Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label semangat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semangat. Papar semua catatan

07 Januari 2014

Apa yang tiada kaitan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cadangan gambar untuk hiasan

Apa yang tiada kaitan?
Sekadar nak berkongsi rasa dan pandangan.  Walaupun mungkin ramai yang tidak bersetuju atau tidak kurang ada juga yang mencemuh.  Apa sajalah.

Sedar atau tidak sekarang kerajaan Malaysia telah memperkenalkan 'no wrong door policy' atau polisi tiada pintu yang salah.  Bermaksud siapa juga boleh menyelesaikan aduan dan pekerjaan yang tersilap diterima. Bukan kerana hendak buat semua kerja atau semua benda nak kena ambil tahu tetapi lebih kepada hendak memudahkan semua pihak.

Macam ahli politik pula.... suka tak?  Memang tak suka.

Bila bos dah beri arahan... jangan banyak soal
kenapa saya yang kena buat,
kenapa bukan dia...
kan kerja ini ada kaitan dengan dia
kerja ini tiada kaitan pun dengan saya
kenapa ganggu saya

Eh hello... awak ingat arahan tu saja-saja bos nak bagi...
jangan pulak nak anggap bos tu dah kena 'mandrem'

Ohhh bodek bos ehhh
Alahai... buat apalah nak bodek bos tu
bukan boleh jadi jutawan pun
bos pun bukan jutawan

Kalau buat-buat tanya tu tak boleh ker?
Jawablah dengan sopan...
bila dah tak mampu atau tak boleh
berterus terang saja dengan bos
tetapi pastikan pula alasan yang diberikan itu paling kukuh di dunia
dan alasan yang awak bagi tu... cukup kuat
serta awak sendiri yakin dan percaya dengan alasan yang diberikan itu adalah benar
bukan alasan yang direka-reka

Balik semula kepada bos
Dah jadi bos jangan sesuka hati bagi arahan tanpa usul periksa keupayaan staf
ehh... silap pula
bos memang dah tahu semua tu
Dah jadi bos jangan mudah terpengaruh dengan 'bodekan' staf
dah jadi bos jangan juga mudah percaya bulat-bulat apa yang dikatakan orang sekeliling..
Dah jadi bos kena rajin 'study' gerak badan dan gaya bahasa staf...

eh sakit...

tak tau lah apa yang dikarang di atas difahami atau tidak...
cuma sekadar luahan untuk meredakan rasa hati yang terbuku
paling tidak dapat berkongsi perasaan

semoga tidak menyusahkan

sekian


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


-


30 Ogos 2013

Ujian Persefahaman dalam Persahabatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada baik, Beri baik, Dapat baik.  (Prof. Dr. Muhaya)


Catatan ini tidak bertujuan untuk mengulas mengenai ungkapan popular dari Prof. Dr. Muhaya iaitu Ada kebaikan beri kebaikan dapat kebaikan.

Kehidupan kita memang tidak lari dari ujian, dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ujian yang terbesar. Kadang-kadang ujian itu kita tidak perasan kerana ianya kecil, sedangkan ujian yang kecil itulah yang akan menjadikan kita orang yang matang ketika berhadapan dengan ujian yang besar.

Ketika catatan ini ditulis... hidung mula berair menjadi tanda bahawa selsema bakal tiba... dengan cepat segera sedar dan terus ambil scott emulsion (kan banyak vitamin c - baik untuk merawat selsema kan?). Bukan saja budak-budak, mak budak dan bapak budak pun boleh minum scott emulsion...


gambar hiasan

Kaitannya begini... apabila kita sedar kita sedang berhadapan dengan ujian (selsema) kita akan segera mencari remedi untuk merawat selsema tadi.  Tetapi alangkah ruginya kita apabila kita ditimpa sedikit ujian selain dari kesakitan... kita tidak perasan dan menjadikan kita leka atau alpa untuk 'merawat' ujian tadi.

Kisah yang hendak dikaitkan adalah begini.  Dalam sesuatu keadaan dan situasi kita akan bersemangat untuk melakukan dan melaksanakan arahan.... yang kadang-kadang bukan dalam bidang tugas kita pun tetapi atas dasar semangat kita menjadi teruja untuk mencipta dan melaksanakan tugasan itu.

gambar hiasan

Tiba-tiba dalam kita bersemangat untuk melakukan pekerjaan itu... datang pula sahabat yang tidak langsung memberi semangat serta tidak memperdulikan langsung apa yang kita sedang buat.  Yang bagusnya sahabat itu lebih rela mengkritik tanpa ada tanda hendak membetulkan apa yang 'salah' atau buat tidak endah terhadap usaha yang sedang kita lakukan.



Ada pula satu sisi yang lain seolah tidak mengambil berat terhadap apa yang sedang diusahakan.  Buat pun nak tak nak... dan seperti tidak ikhlas.  (Tetapi itu mungkin pandangan mata kasar sahaja... disebalik usahanya kita tidak tahu)

Situasi begini memang menyakitkan hati dan mencabar kesabaran dan mampu melemahkan semangat yang sedang berkobar-kobar.

Sebagai mengatasi rasa sakit hati... beralih lah kepada positif.  Tentu ada sebab dan hal tertentu yang menjadikan orang itu sukar memberikan kerjasama atas apa yang sedang kita laksanakan.

Boleh juga kita tafsirkan sebagai itu semua ujian dalam mengharungi dunia persahabatan.  Boleh saja kita buat tidak tahu atas yang berlaku... teruskan usaha dan kerja kita.

Semoga suatu masa bantuan akan tiba... paling tidak situasi itu akan berlalu dan biarkan saja ia pergi tanpa sedikitpun terguris pada hati.  Jadikan iktibar supaya kita tidak menjadi seperti itu... kerana kelak siapa juga akan melalui situasi sedemikian.

Yang berlalu biarkan berlalu... semoga persahabatan yang terjalin tidak terputus kerana perkara kecil yang kadang-kadang kita sendiripun sebenarnya tidak mahu ia berlaku pada kita dan pada orang lain juga.

Sekian adanya...Suka duka pentas dunia.






16 Julai 2013

Tidak suka tetapi terpaksa buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Tidak suka tetapi terpaksa buat juga.

Dalam sesetengah situasi kita memang tidak suka memberi amaran atau arahan kepada seseorang tetapi bila perjalanan urusan itu kelihatan seperti pincang dan tergendala, maka memang terpaksa bagi arahan dan amaran.

Kita andaikan bahawa kita juga tidak suka terima arahan atau amaran tambahan lagi surat amaran atau surat peringatan.  Memang tidak suka langsung.  Begitulah juga kita andaikan orang lain juga begitu. 

Kita andaikan bahawa senarai tugas yang diberikan sudah jelas bila diikuti dengan pertemuan dan perbincangan 'face to face'.  

Kita harap penjelasan yang diberikan tidak memerlukan kita mengeluarkan surat arahan atau surat peringatan.  Kerana semua orang sudah tahu dan mahir dengan tugasnya.  Sedikit kesilapan sesekali boleh dimaafkan.  

Tetapi untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya bukanlah semudah membuat perjumpaan atau perbincangan.  Ia lebih dari itu, menuntut kesabaran, kekuatan semangat dan kecekalan hati.  

Bahkan lebih dari itu, kita memerlukan semangat dan kejujuran yang tinggi dalam membuat penilaian ke atas perlaksanaan sesuatu tanggungjawab.

Semoga apa yang dilakukan pada hari ini adalah yang terbaik untuk semua pihak dan tidak mendatangkan kemudaratan dikemudian.

Sabarlah hati...


(*-*)

11 Januari 2013

10 perkara berkaitan semangat di tempat kerja.

As salam,




siku kelawar?? 

1.  Mulakan tugas dengan mood atau semangat yang baik dan ceria.

2.  Tugas akan jadi tidak menyeronokkan andainya ada masalah seperti masalah rumahtangga, masalah keluarga atau masalah peribadi.

3.  Jangan jadikan masalah sendiri membelenggu semangat orang lain.

4.  Kerana masalah boleh mengganggu perancangan tugas dan banyak urusan akan tergendala.

5.  Orang akan kata tiada tindakan yang diambil kerana mereka tidak nampak tindakan yang telah diambil.  Lagipun buat apa heboh sekampung macam ayam bertelur sebiji.  Diam-diam sudahlah.

6.  Orang tidak tahu ada tindakan yang telah diambil kerana masalah yang sama berulang dan terus berulang seolah tiada kesudahan.

7.  Letakkan diri anda ke tempat orang lain, tempat orang yang bermasalah atau tempat orang yang tiada masalah atau tempat orang yang menegur anda.  Bagaimana rasanya terpaksa selalu memberi teguran.

8.  Kita dah cukup dewasa untuk selalu diberi teguran atas perkara yang remeh temeh dan sama sering berulang. 

9.  Bukan tidak boleh ditegur tetapi seharusnya teguran itu bukanlah kerana peribadi kita yang tidak disenangi atau tingkahlaku kita yang menjengkelkan banyak pihak.

10.  Kesimpulan, jadilah diri kita yang sebenar dan ikutlah contoh teladan yang baik semoga dapat mengubah presepsi buruk orang lain terhadap kita.


17 Disember 2012

Bermula semula

As salam,



Dah agak lama bercuti dan hari ini bermula semula kesibukan di meja ini.  Rindu.... Entah macam mana keadaan meja dan bilik sepanjang peninggalan puannya.

Bila dah lama tinggal kerja selalunya pada hari pertama perasaan agak kelam kabut sikit macam baru mula masuk kerja.  Nak mula dari mana, nak buat macam mana dan yang paling penting teguran... Senyum!!!


Rindu juga dengan tingkap ini dan bunga ini yang tertampal di langsir.  Adakah ia masih disitu atau sudah layu dan bertaburan ... Rindukan kehijauan di luar sana...sesekali terlihat kelibat 'orang muda' melalui jalan di sana dengan gelagatnya dan fesyennya yang tersendiri... hehehe... jaga-jaga ada memerhati... janganlah nak belek muka ke rambut ke atau tudung kat cermin tingkap neh... terkejut aye...


Paling pasti kenderaan ke pejabat.  Hari-hari akan dihantar oleh encik suami... ya betul aye tak pandai memandu kereta... fobia... dah cuba tapi hasilnya kurang memuaskan... banyak sangat halangan so berhenti di tengah jalan... isk isk isk... tu la pasal... memang tak boleh punya ma...


Pasti juga EGO yang tercalar ini akan turut menjadi kenderaan ke pejabat sekali sekala apabila tiba saatnya nanti... Bukan tak suka tetapi semangat ini perlu dipulihkan semula untuk menguji kelajuan dan kepantasannya di jalan raya.

Selamat bertugas!

*p/s:  selepas ini blog ini mungkin akan kesunyian kerana pemiliknya sudah kembali bertugas lantaran masa untuk berbloging juga akan terhad, namun akan cuba sedaya upaya untuk terus berkarya tanpa jemu.

15 Disember 2012

Semangat Lemau

As salam,



Pulihkan semangat yang lemau hari ini dengan Jus Oren, Jus Karot dan Lai Chee Kang... 

Jom!!!

Eh... nampak sangat lemaunya semangat hari ini.
Bermula dari pagi... perancangan tak menjadi

Tengahari pula... okey jer... tak rancang apa-apa pun

Petang pula... rancang lain... jadi lain...

semua itu adalah ketentuan dari Nya..
Kita mampu merancang
Yang baik bukanlah dari kita sepenuhnya sebaliknya yang tidak baik perlu kita elakkan...




21 Februari 2012

Orang rajin selalu rugi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


orang rajin selalu rugi
tiada masa rehat yang cukup
tiada masa nak borak-borak
tiada masa juga nak lepak-lepak

orang rajin selalu rugi
selalu saja buat kerja
tak boleh nampak peluang
semua nak buat

orang rajin selalu rugi
bagai ubi diam berisi
bukan cangkul angin
tiada kerja sia-sia

orang rajin selalu rugi
selalu saja jadi perhatian
selalu saja diberi tugasan
selalu juga tak duduk diam

orang rajin selalu rugi
selalu saja bertanya
diberi tugas terus laksana
tanpa banyak alasan atau kerenah

orang rajin selalu rugi
sukar dapat sahabat sejati
sama rajin sama rugi
sehidup semati cekal dihati

mengapa orang rajin saja yang rugi
ada alasan lain
silakan

09 Februari 2012

Penggerak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Penggerak semangat
Pembakar semangat
Penguat semangat
Semangat yang hilang

Yang laut pulang ke laut
Yang darat balik ke darat
Yang mana tercari-cari
Yang SATU kekal di hati

?-?

13 Januari 2012

Semangat masih belum bersedia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Masih belum bersedia
Bimbang belum bersedia
Bukan nak bercerita
Tetapi sekadar catatan

Perlu kumpul kekuatan
Bukan kerana tidak kuat
Cuma semangat belum bersedia
Perlu kumpul kekuatan semangat dan minda
Mind Power!

Spirit power too

???

09 Julai 2011

Pulih kembali Semangat Yang Hilang

Selamat sejahtera,

Lirik Lagu Semangat Yang Hilang, nyanyian XPDC


Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

~~~~~~~~~~
Moral of the song and the story: 
It is okay to talk to the wall if your friend's don't want to listen what are you talking about...

yeee..... haaaaa

18 Mei 2011

Tak berapa nak jadi

Assalamalaikum dan selamat sejahtera,


Setiap hari yang dilalui pasti ada perubahan dan perbezaan di mana-mana. Tak kiralah pada pakaian, pada pemandangan, pada perasaan atau pada alam sekitar atau juga pada kawan-kawan.

Suatu hari juga pasti kita akan tempuhi saat yang menjadikan kita rasa tidak selesa atau rasa tidak bersemangat.  Lantas menjadikan hari itu seperti suram dan apa juga yang dihasilkan tak berapa nak menjadi.

Apa yang menyebabkan perkara itu atau perasaan itu tak berapa jelas.  Mungkin juga kerana terkejut bangun dari tidur.  Gangguan semasa tidur yang membawa kepada hari siang kita terganggu.

Ada sesiapa boleh bantu?....

Sila....

Carian