Pageviews

30 November 2012

Biar berubah sehalus angin asal tidak sederas taufan

As salam,

Corak hiasan.  Belum buat lagi corak angin atau taufan.  Kalau dah ada dalam stok boleh letak kat sini bagi menggambarkan tajuk catatan.

Biar berubah sehalus angin jangan berubah sederas taufan.  Ungkapan berkenaan terjumpa semasa 'merayau' kat facebook sebentar tadi.  Penulisnya sudah tentu memahami maksud yang ditulisnya.  Tetapi adakah pemahamannya sama dengan pemahaman aye... mungkin juga tidak sama.

Tujuan ungkapan itu ditulis mungkin bertujuan supaya kita bersedia dengan perubahan tetapi andainya perubahan itu datang secara mengejut macam taufan memang menyakitkan.

Walau apapun kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kerana suatu masa perubahan itu pasti berlaku sama ada suka atau tidak.

Sesuatu yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita tetapi berdoalah semoga ia mendatangkan kebaikan untuk kita dan seluruh alam.

Dan sesuatu yang kita tidak suka itu tidak semestinya tidak baik untuk kita, oleh itu berdoalah semoga kita bersedia menerimanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas menerimanya seandainya ia untuk kebaikan kita dan seluruh alam.

Antara Ilmu dan Suapan

As salam



Belum sempat hafal lagi.  Baru habis baca, perlu ulang semula baru boleh hafal... maklumlah bukan baca untuk periksa tambahan pulak memori ni dah semakin menipis...


Hafalkanlah ilmu yang telah Anda kumpulkan! Karena orang yang mengumpulkan ilmu namun ia tidak menghafalnya, bagaikan seorang laki-laki yang duduk di depan hidangan, lalu ia mengambil hidangan tersebut sesuap demi sesuap, namun ia lemparkan suapan-suapan itu ke belakang punggungnya. Kapankah Anda akan melihatnya kenyang?  (al-A'masy)

29 November 2012

Antara kesusahan mendapatkan Ilmu

As salam,




Mencari ilmu adalah satu tuntutan kerana dengan  ilmu dapat meningkatkan darjat seseorang.  Namun, ilmu itu tidak berguna sekiranya digunakan pada jalan yang salah dan ilmu itu sendiri adalah ilmu yang salah...

Yangbaik teringat rungutan dari beberapa orang yang sedang belajar secara jarak jauh iaitu belajar sambil bekerja.  Macam-macam rungutan ada yang mengatakan masalah sukar menyiapkan tugasan diberikan oleh pensyarah kerana kekangan tugas hakiki dan tak kurang juga tidak sempat membaca atau menelaah pelajaran kerana kesibukan bekerja dan masalah keluarga. 

Memang simpati, namun di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.  Insya Allah jalan menuju kebaikan  akan mendapat bantuan dan pertolongan Allah asalkan kita berbuat baik dan tidak menyusahkan orang lain. 

Dan, yang penting sekali perlu ikhlas dalam setiap tindakan serta tidak memutuskan hubungan dengan Allah, sentiasa bertahajud meminta bantuan dan pertolongan Allah bagi memudahkan segala urusan.

Teringat lagi (sampai kapan pun) pesanan ustaz pada hari pertama kuliah ketika belajar Diploma Pentadbiran Awam.  Pesanan beliau antara lain orang yang menuntut ilmu adalah pejuang dan sama taraf dengan orang yang berjuang, memang banyak halangan dan rintangan kerana itulah siapa yang menuntut ilmu itu mati dianggap mati syahid andainya ia mati ketika tujuan menuntut ilmu.  Memang banyak halangan dan pahalanya juga banyak...

Namun difahamkan juga sesuatu itu diturunkan tidak lama, seperti yang dinyatakan oleh Abu Darda':-

Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.

(Abu Darda')

28 November 2012

Dah mula memerap

As salam,

corak hiasan bukan gambaran cerita

Sejak beberapa hari yang lepas dia dah mula buat perangai nak memerap saja.  Tidur sekejap dalam sejam dua kemudian jaga dan buat bunyi... ujian suara. 

Bila di angkat dan letak atas pangku atau riba... dia diam.  Ingatkan nak susu rupanya pejam mata semula... ooo main-main yer.. okeh tak per

Dan kemuncaknya malam tadi, dia tidur atas riba... dan ummi pula terpaksa tidur sambil duduk saja...

Sabar jer lah untuk anak-anak, semoga ada hikmah dan kebaikan.

Wordless Wednesday: Apa yang difikirkan

As salam,


aduhai anak... apa lah yang merungsingkan mu...

.

27 November 2012

Bila boleh

As salam,



Bila boleh makan itu ini
Bila boleh buat itu ini
Bila boleh pulih semangat ini
Bila boleh kuat hati ini
Bila boleh segala-galanya yang boleh



awan mendung sentiasa saja bergentayangan
sesekali disulami awan hitam
sesekali juga disulami awan ceria
namun masih lagi dibayangi awan kelabu

Makan nasi berkuah tidak
hanya berlauk ikan bakar
Nasib ini malangnya tidak
hanya sesekali rasa tercabar

Awan hitam di kaki langit
sang bayu pula lemah gemalai
hati ini tidaklah sakit
hanya terluka bila terabai

Buah delima di dalam peti
Kulitnya kuning isinya merah
Jika hendak mengubat hati
Kepada Allah kita berserah


*

Pernah terfikir nak buat ?

As salam,



Corak ini sekadar hiasan saja

Mungkin juga ada dikalangan kita yang pernah terfikir nak buat baik... dan pernah buat baik.  Mustahil pula ada orang yang tidak pernah terikir nak buat baik.  Walaupun tak sempat nak buat baik tapi niat ada... Insya Allah akan ada ganjaran juga. 

Membaca kata-kata hikmah di bawah, teringat perbualan dengan seorang sahabat satu masa dulu.  Pada masa tu pakaian dedah-dedah ni taklah banyak sangat dan kalau ada pun tak banyak dan mungkin juga tak terlihat ataupun tak lah seksi sangat.  Maklumlah duduk di kawasan pedalaman pada masa tu mana ada gadis kampung berpakaian seksi... tak macam sekarang dah lebih kurang macam kota batu dah... Na'uzubillah...

Eh berbalik kepada perbualan kami, seorang sahabat yangbaik katanya nak simpan kain batik lebih murah pun tak apa sebab nak bagi kepada orang yang yang tak cukup kain... itu cerita masa tu... sekarang ni, kain dah banyak panjang berjela pun belum tentu tutup aurat.  Tak perlu cakap banyak lah... semua orang pun dah tahu perihal tutup aurat tetapi yang tak nak tutup tu.. akan kata belum sampai seru... siap boleh sound lagi orang yang tegur kononnya mereka tu lebih baik sebab tak masuk campur urusan orang... malas nak layan...

Jom lah layan dulu apa Khaitsamah buat...

Khaitsamah biasa datang ke mesjid dengan membawa beberapa kantong kain (berisi uang) lalu duduk bersama teman-temannya. Apabila ia melihat salah seorang diantara mereka memakai baju atau jubah yang robek (atau berlubang), lalu orang itu bangkit dan keluar dari (pintu) mesjid, maka Khaitsamah segera mengejarnya dari pintu mesjid yang lain untuk menemuinya dan mengatakan, 'Ambillah kantong kain (yang berisi uang) ini dan gunakanlah untuk membeli jubah atau baju!'  (al-A'masy)

26 November 2012

Sedar atau tidak

As salam,






1.  ramai orang suka berkawan dan bercerita.  maka dengan itu facebook adalah medan yang popular untuk melaksanakan hobi itu.

2.  ramai orang juga ada facebook dan twitter dan tak kurang juga blog.  semua itu medan untuk bercerita dan mencari kawan juga dengan agenda yang tersendiri sama ada untuk popular atau sekadar meluahkan rasa hati dan perasaan yang tersimpan.

3.  gangguan pada notebook ini menyekat hasrat hati yang terpendam... tengok...

4.  kembali ke jalan cerita asal...  ada juga dikalangan orang ramai yang bekerja... dan hobi serta minatnya itu mengganggu masa kerja... aye?  tidak lah sebab sekarang ni sedang bercuti... ganggu juga sebab tujuan cuti adalah untuk berehat tapi online pulak...hmmm

5.  sedar atau tidak semasa kita online kita sebenarnya sedang dipantau... jika tidak oleh bos oleh kawan bos atau gundik bos (gundik?  ... orang suruhan atau orang harapan bos). 

6.  online semasa waktu kerja adalah sangat tidak sesuai jika ianya untuk tujuan peribadi dan bukan kerana urusan rasmi...


aduss... pedasnya...

Peluang memajukan diri

As salam,





1. Tidak mudah mendapat peluang untuk memajukan diri.


2. Tidak semua orang berpeluang memajukan diri dan tidak juga semua mampu menggunakan peluang memajukan diri dengan sebaiknya.


3. Peluang yang diberikan bukan percuma sebaliknya harus dibayar dengan usaha dan pengorbanan.


4. Bila dah dapat peluang jangan salah guna dan jangan sesekali merendahkan orang lain yang tidak dapat peluang atau tidak guna peluang yang diberikan.


5. Kita biasa dengar atau baca peluang yang diberikan bukan selalu tetapi bila datangnya kadang-kadang tanpa disedari hanya setelah peluang itu pergi baru perasan.


6. Peluang juga seringkali tidak datang bergolek sebaliknya harus dicari dan dikejar.


7. Namun tidak semestinya peluang yang dihulur itu sesuai dengan keupayaan kita dan dengan itu harus teliti dalam setiap peluang yang tiba.

Sekian.

25 November 2012

KEPERLUAN DAN AMALAN BERPANTANG SETELAH MELAHIRKAN ANAK: ANTARA MITOS DAN REALITI

As salam,



PENGENALAN

Amalan berpantang setelah melahirkan. Mengapa setelah melahirkan dan tidak setelah bersalin. Kedua-dua perkataan tersebut memberikan sedikit dilema kerana maksud bagi setiap perkataan adakalanya memberikan pengertian yang berbeza. Bila ditulis sebagai setelah bersalin, maka kelak akan disambung pula dengan ~bersalin pakaian tetapi bila ditulis setelah melahirkan, maka akan ditempelak juga dengan ~melahirkan album. Jadi, untuk apa juga perkataan ia mempunyai erti dan maksud yang berbeza.

Catatan ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan juga pandangan insan sekeliling yang rasanya boleh digunapakai dan dijadikan panduan. Tidaklah bermaksud semua pandangan dan pengalaman orang lain itu boleh diterima oleh semua orang tetapi boleh diterima sekiranya ia adalah bersesuaian dan ianya telah menjadi konvensyen bagi orang Melayu yakni boleh diterima dan diamalkan.

Pengalaman peribadi tidaklah banyak mana tetapi cukup untuk berkongsi segala amalan yang telah diamalkan sepanjang tempoh berpantang bagi 4 orang anak. Memang pengalaman ini tidak banyak kerana 4 orang anak bermakna 4 pengalaman yang berbeza serta tidak setanding dengan ibu-ibu yang terdahulu yang mempunyai lebih dari 10 orang anak sudah tentu lagi banyak pengalaman yang berbeza bagi setiap kelahiran. Namun, pengalaman ini adalah cantuman bagi semua kelahiran dan dijadikan rujukan untuk masa-masa akan datang.

Tidak semestinya catatan pengalaman yang cetek ini boleh terus diterima sebaliknya sebagai garis sempadan dalam menempuh kehidupan di dunia.

Tempoh berpantang biasanya adalah 44 hari dalam tempoh tersebut terdapat amalan-amalan tertentu yang dilakukan oleh ibu dan juga bayi. Walaupun tidak semua orang mampu melakukannya tetapi terpaksa lakukan untuk kesihatan dan kekuatan diri pada masa akan datang. Bak kata orang-orang tua “Badan kita ni nak gunanya lama lagi, bukan sehari dua”.


P/S:  Siri ini akan bersambung lagi dengan tajuk lain, antaranya Keperluan kelengkapan berpantang, Amalan Berpantang, Berpantang bagi Ibu dan Bayi.  Mohon berikan juga maklumbalas di ruangan ulasan.  Terima kasih