangat sebab dok jammed dengan nota dan ceramah...
Wei... kami kat kursus Induksi ni...pandai jer curi masa nak buat entry yer...
*.*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.