FOLLOWER

28 Mei 2015

Susahnya Inas nak tidur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susahnya Inas nak tidur. Sekarang Inas selalu sangat tidur lewat. Tidak sama masa dia baby dulu. Dah naik pening kepala melayan kerenah dia. Ada saja nak diusik, sentuh sana, belek sini, kejap lagi sembang dengan soft toy 'Minnie'. Agak jemu sembang dengan minnie dia usik pulak abang dia yang sedang tidur.



Bimbang juga bila usianya mencecah 5 tahun pada awal tahun depan. Nak kena hantar ke pra sekolah. Kalau asyik tidur lewat macam sekarang alamatnya lambat bangun pagi dan lambat pulak ke sekolah. Bila Inas lambat ke sekolah alamatnya lambat jugalah umi dan ayah ke tempat kerja.

Nak buat macam mana bagi Inas tidur awal nie... aduyai.

posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. bancuh milo bg dia minum kak..Fida selalu tak dapat tidur mesti minum milo..hehe

    BalasPadam
  2. Ekin pun ada anak2 saudara ni jenis tido lambat gak

    BalasPadam
  3. bagi dia main penat2 sungguh2 siang hari hehehe.. ke dia ada tido petang ?

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.