Pageviews

31 Ogos 2012

Makan

As salam


 
Jemput makan jemput-jemput.  Cuti-cuti ni baru ada peluang nak masak-masak sarapan untuk ahli keluarga.  Walaupun ringkas tetapi penuh makna kan.  Sayangnya pokok kucai dah mati... terlebih siram air.  Orang kata 'carak' air.  Daun kucai tu beli jer kat kedai runcit depan sana.  Berselera sungguh tengok anak-anak makan.  Tambah semangat lagi umi nak memasak... hikhikhik
 
 
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Wahai anak muda, bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu dan apa yang ada di sekitarmu.
(HR Muttafaq Alaihi)

30 Ogos 2012

Minggu ke-30 dan kisah MGTT

As salam,


 
Sekarang dah masuk minggu ke-30 usia kandungan dan kenapa pula gambar di atas tidak sama dengan gambaran kedudukan janin di dalam perut @yangbaik seperti yang diceritakan doktor.  Betullah, jangan keliru sebab tidak semua bayi mempunyai perkembangan yang sama.
 
Ini adalah cerita semalam tetapi dicatatkan pada hari ini kerana baru mendapat peluang untuk bercerita di sini.  Seperti lazimnya walaupun mungkin secara kebetulan urusan di klinik kerajaan sering memakan masa yang lama dan agak panjang.  Sebagai salah seorang kakitangan awam memang rasa tidak sesuai nak bercerita di sini kerana ia seolah-olah membuka pekung di dada.  Tetapi seperti semua sedia maklum, memang urusannya lambat dan memakan masa yang panjang. 
 
Sesuatu perlu di lakukan untuk memudahkan proses dan mungkin beberapa prosedur perlu dikaji semula.  Antaranya penyediaan ruang yang selesa dan kakitangan yang mencukupi untuk menguruskan MGTT. 
 
@yangbaik secara peribadi simpati dengan seorang sahabat yang kebetulan mengambil darah kali pertama pada sebelum puasa dahulu, beliau merupakan orang yang pertama mengikuti proses berkenaan tetapi atas sebab yang kurang jelas maka proses yang pertama itu terbatal lalu terpaksa diulang semula untuk kali ini.  Sedangkan @yangbaik menjalani prosedur kedua manakala beliau terpaksa mengulang semula prosedur yang pertama.  Bayangkan betapa ruginya masa yang diambil untuk menjalani prosedur pertama dahulu.  Buang masa, tenaga dan darah juga.  Pembaziran!
 
Cerita panjang lebar memang menyakitkan tetapi itulah hakikat yang terpaksa diharungi.  Semoga prosedur berkaitan MGTT dapat diinovasikan semula bagi memudahkan urusan semua pihak.  Kerana ibu-ibu yang hamil ini bukan sahaja terdiri dari suri rumah tetapi juga ibu-ibu yang berkerja.  Bayangkan bila keluar ke klinik asalnya dari dua jam jadi 4 hingga 5 jam.  Masa kerja terpaksa dikorbankan.  Tidak mengapalah bila dapat bos yang memahami tetapi akan menjadi lebih sukar walaupun bos memahami tetapi terpaksa meninggalkan kerja untuk menunggu dan akhirnya terpaksa cuti.
 
Walau apapun mereka terutama petugas di Klinik Kesihatan itu telah melakukan yang terbaik hingga terpaksa menggadaikan masa rehat demi tugas.
 
Selamat bertugas.
 
'suka duka pentas dunia'
 
 

28 Ogos 2012

Kata Kunci Untuk Hari Ini | Sebuah jawapan untuk audit

As salam,




 
 
Setelah puas berhempas pulas menjawab soalan audit yang amatlah hangatnya... maka dengan ini meh kita santai jap meninjau apa pula keywords atau lebih tepat kata kunci yang menarik untuk hari ini.  Kata Kunci ini diperolehi dari Nuffnang yang bermurah hati merekodkan setiap kata.  Terima kasih
 
 
Jom!!!
 
 
  • ayat dalam kad raya - ada ucapan untuk sahabat dan ucapan untuk ibu juga.  Kalau tak pandai buat ayat google jer.. then singgah kat blog sini... adalah ayat-ayat rekaan sendiri.  Dah ambil ayat tu jangan lupa letak kredit kat @yangbaik tau.
 
  • dekorasi laman rumah - boleh juga lihat rumah contoh di Seri Iskandar dan juga gambar sebahagian daripada dekorasi laman rumah jiran lama di Sungai Galah.  Laman rumah @yangbaik takder lah besar mana jadi tak der lah nak buat dekorasi bagai lagi... mana nak cekau.  Balik keraja pun dah nak malam.  Hujung minggu pulak dok merayau rumah mak tak pun kat rumah mertua.  Tapi yang pastinya walaupun laman tak besar mana, mesti bersih dah tiada sampah sarap bertaburan... kalau tidak.... kutipppp
 
  • semi d di puncak iskandar - ada contohnya di rumah contoh seperti di atas.  Rumah semi d di Puncak Seri Iskandar untuk fasa 1 rasanya dah tinggal sikit lagi, kalau nak banyak tunggu fasa dua.  Nak tau lebih lanjut?... google jer 'mrcb seri iskandar' mesti jumpa gambar rumah contoh... dari blog @yangbaik pun ada gak. hikhikhik
 
  • contoh lanskap - jawapan sama juga di atas atau 'sda'.  Nak jumpa pensyarah lanskap ler ingat minta idea untuk masukkan dalam cerita di blog @yangbaik.  Tak lah bila pengunjung tiba hampa jer sebab tak der gambar atau cerita menarik mengenai lanskap di sini... ciput jer.
 
  • blog yang popular 2012 - banyak blog yang popular nak cari mana satu... dan yang pastinya blog @yangbaik belum lagi popular untuk tahun 2012 next year boleh jadi jugak... hehehe
 
  • blog-kutuk redmummy - ada ke kutuk kutuk blog orang, itu dia punya pasal la... Nak kutuk-kutuk pula, tak baik ler.  Opss!
 
  • cara mengemas dapur - nak mengemas yer... meh tengok kat siniDapur rumah @yangbaik takder la besar mana tapi barangnya berkotak-kotak so simpan jer dalam kotak tu sesekali kena tengok juga kot-kot satgi ada pula 'mak menti' atau 'cikpas' bersarang dalam kotak tu.
 
  • gambar kereta kenari rs - gambar kereta kenari tu ada tapi tak tau la kenari rs ke ape.  Dahulunya yangbaik ada juga mengidamkan kenari merah, tetapi lepas dengar cerita macam-macam dari encik suami langsung tak jadik.... huuuu... eeieieiei
 
  • hotel berhampiran felcra nasaruddin bota - Hotel Putra Iskandar - the one and only buat masa ni terletak di Bandar Seri Iskandar.  Mungkin tahun depan akan tumbuh lagi satu hotel besar.  Tiada gambar atau cerita sebab tak pernah buat lagi cerita berkenaan Hotel Putra Iskandar.
 
  • jenis jenis ap di malaysia - ap tu Approve Permits untuk import kereta mewah ke sejenis telefon android.  Apa-apa saja lah... asalkan korang jumpa apa yang korang carik...


Sekian, adanya.  Suka Duka Pentas Dunia.

Contest Cabaran SEO dimonopoli Lelaki Kacak

As salam,


Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati
Eyriqazz vs Denaihati
Contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati nampaknya dimonopoli oleh lelaki kacak di Malaysia.  Tambahan pula penganjur contest tak kurang juga kacaknya (hehehe).  Inilah hakikatnya, @yangbaik kurang pasti mengapa kurangnya penglibatan wanita dalam contest sebegini.  Walaubagaimanapun tidak bermakna kaum yang menghayun buaian ini tidak turut serta.  Ramai lagi peserta wanita yang hebat-hebat menyertai contest cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati.

Eyriqazz vs Denaihati bagaikan langit dan bumi dalam dunia blog.  Walla, kalau begitulah kata bro Eyriqazz agak-agaklah kan blogger otai yang ramai follower, punya trafik yang tinggi, kedudukan yang baik dalam Alexa ranking etc. boleh  kata macam tu siapalah pula blogger yang bernama yangbaik ni yer... memang tak der bagai- bagai lagi... dah macam 'pungguk rindukan bulan'.  Mana tidaknya, nak pecahkan ruyung jauh sekali lah sehingga ke artikel ini ditulis bayang blog yangbaik kat mr google pun tak kelihatan di page 1 atau 2.  Entah di page berapa tak taulah, nak dapatkan top ten pun belum tentu.  Eh eh lari tajuk pulak... memang lah tak ramai peserta wanita yang menyertai contest cabaran SEO tetapi manalah tahu dalam tak ramai tu ada yang menjadi pemenang utama.

Biasalah adat bertanding tak menang pun tak apa at least dah tambah pembaca baru dan dapat lah sikit pengetahuan dari blog-blog yang mungkin selama ini tidak pernah dilawati.

Cabaran contest ini berlangsung sehingga 31 Ogos 2012.  Kepada yang masih berminat nak cuba dan nak lihat siapakah lelaki kacak dan wanita cantik yang menyertai contest ini boleh terus ke SINI.

Kepada semua peserta contest selamat maju jaya dan good luck.


'suka duka pentas dunia'

Lebih utama dari segalanya

As salam
 
 
Tiga amal yang lebih utama: sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.
(HR Bukhari)
 
 
 
~~~~~~~~~~~~~~~
 
sementara menantikan entry terbaru berkaitan contest cabaran SEO... mencari ilham yang kian pudar...

24 Ogos 2012

Perbuatan Zalim

As salam,




 
 

Waspadalah terhadap perbuatan kezaliman karena kezaliman adalah kegelapan di hari kiamat. Jauhilah kekikiran karena kekikiran telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, mengantarkan mereka kepada pertumpahan darah di antara mereka dan menghalalkan segala cara.
 
(HR Muslim)

23 Ogos 2012

Masih dalam mood hari raya | Sesekali teringat Puasa Enam

As salam,


 
Memang lah masih dalam mood hari raya sekarang ni kan, sebabnya hari ni baru masuk hari raya ke-5.  Semalam hari raya ke-4 dah mula kerja.  Amboi! dah mula kerja? tak der sedara mara ke? tak beraya ket kampung ker? ko memang tak suka raya?  Macam-macam andaian dan tekaan yang cuba mencecah ke telinga namun semuanya di tepis.  Entah-entah orang tak cakap apa pun sendiri jer yang perasana.  Hahahaha...
 
Dan, semalam juga merupaka satu detik yang sukar dilupakan, walaupun macam-macam detik yang berlangsung dan salah satu detik itu seolahnya seperti biasa berulang dan seperti sudah dijangka akan berlaku... tetapi tak upaya nak tepis kerana ia terjadi juga... tak kuasa lah nak menepisnya.  Hidup mesti diteruskan.  Kesukaran dan kesusahan hati yang dialami kita tidak sama kan?  Ada yang lebih susah lagi... hanya kesanggupan kita saja yang menguatkan semangat dan tekad hidup kita.
 
 

 
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri sering berkumandang dan kelihatan di mana-mana.  Namun di blog ini... huish... macam berat sangat nak tulis nyer.  Bukan apa kononnya tak nak buat entry skema... ala konon-konon tak nak sama dengan blog yang lain... tapi kan tak boleh blahhh la... sebabnya dah memang kita hidupnya begini.  Bak kata encik suami kalau nak buat lain pun janganlah lain sangat dari orang lain, nanti nampak pelik sangat... eh eh... encik suami pun pandai juga nak cari kelainan.
 

 
Dah tamat sebulan puasa, tibalah masa hari raya.  Raya tu tetap juga raya tetapi Puasa Enam tiba-nya hanya sekali saje dalam setahun, bila nak mula nie... alkisah jemputan rumah terbuka tu... terimalah seadanya.... yang penting nak dapatkan pahala puasa enam tu....
 
Jom Puasa Enam.  Kita kutip pahala dan sambung pahala tambahan untuk menampung Puasa Ramadan.
 
 
'suka duka pentas dunia'
 
 

Tiada kata mampu diucapkan

As salam,


Memang benar! tiada kata yang mampu diucapkan lagi. 
Sementelahan telah jenuh hati ini bersuara mengungkap kata-kata sendirian.
Mengharap ada yang mengerti setiap bait-bait kata yang telah dilafazkan.
Namun entah di mana silapnya masih nanar mencari kesilapan
lalu dibiarkan membisu menguasai diri
Semoga apa yang terbuku di hati segera terlerai
'suka duka pentas dunia'

Terima seadanya

As salam



Terima seadanya apa yang ada pada diri kita dan apa yang ada di sekeliling kita.  Memang sukar untuk menerima keadaan yang kita tidak suka namun itu semua ada hikmah tersembunyi mengapa sesuatu itu tidak seperti yang kita suka atau tidak menjadi seperti yang kita hajati. 

Tak perlu rasanya bersusah payah menyembunyikan diri atau melarikan dari dari sesuatu yang kita tidak suka. 

Apa yang terjadi tidak semestinya berpunca dari kesilapan orang atau kesilapan kita.  Semua yang terjadi kerana corak pemikiran kita, cara didikan kita dan cara kita bertindak adalah berbeza.  Tiada yang sama.




"suka duka pentas dunia"

19 Ogos 2012

Doa

As salam



Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran

(QS. Al Baqarah: 186)