Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Muhammad Alif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhammad Alif. Papar semua catatan

08 Oktober 2012

Ulang tahun kelahiran Muhammad Alif bin Ahmad Kamal ke-6: Selingan

As salam

Dalam sedar tak sedar bak kata orang (bukan robot) pejam celik pejam celik, umur Muhammad Alif hari ini dah pun mencecah 6 tahun.

Ummi dan ayah memang nye setiap tahun tak pernah rancang pun nak buat majlis sambut ulang tahun anak-anak.  Tetapi kali ini ... tak rancang juga tetapi mungkin ada la skit.

Nak beli hadiah?  Hrm... fikir jugak tapi hari-hari bila keluar jer ke pekan... ada jer hadiah untuk dia (Alif).  Tak kiralah buku lukisan, pensil warna, robot, bola, lori, apa yang tak der kat dalam bakul mainan tu... macam2 ada... dah boleh buka kedai mainan dah pulak.

Tengok lah nanti... apa yang buat....

alif bersama sebahagian kecil dari koleksi mainan.

Hai anakku yang pertama! (nyanyi sikit ikut lagu Dato' M Daud Kilau)

Pagi tadi wish le Happy Birthday masa gerak bangun ... ehhh banyak la pulak alasan.
jaga jer... ada ker dia cakap jangan le buat muka macam tu nanti sampai bila2 pun muka macam tu...
hei... muka macam mana pulak nie... ala muka suka macam tu la... nanti tak boleh ubah dah...
huhhuhu.... naper la pulak tak bleh nie... lain tak bukan mesti kes malas bangun pagi nie... yea

08 September 2012

Sudah 20 bulan sekarang : Perkembangan anak-anak

As salam,

Ingat tak lagi budak kecil ni... Inas Insyirah si jari runcing aka nenek tak tua yang suka berjaga malam.  Setahun yang lepas, kebetulan pula tarikh yang sama bawa Inas ke Klinik Desa di Felcra Nasaruddin tetapi hari ini pada tarikh yang sama (8/9/2012) hari Sabtu la pulak... lepak2 di rumah.  Semakin panjang akalnya.  Kalau dulu mau jer tengok lensa kat kamera ni... sekarang dah lain.  Bila ajak bergambar jarang-jarang sangat nak tengok kamera selalu jer pandang ke lain tak pun buat tak pandang. 

Meh kita tengok pulak gambarnya yang terkini.


Inilah gambar terbarunya pada hari ini.  Dah dipanggil pun buat tak tau, tadi tengok jer kamera ni tapi bila nak snap tiba2 jer buat-buat tengok tv.  Agaknya dah jemu tengok lensa kamera kot. 



Bersama abang besar (Alif) yang sebok sama nak bergambar dengan adiknya.  Macam-macam gaya dibuat, adik wat tak kesah jer... tengok tu...mana lah dipandangnya. 



Bersama kakaknya si diena huda.  Kakak siap posing bagai lagi... tapi adiknya entah ke mana jer... jenuh jugaklah nak adjust kamera ni... dapat sisi pun jadilah...

sekarang ni mereka semua dah semakin pintar... huhuhu... memang pintar yang amat.  Kalau bermain memang tak nak kalah.  Seorang diam, seorang lagi datang mengusik.... sekejap lagi salah seorang start enjin... heeee... itulah kerenah anak-anak.  Buat masa ni Inas steady jer, tak de lah kesah sangat dengan tindakan abang dan kakaknya... lebih kepada pemerhati jer... Tapi bila Inas yang meragam habis kakak dan abangnya diam... bagi giliran kot.

anak-anak permata hati, penyejuk jiwa, penenang ketika gelisah.


'suka duka pentas dunia'


.

01 Ogos 2012

Wordless Wednesday: Lion Stabilo vs Power Rangers

As salam,


Lion Stabilo

vs

Power Rangers



Satu lagi ciri-ciri eksploitasi lukisan anak-anak


"suka duka pentas dunia"

16 Julai 2012

Abang besar dan hobi

As salam

Inilah rupa 'Big Brother' atau abang besar atau abang long.  Tetapi tidak pernah disebut namanya abang long.  Katanya abang long kan dah ada di rumah pak long.  Buat apa abang long ramai-ramai.


Hobi abang besar adalah melukis.  Bermacam-macam lukisan telah dihasilkan.  Berikut adalah antara hasil lukisan abang besar.

lukisan di awal usia


lukisan kebelakangan ini... tahun lepas barangkali


opss.  ini adalah antara sukan kegemaran abang besar ketika petang.. badminton



'suka duka pentas dunia'

18 Mac 2012

Hari terakhir cuti sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Hari ini Ahad, 18/3/2012 hari terakhir cuti sekolah.  Kerja sekolah mereka telah siap 4 hari lepas, malam tadi semak semula nampak okey tetapi masih perlu penambahbaikan.

seminggu atau 9 hari mereka bermain bersama dari pagi sampai petang juga malam.  Pagi esok tinggal seorang di rumah sendirian kerana abang dan kakaknya ke sekolah.  Balik tengahari.... boleh main sama-sama... yehaaa


27 Februari 2012

Bakal Pemain Badminton Negara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar seorang bakal pemain badminton negara.
Pemandangan di belakangnya memang menarik sangat.  Itu baru di capture dengan Nokia N9.  Kalau dapat capture dengan DSLR ke lagi cantik kan.


Sudah agak lama juga menyimpan hasrat hendak bermain badminton.  Namun dek kesibukan ayahnya maka dikesempatan yang ada bermainlah dengan kawan-kawan yang tidak sebaya.  Tidak sebaya kerana umur mereka agak jauh dari umurnya.  Bayangkanlah umurnmya baru mencecah 6 tahun sedangkan pemain yang lain sudahpun berusia 9 ke 10 tahun.


eh... tak sangka pula anakku itu kidal rupanya. 
Walau apapun tak pernah disebut pula cita-cita bila besar nanti nak jadi pemain badminton, memang tiada dalam senarai cita-citanya.
Mungkin juga bermain badminton sekadar hobi masa lapang. 

sekian.  coretan ringkas seorang ummi kepada bakal pemain badminton negara.  

.

08 Februari 2012

Mereka berpegangan tangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Hari ini (sebenarnya malam) di pasar malam di Bandar Universiti, selepas hujan berhenti. Dalam kepekatan malam diterangi lampu neon yang separuh malap di sekitar khemah, kelihatan mereka berdua berpegangan tangan.  Amboi! bukan main mesra lagi.  Kemesraan mereka berpegangan tangan memang menarik minat dan perhatian sesiapa yang memandangnga.  Apakah hubungan mereka.  Adakah rahsia atau apa sebenarnya?

Terdetik juga rasa cemburu masa lalu, ketika baru mendirikan rumahtangga.  Apabila berjalan bersiar-siar di taman bunga atau juga ketika di pasar malam selalu juga berpegangan tangan.  Sesekali memang ada rasa segan walaupun telah mempunyai ikatan yang sah bimbang dikatakan mengada-ngada.  Macamlah orang lain tak der pasangan. 

Ayah! Pegang tangan Alif


Tetapi itu kisah dulu, kini bila dah ada anak lain pula ceritanya.  Bila bersiar-siar ayah pegang tangan anak sulong dan ummi pula pegang tangan anak tengah.  Bila dah anak tiga, anak sulong jalan pegang seluar ayah, ayah dukung anak bongsu, ummi pula ikut dari belakang seperti biasa pimpin tangan anak tengah.

Sekian, detik berpegangan tangan memang terasa mesra.  Cer bila kena tangankan... apa pula rasa...pikir lah yer.

P/S:  Catatan ini tiada kaitan dengan aksi remaja zaman sekarang atau lain-lain pasangan yang tidak sah.  Catatan ini sekadar imbasan memori masa silam penulis untuk renungan masa akan datang.

^-^

05 Februari 2012

Matlamat hidup semasa cuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Selamat Bercuti!
Sebelum bertemu dengan cuti yang panjang, berbagai perancangan yang dibuat.
Perancangan merangkumi aktiviti bersama keluarga dan anak-anak.
Menghabiskan masa cuti bersama keluarga.
Bersiar-siar di kawasan peranginan atau kawasan perkelahan atau juga balik kampung.
Tidak ketinggalan aktiviti mengemas rumah seperti membersih halaman, berkebun dan basuh kereta.

Jarangkali matlamat ini tercapai, lantaran berbagai alasan dan ajakan terkejut yang menjelma.
Antaranya kawan ajak memancing, jumpa kawan bincang hal bisnes, anak-anak meragam kerana demam dan buat perangai juga tiba-tiba hilang mood nak buat aktiviti luar kerana cuaca (alam sekitar) termasuk juga mood dalam diri sendiri.


antara aktiviti kitar semula yang sempat dirakam


Lalu habiskan masa cuti ini walaupun dengan aktiviti yang tidak terduga dan tidak dirancang, pastikan ianya berbaloi untuk dihabiskan bersama keluarga... 

Sekian.

>-<

07 Januari 2012

Malam ini mereka berdua lagi | Warung Ayang Ungguh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Malam ini mereka berdua lagi keluar makan-makan.  Memang tak patut.  Ayahnya dah buat janji dengan anaknya tanpa pengetahuan ummi.  Sungguh tak disangka sama sekali.  Menjadi juga perancangan mereka berdua itu.

Si anak bila makan di luar dah pandai minta milo ais.  Kalau dulu fresh oren jer tak pun sirap limau.  Seleranya bukan main lagi.  Dapat milo ais satu gelas besar boleh habis tapi tak makan.  Bila ajak makan ada le dua tiga sudu, itu antara nak dengan tidak jer.

Malam ini khabarnya mereka berdua makan makan di warung ayang ungguh.  Warung tu memang terkenal di kawasan kejiranan SIDEC terutama seksyen 7.  Dan paling top di kalangan pelajar yang NR yang menyewa di kawasan berdekatan seksyen 7.  Makanannya boleh tahan dan harganya juga berpatutan.  Paling sedap mee bandungnya... terangkat...

Ada kesempatan nanti Yangbaik review makanan yang ada di warung ayang ungguh.  Walau sebenarnya sega juga dengan student yang singgah makan di situ, sebabnya ... entah ... (macam tak der hidung pulak)...

Sekian dulu...

.

04 Januari 2012

Wordless Wednesday #1/2012 : Persiapan sebelum sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Jom!  sekolah

Rabu tanpa kata pertama untuk tahun 2012.

Hari pertama sekolah tahun 2012


18 Disember 2011

Cinta Rojak Cucur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Cinta Rojak Cucur.  Gambarnya tidak dapat dilekatkan di sini kerana rojak cucur dah habis dimakan oleh Alif. Alif suka makan rojak cucur yang sebenarnya biasa kita panggil pasembor atau juga gado-gado.  Alif suka makan cucur dan bersama kuah kacang bermakna alif juga suka makan nasi impit bersama kuah kacang.  Selingan jer.


Petang tadi tiada apa aktiviti nak buat di rumah, so keluarlah Yangbaik sekeluarga ke pekan Bandar U.  Pada awalnya sekadar untuk mencuci mata kerana kasihkan Inas seminggu tidak keluar rumah. Dipingit saja.

Sampai ke Bandar U ingat nak singgah makan di 'warong Resepi Rahsia' tetapi tidak kesampaian kerana belum terbuka lagi pintu hati nak singgah makan disitu sementelahan warong itu sentiasa penuh.

Alif dari tadi asyik ajak ke Seri Manjung mencari rojak cucur, manakala emaknya pula berhasratkan laksa.  Maka melilaulah ayahnya di Bandar Sidec pula mencari warong yang menjual makanan kesukaan permata hatinya (hehehe).  Loh!... dah jumpa gerainya sebaris dengan Bakso Solo... rezeki memang baik makanan kesukaan pun dibeli dan terus pulang rumah, makan dan berkelah kat depan TV.

Jalan cerita memang celaru sikit, sebab penulisnya sedang diganggu oleh kerlipan mata yang asyik mengecil mencari bantal untuk dialas.

Sekian.


12 Disember 2011

Al kisah sekebun bunga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tersebutlah kisah suatu hari di sebuah pusat jualan bunga di perkarangan letak kereta TESCO Seri Manjung.  Kisah terjadi seminggu yang sudah tetapi baru saja dikisahkan untuk sejarah dan tatapan.

Maka berikut dititipkan fotonya untuk tatapan.  Semoga tidak mengecewakan.

Ada empat jenis bunga, bermula dengan kanan atas Bunga Raya Mexico, bawahnya Bunga Sirih Emas, sebelahnya Bunga Sunting Dayang, atasnya kurang pasti tiada tertulis pula... ada sesiapa yang tahu... bunga cantik macam riben yang dipotong dan dicampakkan kat atas daun tu... sukaaaaa
 


Dari tiga jenis pokok bunga di atas tu... hanya satu sahaja yang betul-betul pasti namanya iaitu
Alamanda Curry.  Mana satu?  Sesiapa yang tinggal di Alamanda Putrajaya pasti tahu mana satu kan?  Pokok yang lain tu minta maaf le kurang pasti nak letak nama apa...


Gambar di atas dah sah Bunga Orkid, cuma dan masih lagi Yangbaik tidak tahu nama penuhnya...
 
 
Last but not least, gambar wajib tayang, bukan jer kat panggung wayang yang ada syarat dan tempoh wajib tayang tapi kat blog pun ada juga.  Apataknya kalau dah berjimba ramai-ramai diikuti dengan pegawai pengiring ala-ala pengawal peribadi maka wajiblah tayang wajah-wajah kesayangan hamba ... tertinggal lagi satu wajah dan wajah itu adalah milik Inas Insyirah...

Sekian adanya sesi bercerita perihal bunga-bunga yang mekar di pusat jualan.  Entah bila pula bunga-bunga itu akan turut mekar di halaman rumah Yangbaik.

"Sibuk bukan alasan"

..

12 Oktober 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 | 5 Tahun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi pelajar berusia 5 tahun. 
Perhatian! 5 tahun bukan Tahun 5.
Bermula 10 Oktober 2011 hingga 13 Oktober 2011.
Sebanyak 8 matapelajaran, 1 hari 2 subjek
Bermula dengan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Al-Quran, Tulisan Jawi, Peribadi Muslim, PSSPI dan Matematik.
Terasa seperti mak bapak yang nak ambil exam untuk PTK. (walau PTK dah mansuh)

Semoga Alif berjaya.

Selingan sebentar...

"Tadi ada 3 buku soalan, alif dapat jawab 1 buku jer, maknanya alif boleh dapat nobor satu sebab alif jawab 1 buku"

Cikgu kata alif budak pandai dapat jawab 1 buku jer...

Konfius atau keliru... jangan salahkan anak-anak kalau dia salah tafsir kerana hatinya suci bersih tidak mengerti ejekan atau gurauan...

Sebagai orang dewasa apa pula pandangan anda jika diberikan ganjaran yang tidak setimpal?

???

`

06 Oktober 2011

Alif dan Diena pun nak iPad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Apa kegunaan iPad?
Peringkat usia mana boleh guna iPad?
Berapa harga iPad?
Apa boleh di buat dengan iPad?
iPad boleh guna untuk main game?
ataupun iPad tu boleh ke guna untuk tengok ultraman mebius?



Persoalan di atas tu.. jangan hairan la kalau budak baru berusia 5 tahun pun boleh jawab


Entah mana dapat dengan cerita tak tau lah.  Nak dijadikan cerita, malam tadi selepas makan malam.  Alif dan ayahnya tengok tv (Diena kata tifi.. pelat la pulak). 

Ummi pun dengan senang hati capai netbook acer aspire one happy dan on9 (istilah sekarang untuk online ... gamaknya).  Alif tak ganggu sebab katanya umi nak buat kerja... Okey. Baiklah sangat kan, anak soleh.

Tiba-tiba alif bersuara "Ayah, nanti kita beli iPad yer?" Tersentak umi, nasib baik dah lepas makan kalau tidak tersedak mau nya.

Tak sempat ayah tanya, alif jawab nak main game. Boleh main game tembak-tembak macam dalam tv tu...
Ehhh mana tau ni? iPad tu apa? Budak-budak mana boleh guna.  Ayahnya mencelah pula.

Alif nampak dalam tv tu... sambil disokong pula oleh si diena huda betul! dala tv tu boleh tengok cerita princes..
... ewah-ewah... kemain lain lagi yerk..

Nak beli di mana?
Kat TESCO ada.
Ada ke?
Ada!! nanti kita pergi beli, hari Sabtu ni... boleh kan ayah?

Ayah kata nak kumpul duit dulu.
alif kata tak ape lah jual jer mainan alif yang banyak-banyak tu... dapat duit boleh beli iPad.


Terharu sungguh umi mendengarnya...nasib baik jugak inas si jari runcing tu tak pandai lagi berkata-kata, kalau tidak maunya diminta Samsung Galaxy SII pulak...
Sabar lah anak oi... nanti umi usaha kan...

So moral of the story, jangan ingat lah budak 5 tahun tak tahu guna iPad...

Sekian lah adanya, mudah-mudahan dengan rezeki berbeloging nanti dapatlah la kot beli iPad untuk alif...

*.*

05 September 2011

Lukisan Pertama Alif dan Buncho

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Lukisan pertama atau lebih tepat karya seni pertama Muhammad Alif bin Ahmad Kamal menggunakan 'oil pastels'.  Menangis uminya... manakan tidak memang dah mengidam dari sekolah rendah bahkan sekolah menengah juga hendak menggunakan warna minyak pastel berjenama Buncho, tetapi tidak pernah berupaya memperolehinya.  Sehingga satu tahap langsung hilang semangat umi untuk berkarya.  Konon la sangat kan... yang mudahnya memang tak retis nak melukis, kalau di sekolah tu, memang tak ambil pun seni lukis ni... masa ujian selalu dapat corot... huhuhu... malu malu... Tapi apa kesahkan, umi tak pandai melukis, ayah pandai melukis dan turun pulak ke anaknya Alif 'yang kidal'... hehehe

BUNCHO Oil Pastels 24 pieces.

Mana lah umi dan ayah kenal semua ni.  Memang dah jadi lumrah Alif setiap kali ayah keluar ke kedai atau jumpa kawan-kawan, nak ikut sikit-sikit nak ikut.  Kalau kami masa kecik2 dulu mak pak cakap apa... kalau tak jadi ekor tak boleh... ikut jugak... hehehe

Bila pergi ke kedai terutama kedai Runcit Rahmat kat corner tu... tempat yang dituju mula-mula adalah kalau tidak tempat mainan, tempat buku, kalau tiada buku, tempat pensil dan akhir-akhir ni ke tempat warna.  Suatu masa (macam lama sangat pulak), bila ke kedai mungkin Alif ternampak warna air, dia minta dibelikan... "hui, tak boleh lagi, Alif belum pandai guna tunggu besar sikit nanti umi beli yang baik punya!" Konon-konon ayat nak bodek la..

Tetapi nak dijadikan cerita bila pergi dengan ayah, cair ayahnya kena pujuk, katanya nak beli 'crayon' jer. Ayah pun belek punya belek, nah... Alif tunjuk crayon jenama BUNCO.  Ayah pun ambil jer.. terus beli. Balik Rumah bila 'Supervisor' check tengok... ehh.. oil pastel laaa bukan crayon tengok ni.. harga nya, tu yang tulis kat kotak tu... apa ?... Tersengih lah si ayah dan Alif pun dengan selamba jer... buat tak tau... heeeeih.

Cer tengok warna tu, sikit punya pastel lagi berminyak (oil). Crayon pulak katanya, habis melekat kat tangan, lepas lukis nanti jangan lupa cuci tangan nanti keracunan sakit perut pulak... Baiklah umi.. balas Alif dan terus memulakan tugasnya. Tugas melukis lah... Tanya pulak tu nak lukis apa ? Ha.. lukis gambar kat kotak tu... boleh?... Alif cuba lah .

sesi meniru gambar pada kotak pun bermula... kidal bro..

Alif kalau nak melukis memang tak guna meja, dah dibelikan meja lipat ala-ala meja Jepun, dinaik duduk pulak atas meja tu... langsung lipat semula dan simpan.  Tunggu bila dah 'cerdik' sikit baru guna semula meja tu.  Nampaknya Alif lebih senang melukis di atas lantai beralas tikar buluh...

Dan dipendekkan cerita yang dah memang sedia pendek ditambah dengan umi yang tak pandai bercerita... lihatlah hasil lukisan Alif.

Lukisan pertama Alif bersama BUNCHO dengan tema Kapal Angkasa dan BUNCO

Bila tengok gambar ni suka ada sedih pun ada.  Suka sebab umur Alif belum lagi mencecah 5 tahun semasa gambar ini dihasilkan.   Lukisan ini pula menceritakan macam-macam peristiwa dalamnya.  Sedih? Sedih!!! Sebab hasil lukisan ni dah hilang ntah ke mana.  Nasib baik sempat umi rakam dengan Nokia N95.  Boleh tahan juga lah hasilnya.  Kehilangan lukisan ini adalah mungkin kerana kelalaian umi sendiri. 

Ceritanya bermula setelah selesai melukis, Alif nak tampal pada almari buku, tapi tak melekat, lalu dikepitnya di sebalik pintu almari. Tujuannya bila ayah balik nanti nak bagi ayah tengok... cantik tak lukisan Alif.  Kemudian Alif tidur.  Bila bangun umi tak perasan bila masa Alif ambil lukisan tu lalu dilipat dan dijadikan kapal pula, tak jadi kapal laut buat kapal terbang.  Nak simpan tak bagi... lalu melayang-layang lah 'kapal terbang' itu di awangan.... dah kutip semula dan nak tampal... jumpa lagi oleh Alif... lalu hilang entah ke mana... Sayu...

Walau apa pun, Alif akan tetap berkarya dan akan terus berkarya... dan lukisannya akan tetap menjadi kapal laut atau kapal terbang andai lambat disimpan...

Sekianlah.

*-*




.

03 September 2011

Kerana Pengaruh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kerana pengaruh media, bukan sahaja orang dewasa yang boleh terkena malahan anak-anak juga. Sungguh risau memikirkan mereka ini.  Setelah menonton Upin dan Ipin beberapa kali dalam CD.  Akhirnya mereka terpengaruh dengan cerita. 



Baru petang tadi Alif dan Dina keluar rumah... pergi ke rumah sebelah minta derma.  Kata Alif "dapat 10 sen seorang pun cukuplah... nanti boleh bagi bantuan kepada orang yang rumahnya terbakar macam Aizat".  Hu... sedihnya... anak-anak kecil lagi.  Macam mana nak nasihatkan mereka?

30 Ogos 2011

Aksi Dua Beradik di Pagi Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alif dan Irdina di Pagi Hari Raya

Aksi spontan dua beradik di suatu pagi di Hari Raya.  Tanpa disuruh mereka terus beraksi sedemikian. 

Gambar ini dirakam di satu pagi di hari raya pada tahun 2009 menggunakan kamera hp Nokia N95.  Pada asalnya mereka berdua tidak mahu bergambar, tetapi bila dipujuk dan diminta berdiri saja, terus mereka beraksi sedemikian.  Alif dan Irdina Huda.

Untuk gambar pagi raya tahun ini pula mereka adik beradik telah menjadi tiga orang ditambah dengan Inas Insyirah. Tak sabar rasanya nak letakkan gambar mereka itu di sini.  Gambar ummi dan ayah tu tunggu lah lain ketika, bila dah bersedia untuk dipublishkan.  Buat masa ni biarkan dulu mereka adik beradik menghiasi blog ini yang tak berapa nak popular ni.