Pageviews

20 Disember 2012

Mari mengenal nombor | 20122012

As salam,



Hari ini... meh kita bermain dengan nombor.  Harap maklum yer ... gambar di atas itu sekadar hiasan dan tiada kaitan dengan 20122012.  Mengkala kome nak kaitkan juga.. aye tak mampu ler nak cakap apa-apa kat sini...

Untuk mengenal lebih dekat lagi hari ini adalah hari Khamis 20 Disember 2012 bersamaan 6 Safar 1434.  Eh korang perasan ke tidak ngan tarikh nie?  Ker korang dah jemu bermain dengan nombor... tak jumpa lagi mana-mana blog yang menulis berkenaan nombor 20122012.  Haa... kalau ada meh cepat mengaku...

Bukan apa release tensiond an stress sat... Dah tengahari baru dapat nak update blog nih.... maklum lah tadi kan masa kerja... tapi sat lagi lepas solat nak sambung kerja semula...makan tengahari pun kat meja sendiri jer... tutup pintu ... jangan bagi ada orang ganggu... ada apa-apa urusan nun.... kat kaunter sana... maaf yer...

'suka duka pentas dunia'

Paling Lama Bersedih

As salam,




Aku belum pernah melihat orang yang paling lama bersedih daripada al-Hasan. Ia berkata, kita tertawa, sementara bisa jadi Allah yang telah melihat amal-amal yang telah kita perbuat berfirman, 'Aku tidak mau menerima amal-amal kalian sedikitpun.'
 
(Yunus bin 'Ubaid)
 
 
Kesimpulan:
Mampukah kita bersedih atau berdukacita atas amalan-amalan yang mampu kita lakukan. 

19 Disember 2012

Wordless Wednesday: Daim In The House

As salam,



Antara Ujian dan Fitnah

As salam,




  1. Barangsiapa melihat kebaikan-kebaikan dirinya sendiri, maka ia akan diuji dengan melihat keburukan-keburukan orang lain. 
  2. Dan Barangsiapa melihat keburukan-keburukan dirinya sendiri, maka ia akan selamat dari melihat keburukan-keburukan orang lain. 
  3. Dan barangsiapa menyangka bahwa seorang saudaranya muslim sedang ditimpa fitnah, maka sesungguhnya dirinya sendirilah yang sedang ditimpa fitnah.
(Mahfudh bin Mahmud)

18 Disember 2012

Pengambilan Pelajar Lepasan SPM ke INTEC Education College, Kemasukan Januari 2013

As salam,


Dimaklumkan bahawa International Education College (INTEC) UiTM Kampus Seksyen 17 telah membuka pengambilan pelajar tajaan persendirian sesi Januari 2013. Oleh itu pihak INTEC ingin mempelawa kepada calon-calon lepasan SPM yang memenuhi syarat kemasukan untuk memohon program-program yang ditawarkan. Maklumat tentang program yang ditawarkan dan syarat kemasukan adalah seperti di bawah:
Bidang Tawaran

Program
: Australian Matriculation Programme (AUSMAT)

Jangka Masa : 11 bulan

Program :
A-Level Programme (A-Level UK, A-Level MEDICINE )
Jangka Masa : 18 bulan

Program :
American Degree Foundation Programme (ADFP)
Jangka Masa : 12 bulan


Program : INTEC Apprentice Programme in Professional Business Accounting (APPBA)
Jangka Masa : 12 bulan

*Syarat Kemasukan


Calon-calon SPM 2012 boleh memohon dengan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2012

Bahasa Malaysia : Minimum C
Bahasa Inggeris : Minimum B+
Minimum empat B+ dan satu B dalam subjek-subjek lain.


Bagi program APPBA
Bahasa Inggeris : B+
Matematik : B+
Dan 5A- dalam subjek-subjek lain

Tarikh Tutup Permohonan
1 Januari 2013

*Terbuka hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja


Sebarang pertanyaan sila hubungi
Prof. Madya Zurina Mahmood (03-55227062), En. Nordin Sharif (03-55227232) atau emailkan pertanyaan anda ke zurin111@salam.uitm.edu.my atau nordi734@salam.uitm.edu.my.

Untuk memohon sila klik pada pautan ini:
http://intec.uitm.edu.my/component/content/article/294.html

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program-program lain sila layari laman sesawang berikut:
http://intec.uitm.edu.my/ 

Dah Mula Perlahan

As salam,


Pokok bunga putih ni dah mati.... kekeringan tidak bersiram sedangkan pokok ni perlukan banyak air.  Nampaknya kena pergi semula ke warung Lesung Batu... minta anak benih...
 
Sebenarnya dunia blog dan yangbaik memang tidak boleh dipisahkan semenjak mula berkenalan pada awal tahun 2008... eh ye ker.. meh nak semak jap... hmmm okey
 
Sehari dua ini dan mungkin juga sebulan dua ini ... eh.. tertinggal pula seminggu dua ni aktiviti berbloging akan semakin berkurangan.  Sekarang ni pun dah mula perlahan sikit aktiviti dah kurang blogwalking, tinggal komen atau tinggal jejak atau join segmen.
 
Nak kata dah kering idea tak juga, tetapi pengurusan masa tidak cekap kerana memberi lebih tumpuan kepada si kecil ku Abid dan keluarga dan kerjaya... malam harus lah tidur awal kerana nanti nak berjaga pula bagi susu kat baby Abid... mata pun dah naik lebam nie...
 
huhu.... cerita apa jer lah dah mula caca marba nie...Awak ! Jangan Berkecil Hati yer?
 
jangan lah korang pening kepala pula...

Pemalu atau Sombong

As salam,

gambar hiasan - koleksi peribadi
 Dalam majalah ini juga banyak ilmu yang boleh dikutip

Ilmu tidak akan bisa didapat oleh orang yang pemalu dan orang yang sombong.


(Abul Aliyah)

17 Disember 2012

Awak | Jangan Berkecil Hati

As salam,


Entah mengapa saya gunakan gambar di atas dan saya bahasakan diri saya dan awak. Pelik?

Memang pelik kerana mungkin juga disebabkan dalam seminggu dua ini saya banyak 'menggedik' di dalam blog ini dan banyak juga saya menerjah ke blog-blog yang terpilih.  Percayalah itu semua atas kehendak saya sendiri dan bukan kerana dipaksa oleh sesiapa.

Tidak pula bermakna awak tidak boleh menjemput saya untuk menyertai awak atau mana-mana blog.  Ini adalah kerana tidak semestinya undangan yang diterima dapat dipenuhi.  Tentu ada kriteria-kriteria tertentu yang berkenan di hati maka dengan sendirinya tangan ini laju sahaja menjadi pengikut atau menyertai mana-mana pertandingan.

Saya harap awak dapat memahami saya dan tidak menuduh saya ini sombong.  Jika ada kelapangan saya akan melawat juga blog awak dari semasa ke semasa.

Buat masa ini berilah saya ruang dan peluang kerana tidak lama lagi saya sibuk dengan kerja saya dan mungkin sudah tidak banyak masa untuk 'menggedik' di sini bersama awak semua.

'suka duka pentas dunia'

Bermula semula

As salam,



Dah agak lama bercuti dan hari ini bermula semula kesibukan di meja ini.  Rindu.... Entah macam mana keadaan meja dan bilik sepanjang peninggalan puannya.

Bila dah lama tinggal kerja selalunya pada hari pertama perasaan agak kelam kabut sikit macam baru mula masuk kerja.  Nak mula dari mana, nak buat macam mana dan yang paling penting teguran... Senyum!!!


Rindu juga dengan tingkap ini dan bunga ini yang tertampal di langsir.  Adakah ia masih disitu atau sudah layu dan bertaburan ... Rindukan kehijauan di luar sana...sesekali terlihat kelibat 'orang muda' melalui jalan di sana dengan gelagatnya dan fesyennya yang tersendiri... hehehe... jaga-jaga ada memerhati... janganlah nak belek muka ke rambut ke atau tudung kat cermin tingkap neh... terkejut aye...


Paling pasti kenderaan ke pejabat.  Hari-hari akan dihantar oleh encik suami... ya betul aye tak pandai memandu kereta... fobia... dah cuba tapi hasilnya kurang memuaskan... banyak sangat halangan so berhenti di tengah jalan... isk isk isk... tu la pasal... memang tak boleh punya ma...


Pasti juga EGO yang tercalar ini akan turut menjadi kenderaan ke pejabat sekali sekala apabila tiba saatnya nanti... Bukan tak suka tetapi semangat ini perlu dipulihkan semula untuk menguji kelajuan dan kepantasannya di jalan raya.

Selamat bertugas!

*p/s:  selepas ini blog ini mungkin akan kesunyian kerana pemiliknya sudah kembali bertugas lantaran masa untuk berbloging juga akan terhad, namun akan cuba sedaya upaya untuk terus berkarya tanpa jemu.

Paling banyak

As salam,


gambar hiasan - koleksi peribadi


Sesuatu yang paling banyak memasukkan orang ke dalam surga adalah taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.

(HR Tirmidzi)