Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Masa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masa. Papar semua catatan

24 Disember 2017

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian


Masih ingat tak lagi petikan surah Al-Asr, yang pernah kita belajar semasa zaman sekolah dulu?
Satu surah yang ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam.



"Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak dari masa yang kita ada.
Maka sepatutnya tidak ada satu saatpun yang kita biarkan berlalu tanpa kita menggunakannya untuk lakukan perkara berfaedah".  (Hassan al-Banna)

**Sama-samalah kita manfaatkan masa yang terluang dengan melakukan perkara yang berfaedah.  Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.


Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk membaca entri ini, Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian


21 Oktober 2014

Masa untuk muhasabah diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masa untuk muhasabah diri



Having influence is not about elevating self, but about lifting others

Masa yang kita gunakan untuk menilai keburukan orang lain lebih banyak daripada masa untuk menilai keburukan diri sendiri. Na'uzubillah.

Kerapkali terkesan dengan sindirian dan teguran kawan-kawan, terima kasih atas nasihat.  Semoga kita dapat manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya untuk muhasabah diri dan kebaikan diri sendiri.

~(@^_^@)~

25 September 2014

Kita punya masa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Kita punya masa memang terhad.
Tanpa disedari kadang-kadang masa yang kita tunggu tidak kunjung tiba.

posted from Bloggeroid

18 Julai 2014

Lebih bahaya dari kematian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mana yang lebih bahaya


Gambar hiasan

Menyia-nyiakan waktu (luang) lebih berbahaya daripada kematian; 
Karena sesungguhnya menyia-nyiakan waktu (luang) memutuskanmu dari Allah dan negeri akhirat, sedangkan kematian memutuskanmu dari dunia dan penduduknya.
(Ibnul Qayyim)



14 Jun 2014

Berhati-hati dengan detik yang berlalu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berhati-hati dengan detik yang berlalu

corak hiasan

Tidak ada satu detik pun berlalu melainkan Allah Subhanahu wata'ala senantiasa mengawasi hati-hati para hamba-Nya.

03 April 2014

Terasa masa kian suntuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tik tok tik tok tik tok
Kedengaran bunyi jam di dinding
Sudah lama jam itu terabai dan terbiar
Gerak jarumnya juga hampir perlahan menunggu masa untuk berhenti
Sesekali dipulas gerigi di tepi memberi peluang untuk jam itu meneruskan hayatnya

Tetapi itu kisah hanya jam di dinding
Biarpun jarumnya berhenti bisa digerakkan semula
Dengan suntikan semangat baru bersama kuasa yang baru
Tidak sama hayatnya dengan kita manusia

Manusia itu adalah kita insan ini
Bisa mengerti kini betapa suntuknya masa 
Namun berbagai agenda yang harus diteruskan
Kebanyakannya adalah urusan dunia... 

Semoga urusan dunia itu bisa memberi manfaat
Bisa membawa pahala memberatkan timbangan di akhirat sana
Biar berat pahala di kanan
Bukan berat dosa di kiri... Na'uzubillah
Semoga kita bisa aman di syurga bukan di neraka

Terasa amat suntuk masa kini
Urusan dunia belum lagi selesai
Apatah lagi urusan akhirat yang masih tergantung
Semoga amalan kebaikan bisa memberatkan timbangan pahala

Masa yang berlalu pergi terasa derasnya bagai halilintar
Singgah sebentar meninggalkan ruang pahala
Harapan kembali adalah sukar
Sekali berlalu akan terus pergi

Apakah hidup ini sekadar menanti masa
Menunggu peluang untuk buat kebaikan

Pada kesempatan ini
Buatlah kebajikan
Buatlah kebaikan
Sementara masa masih bersisa
Usah dirintih masa berlalu pergi
Kerana itu sudah lumrah
Pastikan kebaikan berterusan
Pasikan kebajikan berkekalan
Buat bekalan kehidupan di sana
Tangis esak tiada makna
Berusaha sehabis baik 
Semoga hidup diberkati dunia dan akhirat
Semoga jasa dihargai seisi alam

Masa yang suntuk kian menghampiri tanpa disedari ia di sini menunggu saatnya berlalu pergi


Nukilan:  yangbaik | 02.04.2014 | 11.31pm



suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$


14 Mac 2013

Biasa dengan 5

As salam,


Ulang semula perkara yang pernah disiarkan.  Peringatan ini sering kelihatan di mana-mana.

Sepintas lalu

28 Januari 2012

Keperluan sebuah meja makan

Keperluan sebuah meja makan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Keperluan sebuah meja makan bagi sebuah keluarga bahagian dan harmoni.  Secara tak sengaja dan tiba-tiba teringat kisah mengenai keperluan meja makan bagi sebuah keluarga.  Walaupun pernah juga bahkan berkali-kali terfikirkan, zaman dahulu tiada pula meja makan dan duduk makan sambil bersila atau bertimpuh sahaja.  Selesa juga kan. 

Tetapi itu kisah zaman dahulu dan tidak jauh juga bezanya dengan zaman sekarang.  Bezanya sekarang kita sering didedahkan dengan penggunaan meja ketika makan dan pendedahan ini turut mempengaruhi pemikiran kita. 



(keterangan gambar:  meja makan 'jepun' yang dipelbagaikan penggunaan; meja tulis untuk anak-anak dan meja kerja untuk ummi atau ayah, selain dari itu digunakan juga meletakkan seketika bakul permainan)

Meja makan amat berguna sekali sebagai tempat perhimpunan keluarga, terutama pada waktu awal pagi semasa kesibukan persiapan anak-anak untuk kesekolah dan ibu bapa untuk bekerja.  Dengan adanya meja makan, semua keperluan sarapan pagi seperti roti bakar, mee goreng (favourite Diena), nasi lemak, roti canai mamak (favourite Alif), cucur opah ataupun karipap dan wadeh.  Tidak bermaksud semua makanan yang disebutkan tadi diletakkan serentak di atas meja, tetapi itulah menu 'standard' setiap pagi (bergiliran) sebelum pergi ke sekolah atau ke pejabat.

Hendak dikongsikan juga ketika kesibukan ini, dengan adanya meja makan ibu bapa dapat bermesra dengan anak-anak dan berkongsi setiap pengalaman atau peristiwa semalam dan merancang keperluan untuk masa depan.  Masa itu amat berharga sekali walau sekadar 5 - 10 minit.

Zaman sekarang, dengan keadaan kesihatan yang tidak berapa memuaskan dan kekalutan di pagi hari, jika masih lagi mengamalkan duduk bersila memang tidak sempat rasanya nak menjamah makanan.  Kalau sempat pun mungkin sekadar menghirup secangkir milo ais atau teh o.  Nak duduk bersila dan bertimpuh rasanya memerlukan ketertiban dan masa.  Bukan menolak budi pekerti dan keperluan untuk berlemah lembut tetapi memang  hakikat semua orang mengejar masa.  Lambat seminit punch-card dah merah takpun akan tertulis 'daily lateness' untuk sistem thumb-print. 

Ada sedikit kaitan dengan gaya hidup zaman sekarang kan?  Apa pula pandangan anda.

Sekian ^_^.  Terima kasih baca entri ini Keperluan sebuah meja makan.

30 Oktober 2011

Masa yang baik dan sesuai untuk berblog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Masa yang sesuai atau masa yang baik untuk berblog.  Agak sukar untuk menentukan masa yang baik kerana ia terpulang kepada blogger untuk menentukan masanya sendiri. 

Buatlah tajuk yang sesuai mengikut masa dan minat kita kerana dengan itu ia mendatangkan idea untuk menulis dan memberikan kita kepuasan. 

Ada kajian (tidak rasmi) mengenai masa yang tertentu untuk keluarkan (publish) catatan pada blog kita.  Antaranya jam 11.00 pagi, 1.00 tengahari, 6.00 petang, 10.00 malam dan 1.00 pagi atau 4.00 pagi.  Antara masa-masa berkenaan kadang-kadang kita sibuk dengan kerja hakiki kita melainkan blogger sepenuh masa yang sentiasa menghadap skrin notebook atau netbook.

Apapun yang kita terbitkan pada blog yang penting gunalah bahasa yang betul dan boleh mendatangkan kebaikan kepada semua orang yang membacanya.  Walaupun blog kita tidaklah popular tetapi ia mempunyai nilai (value) untuk diri kita sendiri dan seterusnya turut menjadi tatapan dan ingatan di masa hadapan mengenai apa yang kita buat sekarang.

Sekian, selamat berbloging.  Jadilah blogger yang berhemah dan hentikan kegiatan yang tidak berfaedah.

>.<


?

10 September 2011

Kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa


gambar hiasan

Sebelum menulis tentang kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa, apa kata kita selusuri dulu soksek soksek dan desas desus yang sering memanaskan telinga...

Situasi 1:
-  Kerja lebih masa ni seronok ke?
-  best la dapat kerja lebih masa, bos takder boleh ngulat..
-  kerja ke hari ni, anak sapa jaga?
-  Banyak la masyuuuk, dah kerja hari minggu kan.
-  Tak masak lagi la hari ni?

Situasi 2:
-  Umi nak ke mana hari ni?
-  Umi kerja ke hari ni?
-  Tengahari nanti nak makan dengan siapa?
-  Bila nak keluar jalan-jalan?
-  Tak dapat balik kampung la.. macam ni.

Macam tu lah situasi yang akan hadapi bila bekerja lebih masa.

Memang lah kerja lebih masa ni dapat masyuukkk... tapi tak banyak mana pun yang boleh masyuuuk....  tambahan kerja gomen... kalau kerja kilang carsem ker kilang mattel ker tak pun kerja kilang kat bayan lepas... masuk banyak la jugak.

Time kerja lebih masa bukan masa untuk mengulat atau mengulorr.  Kerja lebih masa adalah atas keperluan jabatan, kalau tak buat akan memudaratkan perkhidmatan. Walau apapun alasannya bila nama dah naik kerja hari Sabtu dan Ahad, apa nak buat... terpaksalah batalkan semua perancangan keluarga dan tangguh ke masa lain dan datanglah kerja dengan suci hati dan niat yang ikhlas untuk bangsa dan negara... ala sebagai ganti jugak kan ... kadang-kadang time kerja ada kecemasan pulak kat rumah kena ambil cuti kecemasan tak pun kerja 'half day'.

Kelebihan kerja lebih masa adalah secara tidak langsung dapat menyiapkan kerja-kerja yang tidak sempat disiapkan semasa hari kerja biasa.  Tetapi bukan lah syarat untuk tidak menyiapkan kerja seperti biasa pada hari kerja biasa.  Maksudnya begini, ketika sedang bertugas semasa ketiadaan pelajar atau pensyarah maka bolehlah siapkan kerja-kerja pejabat semalam ataupun siapkan kerja yang boleh dilakukan pada hari Isnin.  Sebab... hari Isnin ini ada majlis sambuat mega raya aidilfitri... kena tugas jaga meja hidangan pula... so tertangguhlah kerja-kerja pejabat.  Dah ada peluang buat kerja hari ni, buatlah.  Sementara rehat ni... kita bloggging la... lalalalla

Kekurangan kerja lebih masa pula adalah hari ini ada majlis sambutan hari raya aidilfitri di TASKI dan rumah kawan di Sungai Galah... maaf lah tak dapat pergi.  Wakilkan aje kepada 'orang rumah' dan anak-anak.  Semoga mereka berbahagia.  dan tambahan lagi satu... tak dapat balik kampung melawat mak dan mak mertua... tunggu minggu depan pula... jika ada peluang...

Walau apa pun kelebihan dan kekurangan yang ada itu semua adalah pelengkap dalam kitaran hidup kita.  Satu kita terlepas mungkin akan dapat lebih baik dari yang telah lepas.  Peluang yang dapat ini kita gunakan sebaik-baiknya...

Sekian...


Terima kasih sudi baca entri Kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa

06 Jun 2011

Ada masa perlu diam dan ada ketika perlu bercakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pada masa-masa tertentu kita banyak idea untuk bercakap.  Ada masa juga kita tiada idea untuk bercakap...

Ada juga ketika kita bercakap orang tidak suka kerana kita bercakap perkara yang tidak perlu dan tidak sesuai dengan keadaan itu.

Ada juga orang tak suka kita bercakap kerana kita menegur perbuatannya...

Sedangkan menjadi tanggungjawab kita untuk menegur mana yang patut.  Tetapi tidak semua benda kita boleh tegur

Teguran kita kadang-kadang tidak boleh diterima oleh orang ramai atau seseorang kerana pada dia itu hak dia untuk membuat apa saja dan tiada kaitan dengan kita.

Sedangkan kita juga ada hak untuk menegur kerana perbuatannya itu mengganggu hak kita untuk hidup aman...

Untuk itu, kita perlu bijak untuk mentelaah pemikiran orang dan juga perlu mengetahui pada masa-masa tertentu kita tidak sesuai untuk bercakap... maka pada masa itu lebih baik kita diam... dan tegurlah dalam hati... hanya Allah sahaja yang mengetahui apa dalam hati kita dan apa juga tujuan perbuatan seseorang.

~~~~~~~~~~~~~
Apabila seseorang sedang berbicara dalam suatu majelis, kemudian timbul dalam dirinya rasa ta'ajub (berbangga diri) dengan pembicaraannya tersebut, maka hendaklah ia diam. Sebaliknya, apabila ia sedang diam dalam suatu majelis, kemudian timbul dalam dirinya rasa ta'ajub dengan diamnya tersebut, maka hendaklah ia berbicara.(Ubaidillah bin Abi Ja'far salah seorang ahli fikih dan ahli hikmah negeri Mesir pada zamannya)

04 Mei 2011

Aktiviti siang hari 1 jam saja tak lebih kurang jangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Jangan ditanya apa mereka nak buat dalam masa 1 Jam
Jangan ditanya juga apa nak dibuat dalam masa 1 jam
Dalam masa 1 jam macam-macam boleh buat
Antaranya; update blog sambil makan snickers dan minum air kotak dutchlady
Heh?... yup kalau makan nasi beriani gam ker nasi berlauk ker mana nak hupdate blog pulak.... habis 'selemoih' keybord

Sambil dengar agu Teratai nyanyian Paparock....
banyak pengajaran dalam lagu Teratai

sekian... sambung lah...nak solat Zuhur pulak nih...

Carian