Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Kehamilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehamilan. Papar semua catatan

05 Oktober 2012

Pengalaman bersama jiran dan tong sampah?

As salam



Entah apalah yang bermain
di minda dan perasaan kala ini
hingga rasa tidak tenang sekali

Semenjak beberapa hari dan mungkin juga dah dua atau tiga bulan, tetapi baru perasan dalam dua tiga hari.  Kehidupan berjiran dirasakan seperti tidak mengembirakan lagi. 


Adakah kerana pembawa budak atau kerana jiran yang meragam... bukan suami dan anak-anak jer yang meragam bila isteri hamil... huhuhu...


gambar hiasan saja.  kalau nak komen boleh saja.  Silakan!


Dan, cerita tong sampah pula... memang tak boleh masuk langsung.  Masih terasa hati, tetapi jadikan itu semua sebagai terapi diri dan carilah kekuatan peribadi... Janganlah bersedih. 



La Tahzan!

24 September 2012

Lawatan ke klinik kesihatan menjelang minggu ke-34

As salam,
 
 
 
Hari ini Isnin dah masuk minggu kehamilan ke-34.  Ada dua minggu lagi.  Berdebar-debar rasanya menanti saat lawatan.  Lawatan kali ini biarpun bukan kali pertama namun bukan juga kali terakhir untuk pemeriksaan kandungan ke-4 (mungkin juga).  Tetapi setelah dimamah usia yang hampir mencecah ke angka empat ... lagi terasa suspen. 
 
Dan... seperti biasa masa lawatan ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) tidak pernah tamat awal.  Kurang pasti pula petang ini bagaimana hasilnya.  Harapan menggunung tinggi agar lawatan ini tidak memakan masa yang lama.  Sesungguhnya penantian itu memang satu penyiksaan.
 
Nantikan berita bergambar, seandainya kekuatan semangat melepasi kekuatan kemalasan... huhuhu
 
Namun yang pasti janji mesti ditunaikan... dak gitu?  Heee
 
 

10 September 2012

Suami meragam ketika isteri hamil

As salam,

 
Bukan sahaja suami malahan satu keluarga meragam dam buat hal bila isteri hamil.  Mana tidaknya mereka semua turut menanggung alahan.  Dah di penghujung ni... lagi kesian kat anak yang kecil nak dukung pun dah tak larat.
 
Kalau kat ayahnye lagi le kesian... saban hari dok mengadu lenguh pinggang rasa macam nak tercabut, lenguh kaki, loya nak muntah (aih... tak habis lagi?), nak demam le macam-macam.  Bila pi klinik, buat pemeriksaan doktor kata okey jer.  tekanan darah okey... semua okeh... doktor memahaminya... kesian kan encik suami.  Memang begitulah lazimnya.  Selalunya dah dekat-dekat sambil tunggu hari ni, lagi kuat ragamnya.  Nak simpati ker nak kata ' rasakan'?  Heeeiii.... tak patut.  Memang simpati tetapi dah nak terkena kat dia macam mana nak kita nak ambil.  Biasanya bila dah bersalin esok esok sihat lah dia... bak orang Perak kata 'mengoncah' le... boleh le bergaya semula. 

Teringat dulu encik suami memang tak suka makan asam, tetapi sekarang dia pulak yang lebih siap beli buat stok lagi. 
 
Itu baru sebahagian dari cerita encik suami, belum lagi cerita bab anak-anak yang dok asyik meragam jer... pening kepala... sabor jer...
 
 
 
'suka duka pentas dunia'
 
 
 

30 Ogos 2012

Minggu ke-30 dan kisah MGTT

As salam,


 
Sekarang dah masuk minggu ke-30 usia kandungan dan kenapa pula gambar di atas tidak sama dengan gambaran kedudukan janin di dalam perut @yangbaik seperti yang diceritakan doktor.  Betullah, jangan keliru sebab tidak semua bayi mempunyai perkembangan yang sama.
 
Ini adalah cerita semalam tetapi dicatatkan pada hari ini kerana baru mendapat peluang untuk bercerita di sini.  Seperti lazimnya walaupun mungkin secara kebetulan urusan di klinik kerajaan sering memakan masa yang lama dan agak panjang.  Sebagai salah seorang kakitangan awam memang rasa tidak sesuai nak bercerita di sini kerana ia seolah-olah membuka pekung di dada.  Tetapi seperti semua sedia maklum, memang urusannya lambat dan memakan masa yang panjang. 
 
Sesuatu perlu di lakukan untuk memudahkan proses dan mungkin beberapa prosedur perlu dikaji semula.  Antaranya penyediaan ruang yang selesa dan kakitangan yang mencukupi untuk menguruskan MGTT. 
 
@yangbaik secara peribadi simpati dengan seorang sahabat yang kebetulan mengambil darah kali pertama pada sebelum puasa dahulu, beliau merupakan orang yang pertama mengikuti proses berkenaan tetapi atas sebab yang kurang jelas maka proses yang pertama itu terbatal lalu terpaksa diulang semula untuk kali ini.  Sedangkan @yangbaik menjalani prosedur kedua manakala beliau terpaksa mengulang semula prosedur yang pertama.  Bayangkan betapa ruginya masa yang diambil untuk menjalani prosedur pertama dahulu.  Buang masa, tenaga dan darah juga.  Pembaziran!
 
Cerita panjang lebar memang menyakitkan tetapi itulah hakikat yang terpaksa diharungi.  Semoga prosedur berkaitan MGTT dapat diinovasikan semula bagi memudahkan urusan semua pihak.  Kerana ibu-ibu yang hamil ini bukan sahaja terdiri dari suri rumah tetapi juga ibu-ibu yang berkerja.  Bayangkan bila keluar ke klinik asalnya dari dua jam jadi 4 hingga 5 jam.  Masa kerja terpaksa dikorbankan.  Tidak mengapalah bila dapat bos yang memahami tetapi akan menjadi lebih sukar walaupun bos memahami tetapi terpaksa meninggalkan kerja untuk menunggu dan akhirnya terpaksa cuti.
 
Walau apapun mereka terutama petugas di Klinik Kesihatan itu telah melakukan yang terbaik hingga terpaksa menggadaikan masa rehat demi tugas.
 
Selamat bertugas.
 
'suka duka pentas dunia'
 
 

19 Julai 2012

Minggu ke-24 dan keputusan MGTT

As salam,


sumber:  babycenter

Hari ini Khamis kena buat pemeriksaan lagi.  Kandungan telah mencecah 24 minggu, sedar tak sedar jer.  Ini bermakna kandungan sekarang berada dalam mingu-minggu terakhir dalam fasa ke-2 dari 3 fasa. 

Berikut adalah catatan yang dipetik dari babycenter mengenai perkembangan fetus bagi minggu ke-24:

Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.


Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Minggu lepas (hari Rabu) minum air gula (segelas) untuk mengesan kalau-kalau ada kencing manis.  Memang manis sungguh dengar cerita ada kawan kita sampai muntah-muntah selepas minum air gula, sudahnya minggu ni kena ulang lagi.  Mana tak muntahnya perut kosong tiba-tiba diisi dengan air gula yang agak banyak. Alhamdulillah @yangbaik tak sampai jadi macam tu. 
 
Dan, hari ini dapat keputusannya agak baik sebelum 4.7 dan selepas 6.6.  Tapi harus ingat seminggu selepas raya perlu ulang semula proses ini.  Kata Doktor 'Ayu' kena buat sampai 3 kali.  Eeeee... rasanya tak perlu la kot eakk.  Elok-elok takder kencing manis ni, biarlah sampai ke sudah.
 
2 minggu lagi nak scan pulak...
 
hari ini juga kerana lewat makan gastrik datang menyerang semula.... aduhhhhh
 
 
'suka duka pentas dunia' 

05 Mei 2012

13 minggu sudah berlalu

Assalamualaikum

gambar hiasan, sumber google.com


Dalam sedar dan tidak, sudah 13 minggu berlalu.  Hush!  banyak minggu lagi perlu dilalui.  Semoga hari-hari yang mendatang penuh dengan semangat dan kekuatan untuk melaksanakan tugas harian bukan sahaja di rumah tetapi di pejabat juga.

Perasan atau tidak, beberapa catatan sebelum menceritakan beberapa pengalaman berkaitan kehamilan.  Itulah ceritanya nak diceritakan di sini.  Jenuh juga lah mengumpul kekuatan mencari idea.

Buat kawan-kawan, pernah tak tengok anak-anak kecil gigit jari sendiri macam gambar di atas.  Bagi yangbaik sendiri antara percaya dengan tidak kebetulan tu memang ada.  Memang malas nak percaya sangat dengan ungkapan dulu-dulu.  Tetapi inilah hakikatnya.

Cukup dulu di sini, lain kali cerita lagi.

(*!*)

12 April 2012

Pengalaman blogger ketika hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengalaman.  Bercerita mengenai pengalaman memang suatu yang agak klise kerana setiap orang mempunyai pengalaman hamil yang berbeza.  Termasuk juga blogger.

Bukan niat nak kata semua blogger bila hamil akan jadi malas update blog tetapi ia sedikit sebanyak ada kaitan dengan alahan atau pembawa budak.  Bukan sekadar alasan tetapi harus diakui.  Walaupun tidak semua blogger itu malas update blog dan tak kurang juga yang rajin sangat update blog.

Sesaja nak berkongsi pengalaman yangbaik ketika hamil dan ketika berhadapan dengan blog yang bersawang.  Blog ini pada awalnya ditubuhkan ketika hamil anak pertama di trisemester terakhir.  Ketika itu tidaklah aktif sangat sampai 2 hingga 3 bulan tak buat apa-apa.  Sehinggalah lepas bersalin baru saja nak berjinak-jinak semula dengan blog dah hamil anak ke-2.  Perasaan malasnya nak hadap blog tak tau nak katalah...sampai blog bersawang lagi... sehinggalah habis pantang anak kedua... baru bergiat aktif semula dengan blog.  Ketika dalam keadaan biasa, update blog akan jadi seperti satu kemestian dan kegilaan sehinggakan dirasa hari itu tidak lengkap jika tidak update blog.  Dan setelah 4 tahun berlalu... hamil pula anak ke-3, perasaan malas dan muak itu datang kembali... bukan sahaja malas malahan nak buka blog pun tak de minat. Yang seronoknya semasa dalam pantang masih sempat pula update blog...

Kini... perasaan malas, muak dan mual itu datang semula ketika hamil anak ke-4.  Memang menghairankan kerana rata-rata blogger yang rajin update blog ketika hamil.  Tetapi yangbaik tak berapa nak boleh.  Maklumlah siang kerja... memang tak sempat nak update blog.  Malam pula asyik tidur awal, kalau tidak pagi esok kesiangan lah jawabnya.... memang tak boleh layan blog.  Ketika hari cuti pula, siangnya dok asyik cari idea nak sedapkan mulut yang dok asyik meloya jer...tengok netbook pun tak selera.  Kini, setelah beberapa hari digagahkan juga semangat nak membebel kat sini.

Sekianlah dulu... cari idea lain pula.

05 April 2012

Pengalaman pertama hamil anak ke empat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sedar tak sedar, dalam meniti kehidupan bertahun-tahun lamanya kini berpengalaman hamil anak ke empat.  Memang tak sangka rezeki dari Allah setelah hampir 11 tahun menunggu kini dah sampai ke empat (Insya Allah).

Memang mengejutkan dan tidak sangka sama sekali terutama kerana peringkat umur yang agak berusia.  Semasa ke klinik ibu dan anak untuk membuat buku 'pink' telah ditegur oleh doktor.  Antara lain anak yang terdahulu belum lagi mencecah 2 tahun dan umur sekarang juga tidak sesuai. 

Hmmm... malas nak bersoal jawab dengan doktor, kerana doktor menjalankan tugasnya sebagai doktor untuk memberi nasihat mengikut kepakaran dan pengetahuannya.  Dan kita... sebagai pesakit terimalah seadanya nasihat yang diberikan.  Walaupun dalam hati terpendam bahawa soal ajal maut dan rezeki itu urusan Allah.

Hairan juga dengan kecanggihan peralatan perubatan zaman sekarang doktor masih lagi bimbangkan kesihatan ibu yang berusia lebih 35 tahun.  Adakah kecanggihan perubatan sekarang tidak mampu menandingi keadaan atau akibat yang ditanggung oleh ibu hamil?  Persoalan ini memang sukar dijawab. 

Namun sebagai ibu zaman moden yang penuh dengan pencemaran dan cabaran kerja serta gaya hidup dan pemakanan, kita seharusnya akur dengan nasihat yang diberikan.

Sekian.

29 Januari 2012

Tips berhadapan gangguan semasa hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan:  sumber

Catatan Sensasi
Gangguan semasa hamil.  Pasti ramai yang terkejut bila Yangbaik menulis catatan begini.  Maklumlah kawan-kawan semua semuanya senantiasa menunggu berita sensasi walaupun Yangbaik bukanlah artis atau model terkenal (perasan jap).  Sebabnya berita berkaitan dengan kehamilan ni agak sensitif di kalangan kami.  Bukan nak menafikan kehamilan tetapi memang belum masanya lagi kan.  Jadi, sabarlah yer.

Gangguan emosi semasa hamil
Semasa hamil memang banyak gangguan.  Terutamanya gangguan emosi yang kadang-kadang di luar dugaan kita.  Gangguan emosi termasuklah perasaan tidak suka kepada bau-bauan seperti bau masakan, bau makanan, bau sabun mandi dan macam-macm lagi.  Ini semua sungguh memberi kesan kepada emosi.  Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menanganinya.  Hanya satu yang dapat dikhabarkan adalah SABAR.  Sabar itu sungguh baik untuk keadaan dan emosi.

Yangbaik menulis di sini adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman peribadi dan bukan sebagai penasihat atau pakar rujuk kerana Yangbaik bukanlah pakar perbidanan atau sakit puan.

Kekuatan mental semasa hamil
Sebelum berhadapan dengan sebarang gangguan, biasanya kita perlu bersedia dan bijak mentafsir bagaimana bentuk gangguan yang bakal tiba.  Namun tidak semua yang kita tafsir atau kita rasa itu akan terjadi.  Kadang-kadang yang terjadi adalah gangguan dalam bentuk yang lain.  Dari situ, kita perlu mempunyai kekuatan mental dan juga fizikal.  Kekuatan dari segi mental bermaksud kita tidak cepat mengalah atau cepat melatah dengan ujian atau gangguan yang tiba, sebaliknya terima kenyataan dan banyakkan beristighfar.  Dengan beristighfar dan mengingati Allah hati dan jiwa kita akan jadi tenang.

Membaca al-quran dan zikir
Penting juga untuk ibu yang hamil mempunyai pertahanan diri dan jiwa yang kuat.  Untuk itu Yangbaik biasanya semasa dalam tempoh kehamilan akan mengaji (dan biasanya akan khatam sebelum tempoh hamil berakhir).  Selain dari itu, banyakkan baca Surah Yassin, Surah Maryam, Surah Yusof, Surah at-Taubah dan Surah Luqman.  Ambillah peluang dan berusahalah untuk membaca surah-surah berkenaan pada setiap kali selepas solat.  Walaupun tidak dapat dihabis dengan sekali bacaan, berusahalah untuk habiskan setiap surah itu dalam satu hari.  Insya-Allah kita mampu.

Selain dari membaca surah-surah tertentu, cubalah berzikir dan bertasbih ketika masa-masa lapang dan juga ketika masa sibuk.

Pemakanan dan minuman semasa hamil
Pemakanan juga penting semasa tempoh kehamilan.  Sebaik mungkin berusahalah minum susu dan seeloknya susu kambing.  Sekarang ni dah banyak susu kambing segera yang terdapat di pasaran. 

Perkongsian
Yangbaik juga pernah berkongsi cerita mengenai kehamilan di blog ini.  Iaitu Petua ibu hamil bagi menghadapi anak demam kuning dan Petua nak hamil.

Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Sekian.


^-^

Carian