Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Tersebutlah kisah suatu hari di sebuah pusat jualan bunga di perkarangan letak kereta TESCO Seri Manjung. Kisah terjadi seminggu yang sudah tetapi baru saja dikisahkan untuk sejarah dan tatapan.
Maka berikut dititipkan fotonya untuk tatapan. Semoga tidak mengecewakan.
|
Ada empat jenis bunga, bermula dengan kanan atas Bunga Raya Mexico, bawahnya Bunga Sirih Emas, sebelahnya Bunga Sunting Dayang, atasnya kurang pasti tiada tertulis pula... ada sesiapa yang tahu... bunga cantik macam riben yang dipotong dan dicampakkan kat atas daun tu... sukaaaaa |
|
Dari tiga jenis pokok bunga di atas tu... hanya satu sahaja yang betul-betul pasti namanya iaitu
Alamanda Curry. Mana satu? Sesiapa yang tinggal di Alamanda Putrajaya pasti tahu mana satu kan? Pokok yang lain tu minta maaf le kurang pasti nak letak nama apa...
|
|
Gambar di atas dah sah Bunga Orkid, cuma dan masih lagi Yangbaik tidak tahu nama penuhnya... |
|
Last but not least, gambar wajib tayang, bukan jer kat panggung wayang yang ada syarat dan tempoh wajib tayang tapi kat blog pun ada juga. Apataknya kalau dah berjimba ramai-ramai diikuti dengan pegawai pengiring ala-ala pengawal peribadi maka wajiblah tayang wajah-wajah kesayangan hamba ... tertinggal lagi satu wajah dan wajah itu adalah milik Inas Insyirah... |
Sekian adanya sesi bercerita perihal bunga-bunga yang mekar di pusat jualan. Entah bila pula bunga-bunga itu akan turut mekar di halaman rumah Yangbaik.
"Sibuk bukan alasan"
..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.