Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

18 Jun 2015

Mutiara kata Ramadhan | Selamat Ramadhan Untuk Kami

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Kareem


Mutiara kata Ramadhan


In shaa Allah di ruang yang terhad ini bersempena dengan kemuliaan bulan Ramadhan, YangBaik ambil kesempatan ini untuk berkongsi semula mutiara kata yang berlegar di alam maya termasuk facebook dan instagram atau twitter serta WhatsApp.

Perkongsian ini diharapkan dapat memberi manfaat serta kebaikan kepada semua termasuk juga sebagai #peringatanbuatdirisendiri



Perkongsian pertama adalah petikan kata-kata dari Habib Ali Al-Jufri yang diambil dari Facebook. Maaf kerana YangBaik kurang pasti dari timeline siapa.

Semoga kemuliaan Ramadhan ini berterusan buat kita semua umat Islam.

Sekian.


posted from Bloggeroid

08 Mei 2015

SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015


Selagi ada segmen, yang mana sempat kita join.  Ada juga segmen yang kita tidak dapat join sebab kita tidak tahu, sedar-sedar dah tamat ada juga segmen yang dah keluar keputusan pemenang... baru tahu jugak pun ada.

Tu lah nak menunjukkan betapalah ramainya rakan blogger kita yang rajin anjurkan segmen.  Bukan susah sangat nak beri sokongan kepada segmen rakan blogger.  Buat entri ringkas jer tak perlu panjang berjela.  Bukan macam contest SEO yang memerlukan kita memerah otak bagai nak cari idea dan karang panjang lebar mengikut kehendak SEO.  

Kan... toksah la pening-pening sangat pasai SEO nie.  Tengok jer segmen ni... bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba.  


11 Julai 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


 Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Ihya' Ramadhan | Giveaway | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Dah banyak hari dapat jemputan dari Ummudd80 untuk menyertai GA sulungnya ini.

Setelah seminggu GA ini berlangsung baru sekarang tergerak hati untuk turut serta.  Terima kasih kepada Ummudd80 atas jemputan dan kesungguhannya menganjurkan Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Hadiah yang menarik akan menanti anda. Diantaranya adalah :
1) Duit Raya bernilai RM50
2) Duit Raya bernilai RM30
3) Duit Raya bernilai RM20

Hadiah juga akan bertambah sekiranya ada tambahan sponsor.

Klik banner di atas bagi yang berminat untuk menyertai GA ini.
Sumbangan dan tajaan hadiah juga dialu-alukan.
Jangan lupa klik banner di atas.

Tarikh Tutup : 21 Julai 2014



Sementara itu... sudahkah anda menyahut cabaran Contest Duit Raya 2014 oleh Denaihati?

Cabaran Duit Raya 2014

09 Julai 2014

Rabu Tanpa Kata: 17 kesilapan selalu berlaku dalam bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kesilapan dalam bulan Ramadhan


p/s:  Berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

(^-^)

08 Julai 2014

Juadah istimewa berbuka puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Juadah istimewa berbuka puasa



Bersempena dengan bulan puasa dan juga bulan Ramadhan banyak juga orang mencari sesuatu yang berkaitan dengan puasa atau Ramadhan antara carian yang paling popular ialah lokasi PARAM atau Pasar Ramadhan.

Saya tidaklah nak bercerita mengenai PARAM kerana saya amat jarang ke PARAM untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.  Tetapi suatu hari nanti mungkin ada artikel mengenai PARAM belum tentu juga sebab saya memang malas nak mengarang panjang.  Sekarang pun Rank Alexa dah jatuh banyak sebab saya tak banyak berceloteh di bulan Ramadhan.  Banyak entri copy paste.  Kalau ada ayat pun sekadar sepatah dua kata tidak lebih dari pengenalan dan minta pengunjung fikir sendiri kerana saya malas nak fikir :P

Catatan kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai penyediaan juadah istimewa berbuka puasa.

  


Ha... gambar tertera di atas bukanlah koleksi juadah istimewa sempena Ramadhan tetapi selepas Ramadhan. :P

Nak tengok juadah istimewa berbuka puasa?

Meh ... layan gambar-gambar di bawah :-

Menu wajib setiap kali buka puasa; Kurma 

Hasil air tangan encik suami; sup bubur ayam.  Mengapa sup ada bubur ayam?  Sebabnya encik suami dah terlebih kreatif masukka tepung jagung dalam sup untuk memekatkan kuah sup.... layan  jer

 
Budak kecil yang sentiasa 'puasa' setiap hari.  Siap saja hidangan dia dulu yang jadi tukang rasa.  Roti Prata ... beli bukan buat kerana belum ada kepakaran dalam menghasilkan roti prata yang nipis :P


Bila ayam dah tinggal sikit, sayur pula masih banyak.  Buat saja ayam goreng kunyit dan sembunyikan dengan sayur campur.


Akhir sekali setiap juadah yang dihidangkan hendaklah ditutup dengan tudung saji supaya tidak dihinggapi lalat.  Paling penting untuk kesihatan.


Apa macam?  Boleh cuba menu juadah istimewa berbuka puasa saya?
Gambar-gambar di atas memang sengaja bagi kecil supaya tidaklah lambat sangat nak muncul.  Kan banyak gambar tu... berat weh.

Nanti bila lapang lagi saya letakkan pula gambar lain berkaitan menu dan juadah istimewa berbuka puasa.

Terima kasih kerana sudi melayan gambar juadah yang tidak seberapanya ini.







Zikir Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Zikir Ramadhan 

sumber :  group whatsapp

Bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat ini ada baiknya dipenuhkan dengan zikir.  Supaya lebih mendapat berkat dan mengelakkan dari perkara yang tidak berfaedah.

Semoga bermanfaat.




30 Jun 2014

Posisi sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Posisi sepanjang bulan Ramadhan

sumber:  group whatsapp
Bermulanya tarikh melihat anak bulan Ramadhan, secara automatik kita sepatutnya sudah mula mencongak di mana kedudukan kita.  Kedudukan sepanjang perlawanan liga Ramadhan.  

Gambar di atas, diperolehi dari rakan dalam group whatsapp.  Tidak semua gambar dalam group itu tidak berguna atau diabaikan.  Banyak yang sangat berguna dan sering saya gunakan semula.  Sebagai memanjangkan kebaikan untuk semua kerana tidak semua orang berpeluang mendapat gambar yang berguna sepanjang penggunaan whatsapp.  Betul tak? Kiasan jer 

Okey, kita mulakan bicara posisi sepanjang Ramadhan ini.
Sungguh banyak posisi untuk diambil bagi meraih kemenangan dalam liga Ramadhan ini.  Antaranya

1.  Tidak mengumpat.
2.  Tidak Marah.
3.  Tidak menonting rancangan hiburan.
4.  Kurang mendengar muzik
5.  Jaga pandangan
6.  Banyak Zikir & Istighfar
7.  Eratkan Silaturrahim
8.  Solat Tarawikh
9.  Khatam al-Quran
10.  Solat berjamaah.

Bagaimana?
Sudah pasti salah satu dari posisi di atas kita miliki.  Dan yang terbaik sekiranya kita mampu memiliki semua posisi serangan itu agar kita mampu meraih kemenangan di penghujung Ramadhan.  


Sudah pasti tidak lengkap Puasa di bulan Ramadhan tanpa niat.

Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik buat kita.  
Bimbang juga andainya Ramadhan ini yang terakhir.
Allahhu Akbar!


Akhir kata, saya sekeluarga menyusun jari sepuluh mohon ampun dan maaf andainya ada tersilap dan terkasar bahasa.

Ramadhan kareem!


27 Jun 2014

G. A Syoknya Ramadhan Datang Lagi 2014 by Tea & Coffee Lover

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


G. A Syoknya Ramadhan Datang Lagi 2014 by Tea & Coffee Lover

Klik banner di atas untuk turut serta.

Secara kebetulan saya juga peminat teh dan kopi.

Sekarang saya tiada idea nak menulis kerana saya belum minum teh lagi.  

Oleh itu, saya terjumpa GA ini dan terus teruja nak turut serta meraikannya sebagai sokongan kepada rakan blogger.

Walaupun tarikhnya belum bermula tetapi tuan blog nya sudah izinkan untuk buat entri ini.... jadi saya pun buatlah... :P

Terima kasih semua.

(*-*)

26 Jun 2014

Ramadhan kian mendekat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat kembali Ramadhan


Ramadhan kian mendekat
Berbaki beberapa hari saja
Siang malam silih berganti
Menunggu rembulan juga mentari
Silih ganti menjelma pasti

Semoga Ramadhan ini membawa berkat seluruh alam seluruh jasad

Selamat kembali Ramadhan
Pergimu dirindui
Hadirmu amatlah dinanti
Semoga pahala bersilih ganti
Menghiasi laman hati sanubari

Ramadhan yang dirindui
Hadirmu kian menghampiri
Menjenguk di muka pintu hati
Segala hajat kian dirai
Hadirmu Ramadhan diberkati
Membawa rahmat tiada galang ganti

Ramadhan kian mendekat
Hadirmu bakal dirai
Yang diingati lagi dirindui
Hadirlah bersama rahmat seribu bulan
Semoga penuh sarat bekalan 
Seribu bulan bukan sebarang

Puisi rindu buat Ramadhan
Menunggu sabar di pintu hati
Mengharap belas juga simpai
Tibanya Ramadhan pasti dirai 
posted from Bloggeroid

25 Jun 2014

Rabu Tanpa Kata | Bingkisan hati sempena Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bingkisan Hati Seindah Ramadhan

sumber gambar:  group whatsapp



12 Jun 2014

Sketsa menjelang Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sketsa menjelang Ramadhan

Sumber:  Petikan dari Group Whatsapp


Nama saya Sya'ban, saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya Ramadhan akan datang mengunjung anda tidak lama lagi, bersama isterinya rezeki dan 2 anaknya, sahur dan iftaar.

11 Jun 2014

Ramadhan bakal tiba | Bersediakah kita?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ramadhan 1435 H bakal tiba


Hari ini, 14 Syaaban 1435H, 17 hari lagi menjelang Ramadhan.  Bulan Ramadhan bukan sahaja satu-satunya bulan dalam kalendar Islam.  Namun bulan ini merupakan bulan rahmat yang amat istimewa kepada umat Islam.  Inshaa Allah jika dipanjangkan usia sempatlah kita bertemu dan menikmati keindahan bulan yang bakal menjanjikan seribu rahmat buat kita iaitu Ramadhan.

Enggan membicarakan lebih lanjut mengenai Ramadhan tahun lepas (1434H) kerana ia bakal menambah kesedihan.


30 Julai 2013

Tempat Berbuka Puasa Paling Istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasalah bulan Ramadhan ni memang sinonim dengan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar.  Lokasi Iftar berlambak-lambak dan merata-merata di hotel, restoren atau di gerai tepi jalan.

Temenung sweet sour boleh digantikan dengan kerapu atau siakap
Goreng kunyit pun sedap!!

Bermacam-macam iklan di sana-sini mewar-warkan kelebihan Iftar di tempat masing-masing dengan harga dan promosi yang paling istimewa.  Dan seolahnya sudah menjadi suatu hal yang wajib atau kemestian untuk berbuka puasa di tempat yang paling istimewa untuk meraikan ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan atan rakan bisnes.

Bagi #yangbaik pula tempat berbuka puasa paling istimewa adalah dirumah.  Berbuka puasa bersama suami dan anak-anak yang masih kecil (yang tak puasa kata puasa! :P).  Melayan kerenah anak-anak semasa berbuka puasa mengingatkan kembali zaman semasa kecil dulu.  Tak kurang juga tempat yang paling istimewa untuk berbuka puasa adalah di rumah mak.  Berbuka puasa dengan masakan mak adalah pengalaman yang paling indah.  Hanya setelah kau pergi... kenangan itu akan tetap bersatu dalam ingatan ini.

Ayat di atas tu skema sangat. bukan tak nak berbuka di luar... zaman ekonomi tak berapa nak stabil ni elok lah berjimat cermat... kalau dah satu kepala dicaj sampai RM40.00 seorang dua tak per lagi... dibuatnya empat orang tambah dengan anak2 lagi... kopak duit belanja dapur untuk sebulan... baik mengalah makan kat rumah jer... sayur ulam pucuk paku pun sedap :D

Sambil itu layan jugaklah menu atau juadah berbuka puasa tahun lepas.  Tahun ni tak sempat nak snap gambar bagai... sibuk tak bertempat!  ngeeee


Kurma udang.  tahun ni baru sempat makan kurma daging.
Udang mahal sikit.


Nasi beriani abang belanja.
simbolik di sebalik abang belanja... cari sendiri
Baru beberapa hari lepas makan nasi karot.. kak hanim buat


kueh cara berlauk rusa.  memang sedap tapi anak-anak pula tak makan
buat makan sendiri sudah.

Layan jugak lah ...

23 Julai 2013

Saya sedang berpuasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bulan Ramadhan yang mulia ini berbanyaklah istghfar.  Kurangkan kalau boleh elakkan bercakap perkara yang tidak berfaedah terutama perkara yang melibatkan maruah orang.

Kita akan dapati ada orang yang suka bercerita perkara macam-macam mengenai orang lain atau keluarganya sendiri.  Memang susah tetapi tidak sukar untuk kita melarikan diri dari orang yang mengajak kita mendengar celotehnya mengenai perkara yang tidak enak didengar.

Cuma mungkin juga kita akan kehilangan kawan kerana kita nak jadi orang baik di bulan Ramadhan.

Pasrah dan berserah kepada Allah kerana kita hendak menjadi baik mudah-mudahan kita kekal dalam keadaan baik sesudah Ramadhan.

Ramadhan Karim!!


.

19 Julai 2013

Bayar Zakat Rezeki berkat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Hari ini dah masuk hari ke-10 dalam bulan Ramadhan 1434 bersamaan 19 Julai 2013.  Sedar atau tidak puasa Ramadhan juga dikaitkan dengan Zakat Fitrah.  Tahun ini, kadar zakat fitrah bagi negeri Perak Darul Ridzuan ditetapkan sebanyak RM7.00 seorang.
   
Sementara itu, ikuti petikan salah satu daripada hadis berkaitan kewajipan menunaikan zakat fitrah:


فرَضَ رَسُولُ اللهِ - صلى الله عليه وسلم - زَكَاةَ الفِطرِ طُهرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغوِ وَالرَّفَثِ، وَطُعمَةً لِلمَسَاكِينِ.

“Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai pemberian makanan untuk orang-orang miskin....” 
(Hasan, HR. Abu Dawud Kitabul Zakat Bab. Zakatul Fitr: 17 no. 1609 Ibnu Majah: 2/395 K. Zakat Bab Shadaqah Fitri: 21 no: 1827 dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Dawud)


Sekian, selamat berpuasa Ramadhan.

Ramadhan Karim!

16 Julai 2013

Pengalaman ketika berbuka puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Gangguan anak kecil semasa berbuka puasa adalah lumrah
dan berlaku hanya ketika mereka kecil sahaja.
Bila dah dewasa tiada lagi pengalaman gangguan.
Gambar hiasan

Pengalaman berbuka puasa dengan anak-anak semasa kecil sungguh luar biasa.  Kerana situasi sebegini tidak akan berlaku lagi apabila mereka sudah dewasa.  Dan... ketika itu kita pasti akan terasa rindu dengan pengalaman lalu yang datangnya hanya sekali dan tak mungkin berulang lagi.

Begitu juga ketika kita kecil, mungkin sekarang tidak ingat lagi apa yang telah kita lakukan semasa ibu bapa kita berbuka puasa.  Paling tidak ingatan yang masih segar atau tinggal cebisan kenangan adalah ketika sekolah rendah sehingga sekolah menengah.

Agaknya bagaimana pula kesabaran ibu bapa berhadapan dengan kerenah kita semasa kecil ketika mereka berbuka puasa.  Memang kita tidak ingat apa-apa.  Bagi aye sekarang baru teringat nak tanya tapi .... sudah terlambat kerana 'penyimpan' rahsia itu telahpun pergi bertemu penciptanya pada 2 Ramadhan yang lepas.

Pengalaman masa lalu sungguh berharga.  Mungkin juga semasa kita berhadapan dengan pengalaman itu kita tidak sedar.  Jadi adalah baik kita sentiasa berkelakuan baik agar pengalaman itu dapat dikongsikan dengan anak cucu kita.  Pengalaman yang baik sudah pasti memberikan kesan yang baik kepada generasi akan datang.  Sebaliknya pengalaman yang tidak baik itu sebaiknya disimpan jauh agar Allah memeliharanya. Tidak perlu di ungkit-ungkit lagi.

Untuk itu, hargailah pengalaman yang anda lalui sekarang.

Panjang pula celoteh malam ini.  Semoga tiada yang jemu atau bosan.

Monolog 7 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan sempena Ramadhan

Hari ini ketika catatan ini ditulis, merupakan hari Ramadhan ke-7 tahun 1434 Hijrah.

Perasaan ketika ini masih lagi tidak menentu dengan campuran kerinduan kepada bonda tersayang.  

Lalu kerinduan itu membataskan pergerakan dan segala rasa.  

Bukan kerana keterbatasan pergerakan di bulan Ramadhan tetapi perasaan yang tersekat-sekat dan sukar digambarkan sama ada melalui tulisan atau secara lisan.

Dibiarkan saja kerinduan ini bertapa di sudut hati ini.

Maaf, catatan ini masih lagi berbau keringat yang hilang bersama penatnya hati menahan kerinduan.

Semoga memahami, monolog ini masih lagi berlagu sayu dan sendu.

*-*


15 Julai 2013

Dia Sudah Tiada Di Dunia Yang Fana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Taman Bonda

Dia sudah tiada lagi di dunia yang fana ini
Bersemadi di alam barzakh 
Pada 2 Ramadhan 1434
Setelah 10 tahun pemergian suaminya yang tercinta

Aye maksudkan di sini ialah bonda tercinta
Tentu anda telah membaca mengenai cerita mengenai Pengalaman Hari Pertama Ramadhan 1434 
Dan pengalaman itu kini telah menjadi pengalaman terakhir dalam hidup kami sekeluarga..

Rentetan peristiwa di atas menjadikan aye lemau dalam menerbitkan cerita di blog ini.  Hasrat nak buat biografi mengenai bonda... mudah-mudahan dipermudahkan.

Al fatihah.  Semoga roh bonda tercinta ditempatkan disamping roh orang-orang yang soleh.