Pageviews

26 Disember 2017

Jika hari ini terasa berat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jika hari ini terasa berat


Macam-macam ragam kehidupan.  Setiap hari ada saja ragam dan rentaknya.  Semua itu harus kita lalui dalam meneruskan kehidupan.




Jika hari ini terasa berat,
berdoalah dan yakinlah
esok akan lebih baik.

** In shaa Allah akan ada hari esok yang lebih baik.  Yang penting kita yakin dan percaya bahawa kebaikan itu sentiasa ada dan kita harus berfikiran positif bahawa setiap yang berlaku akan ada kebaikan disebaliknya.

Keajaiban
datang pada sesiapa
yang memohon perlindungan Allah SWT

*Berserah dengan sebulat hati bahawa perlindungan Allah sentiasa ada untuk kita. 


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Jika hari ini terasa berat.

Selasa Terakhir Disember 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selasa Terakhir Disember 2017


Selamat pagi semua.  Semoga pagi ini dan hari ini membawa rahmat dan keberkatan hingga ke akhirnya.  

Baca tajuk hari ini pun dah rasa semacam.  Tapi percayalah semua tajuk terakhir ini adalal cliche kerana dah memang hari ini hari Selasa terakhir bagi tahun 2017.  

Hari ini terpaksa bekerja walaupun sebenarnya hati bersama dengan anak di Sekolah.  Hari ini adalah hari orientasi untuk anak darjah satu di SKIP.  Semoga dimudahkan urusan ayahnya.  Terima kasih kepada ayahnya kerana membantu memudahkan urusan hari ini.




ALLAH
has already written the name of your spouse for you.
What you need ti work on is your relationship with Allah.
He will send her/him to you when you're ready.
It is only a matter of time.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Selasa Terakhir Disember 2017.

24 Disember 2017

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian


Masih ingat tak lagi petikan surah Al-Asr, yang pernah kita belajar semasa zaman sekolah dulu?
Satu surah yang ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam.



"Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak dari masa yang kita ada.
Maka sepatutnya tidak ada satu saatpun yang kita biarkan berlalu tanpa kita menggunakannya untuk lakukan perkara berfaedah".  (Hassan al-Banna)

**Sama-samalah kita manfaatkan masa yang terluang dengan melakukan perkara yang berfaedah.  Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.


Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk membaca entri ini, Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian


23 Disember 2017

Selamat pagi Sabtu

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat pagi Sabtu

Dah hari Sabtu dan hampir ke penghujung pengembaraan di bulan Disember.

Apa perancangan hari ini?

Apalagi pastinya persiapan kelengkapan sekolah anak-anak antara agenda utama.



Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Terima kasih dan Selamat pagi Sabtu. ^_^

posted from Bloggeroid

Doa Penguat Semangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa Penguat Semangat




Ya Allah
Bantulah aku 
untuk mengingati Engkau 
dan banyak bersyukur kepada-Mu
dan beribadah kepada-Mu dengan baik.
(Hadis Riwayat An-Nassai)

Aamiin Aamiin Aamiin.


22 Disember 2017

Penawar yang menyembuh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Penawar yang menyembuh 


Alhamdulillah, dalam hidup ini banyak kali hati kita terluka.  Namun kita punya kekuatan untuk membasuh luka dan bangun semula meneruskan perjuangan.  Semua kekuatan itu datangnya dari mana jika tidak datangnya dari kudrat yang dikurniakan Allah kepada kita.  Apa yang perlu kita ada adalah sabar dalam mengharungi ujian.





"Banyak mengingati makhluk itu adalah racun yang membunuh. Manakala banyak mengingati Allah itu penawar yang menyembuh"
Syeikh Yusuf Al Hasani


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Penawar yang menyembuh.

szi

21 Disember 2017

HADIAH GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



HADIAH GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH



Alhamdulillah, GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH sudahpun berakhir pada 14 Disember yang lepas. Paling best sekali baby Bhia dikhabarkan dapat masuk final dalam Gugu Gaga Bebe Anugerah. Semoga Baby Dhia beroleh kemenangan.


Bloglist Januari 2018


Dan berita gembira juga buat blog SZ kerana telah terpilih secara automatik masuk Bloglist Januari 2018 dalam blog Tyninasweet.


Terima kasih kepada semua atas sokongan untuk entri ini, HADIAH GIVEAWAY DHIA SUMAYYAH.

Salam Pagi Khamis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam Pagi Khamis


Syukur alhamdulillah, pada hari kedua di bulan Rabiul Akhir ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab.  Amanah tugas kepada majikan dan juga amanah yang penting dalam keluarga.  Tidak ketinggalan amanah kepada diri sendiri.




Yakinlah rezeki itu jaminan Allah.

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan dan diberikannay rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya" (Surah At Talaq, ayat 2-3)


Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini.  



20 Disember 2017

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0



Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.

Jim's Birthday Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jim's Birthday Giveaway


Tetiba ada pula terjumpa entri giveaway.  Maka untuk hari ni dapatlah join giveaway.
Nak kata tetiba tu tak juga... sebab dah cari jumpalah kalau tak cari memang tak jumpa.
Ikut nasib juba kadang-kadang cari tapi jumpa yang tak berkenan dek hati ... lalu tak join.
Kali ini rasa bersemangat pula nak join Jim's Birthday Giveaway, sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger yang baru dikenali.  Juga bersempena dengan birthdaynya yang akan tiba tidak lama lagi.  Bila?  Biarkan saja tuan punya blog yang inform.

Okey, sekarang mari kita tengok ada apa dengan Jim's Birthday Giveaway.


Jim's Birthday Giveaway

Pertamanya klik banner di atas untuk dapatkan maklumat lanjut.

Keduanya, Jim's Birthday Giveaway dijangka tamat pada 18 Januari 2018.  Makanya masih ada masa lagi untuk join dan meraikan birthday Jim... hehehe

Ketiga, terima kasih kepada semua yang sudi beri sokongan ke atas entri ini.  Jom kita ramai-ramai meraikan Jim's Birthday Giveaway.