Juadah istimewa berbuka puasa
Bersempena dengan bulan puasa dan juga bulan Ramadhan banyak juga orang mencari sesuatu yang berkaitan dengan puasa atau Ramadhan antara carian yang paling popular ialah lokasi PARAM atau Pasar Ramadhan.
Saya tidaklah nak bercerita mengenai PARAM kerana saya amat jarang ke PARAM untuk mendapatkan juadah berbuka puasa. Tetapi suatu hari nanti mungkin ada artikel mengenai PARAM belum tentu juga sebab saya memang malas nak mengarang panjang. Sekarang pun Rank Alexa dah jatuh banyak sebab saya tak banyak berceloteh di bulan Ramadhan. Banyak entri copy paste. Kalau ada ayat pun sekadar sepatah dua kata tidak lebih dari pengenalan dan minta pengunjung fikir sendiri kerana saya malas nak fikir :P
Catatan kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai penyediaan juadah istimewa berbuka puasa.
Ha... gambar tertera di atas bukanlah koleksi juadah istimewa sempena Ramadhan tetapi selepas Ramadhan. :P
Nak tengok juadah istimewa berbuka puasa?
Meh ... layan gambar-gambar di bawah :-
Menu wajib setiap kali buka puasa; Kurma
Hasil air tangan encik suami; sup bubur ayam. Mengapa sup ada bubur ayam? Sebabnya encik suami dah terlebih kreatif masukka tepung jagung dalam sup untuk memekatkan kuah sup.... layan jer
Budak kecil yang sentiasa 'puasa' setiap hari. Siap saja hidangan dia dulu yang jadi tukang rasa. Roti Prata ... beli bukan buat kerana belum ada kepakaran dalam menghasilkan roti prata yang nipis :P
Bila ayam dah tinggal sikit, sayur pula masih banyak. Buat saja ayam goreng kunyit dan sembunyikan dengan sayur campur.
Akhir sekali setiap juadah yang dihidangkan hendaklah ditutup dengan tudung saji supaya tidak dihinggapi lalat. Paling penting untuk kesihatan.
Apa macam? Boleh cuba menu juadah istimewa berbuka puasa saya?
Gambar-gambar di atas memang sengaja bagi kecil supaya tidaklah lambat sangat nak muncul. Kan banyak gambar tu... berat weh.
Nanti bila lapang lagi saya letakkan pula gambar lain berkaitan menu dan juadah istimewa berbuka puasa.
Terima kasih kerana sudi melayan gambar juadah yang tidak seberapanya ini.
pesanan penaja nih..tutup dengan elok makanan tu..betul2
BalasPadambetul tu Mar... jangan tutup jangan tak tutup.. :D
Padam