Pengikut Setia

11 Mei 2015

Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri


YangBaik nak bebel sekejap mengenai tanggungjawab kepada diri sendiri.  Tajuk entri idea spontan yang datang tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke bilik air di pejabat.  Nampak tak?  Kalau dah namanya blogger apa saja yang terlintas di minda pasti akan menjadi tajuk.  Cuma bezanya cara kita mengolah mengikut kefahaman dan kebijakan kita dalam membuat karangan.

Kalau nak menyusun mengikut turutan keutamaan tajuk selalunya YangBaik memang akan kalah. Kalah dengan diri sendiri yang tidak bijak menyusun ayat dan kata-kata.  Sama juga bila bos suruh buat surat, dua tiga jam baru nak siap.  Bukan senang nak faham kehendak soalan dan kehendak tajuk.




Berselindung.  gambar hiasan
Baru nak masuk semula kepada tajuk.  Kenapa tiba-tiba rasa nak menulis mengenai tanggungjawab adalah bila melihat keadaan sekeliling kadang-kadang rasa sakit mata memandang.  Kita pun bukanlah baik sangat untuk sentiasa menolong kan.  Sesekali rasa penat juga.  Cuma tak perlulah dibangkitkan dalam mesyuarat atau mana-mana papan notis mengenai apa yang kita telah buat.  Jeng jeng jeng... tiba-tiba tertulis pulak kat blog, macam mana tu.

Tanggungjawab, bukan sesuatu yang sukar untuk difahami bagi kita orang dewasa tetapi kelihatan sukar untuk dilaksanakan.  Terutamanya kepada yang pentingkan diri sendiri.  Pentingkan diri sendiri lansung tidak hiraukan keadaan sekeliling atau keadaan orang lain.

Untuk lebih mudah lagi, setiap dari kita perlu ada rasa tanggungjawab kepada diri sendiri dan sentiasa bersedia membantu sahabat yang lain dalam melaksanakan tugas harian.  Tidaklah selalu sangat menolak kerja tetapi berusaha untuk membantu dengan penuh rasa tanggungjawab.

Memudahkan kerja orang lain kan dapat pahala.  Bukan sahaja pahala tetapi urusan kerja kita juga akan menjadi mudah.

Cukup dulu kot, membebel untuk hari ni.  Tulis panjang lebar bukannya ada orang nak baca, orang menyampah lagi ada.

Opsss... Sekian.


Terima kasih sudi baca entri ini, Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri.


.

2 ulasan:

  1. tanggungjawab begini diingatkan kepada diri sendiri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih mrhanafi... peringatan untuk diri sendiri

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian