Pengikut Setia

07 Mei 2015

Berkongsi kemanisan dalam dunia blogging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kemanisan dan dunia blogging


Dalam setiap detik hidup kita pastinya tidak lari dari pelbagai ujian dan cabaran.  Ada antara ujian can cabaran yang manis-manis seperti madu dan gula.  Tidak kurang juga ada yang pahit maung lebih dari hempedu.  Ha... kan ambik kau.

Ahkak nak cerita yang sebenarnya dalam dunia blogging pun ada juga ada pahit dan manis, suka dan duka serta malas dan rajin.  Semua tu memberi kekuatan dan semangat kepada blogger sama ada untuk terus berblogging atau hentikan saja hasrat berblogging.  Terpulang kepada kehendak masing-masing.


Kemanisan dalam dunia blogging adalah apabila setiap perjalanan blog kita mendapat perhatian ramai pembaca dan juga mendapat penghargaan.  Namun kita tidaklah seharusnya sentiasa mengharapkan orang lain menghargai kita jika kita jarang sekali menghargai orang lain.  Ada beri dapat.

Seperti yang dijanjikan dalam beberapa entri lepas, YangBaik nak berkongsi kemanisan dalam dunia blogging pada kali ini.  Kemanisan yang dimaksudkan adalah apabila terpilih dan dipilih sebagai pemenang dalam penyertaan segmen atau giveaway.

Gambar hiasan

Untuk beberapa entri yang lepas ada beberapa entri yang dibuat khusus kepada penganjur segmen dan giveaway.  Untuk itu, YangBaik memerlukan masa lebih lagi untuk menyediakan entri khusus buat penganjur segmen dan giveaway, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah memilih.

Kitanya kita berbahagi trafik dan link sesama rakan blogger.

Nantikan entri berikutnya.

Terima kasih.




1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian