Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Selasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selasa. Papar semua catatan

21 Julai 2020

Doa pagi Selasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa pagi Selasa




Ya Allah
Bantulah kami mengingatiMu,
bersyukur kepadaMu dan
beribadah dengan baik kepadaMu.
Pimpinlah kami ke jalan
yang diredhaiMu.
Murahkan rezeki kami dan
perbaikilah akhlak kami.
Ampunkanlah dosa-dosa kami,
ibubapa kami, sahabat-sahabat kami
dan peliharalah kami 
dari siksa neraka.
Aamiin

09 Januari 2018

Kerana hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kerana hari ini


Kerana hari ini Selasa
Hari yang juga dinamakan #pinkday
Hari warna pink dan rona seangkatan dengannya
Puas memilih baju dan tudung yang sesuai

Kerana hari ini Selasa
Dibiarkan saja suara yang bertanya itu dan ini... 
beberapa kali persoalan itu diutarakan
Puas juga menjawab tanpa bertanya kembali
Biasanya bila diutarakan sesuatu pasti ada sesuatu yang dimaksudkan
Tetapi dibiarkan saja persoalan itu.

Lalu difikirkan semula...
Apa yang dimaksudkan dengan warna yang satu itu
Adakah kerana warna itu yang lebih sesuai?
Atau kerana warna itu yang berkenan di matanya?

Biarkan dulu persoalan itu
Semoga ianya bukanlah satu isu besar

Semoga kebaikan sentiasa mengiringi setiap detik nafas dan langkahku pada hari ini dan hari-hari esok yang mendatang.


Terima kasih atas kesudian membaca nukilan ini, Kerana hari ini.

Pada setiap mentari pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada setiap mentari pagi



Alhamdulillah.  Pada hari ini masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan.






Setiap mentari terbit
Semoga Allah memperharui
IMANMU


**Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Terima kasih atas kesudian berpagian di entri ini, Pada setiap mentari pagi.


26 Disember 2017

Selasa Terakhir Disember 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selasa Terakhir Disember 2017


Selamat pagi semua.  Semoga pagi ini dan hari ini membawa rahmat dan keberkatan hingga ke akhirnya.  

Baca tajuk hari ini pun dah rasa semacam.  Tapi percayalah semua tajuk terakhir ini adalal cliche kerana dah memang hari ini hari Selasa terakhir bagi tahun 2017.  

Hari ini terpaksa bekerja walaupun sebenarnya hati bersama dengan anak di Sekolah.  Hari ini adalah hari orientasi untuk anak darjah satu di SKIP.  Semoga dimudahkan urusan ayahnya.  Terima kasih kepada ayahnya kerana membantu memudahkan urusan hari ini.




ALLAH
has already written the name of your spouse for you.
What you need ti work on is your relationship with Allah.
He will send her/him to you when you're ready.
It is only a matter of time.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Selasa Terakhir Disember 2017.

28 November 2017

Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin


Selamat pagi Selasa.  In shaa Allah jadikan hari ini lebih baik dari semalam juga sebagai persediaan untuk hari esok yang lebih baik.





Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukaimu tidak perlu itu dan yang membencimu tidak percaya itu.

Teruslah melangkah selama engkau berada di jalan yang baik, meski terkadang kebaikan tidak selamanya dihargai...

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi siapa yang mahu berbuat baik dan berubah ke arah yang lebih baik...

Jika datang kepadamu gangguan, ujian dan dugaan, jangan berfikir bagaimana cara membalas dengan yang lebih pedih, tapi berfikirlah bagaimana cara membalas dengan yang lebih baik.

Teruslah berdoa dan berikhtiar.

Sibukkan diri dalam kebaikan. Hingga keburukan lelah mengikutimu.

@quotephotovideo 🍄🍄🍄


Terima kasih Semoga hari ini lebih baik dari hari kelmarin

szi 💬💝.

27 September 2016

Selasa Jangan Memaksa

Selasa Jangan Memaksa


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selasa Jangan Memaksa atau hendak tunjuk kuasa.  Saling berjaga, bertenang dan semua akan rasa bahagia.

Kata Ucapan Hari Selasa Terbaru

Selasa


Dikuatkan semangat untuk meneruskan usaha hari ini.  Semoga semuanya berjalan lancar.


Terima kasih baca entri ini, Selasa Jangan Memaksa

Carian