Pageviews

26 Mei 2015

CPUV ke-3 Mei 2015 dan Status Glitterati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV ke-3 Mei 2015 dan Status Glitterati.  Ada sesetengah perkara kita perlu juga warkan untuk pengetahuan umum supaya ada orang tahu.  Bukan bertujuan untuk bermegah, riak atau takbur tetapi untuk berkongsi kegembiraan.  Supaya orang lain yang mana berkenaan akan turut berusaha mendapatkan seperti apa yang telah kita usahakan.  Sebaliknya jika kita tidak berupaya menerima seperti yang diwarkan oleh orang lain, tidak semestinya kita merajuk atau menarik diri.  Pastinya ada di mana-mana yang kita tidak pasti dan tidak tahu.  Tetapi teruskan berusaha.  Usaha tangga kejayaan.

Dua hari berturut-turut YangBaik bercerita mengenai CPUV yang diterima daripada Nuffnang. Kadang-kadang rezeki kita ada tetapi tidak semestinya sama dengan orang lain.  Kerana rezeki atau tuah setiap orang memang berbeza.

CPUV ke-3 Mei 2015


CPUV ke-3 bagi bulan Mei 2015, Maxis OnePlus One.  Tak perasan pula bagaimana bentuk iklan CPUV kali ini.  Kerana yang masih berkeliaran di blog ini adalah CPUV ke-2, McDonald's Family (PC).  Mungkin sehari dua lagi akan muncul jua iklan CPUV dari Maxis.

Menarik juga untuk CPUV kali ini kerana ia didatangkan bersama status Glitterati.  Gembira sangat sebab status geli-geli tu dah dikembalikan.  Baru sahaja nak hantar tiket kepada Nuffnang berkenaan pertukaran status.

Ada bagusnya juga naikkan cerita mengenai status Non-Glitterati pada entri semalam.  Nuffnang pastinya akan mengambil tindakan yang sewajarnya.... tidak boleh mengharapkan kepada web crawler nya yang buat tindakan automatik.

Terima kasih Nuffnang dan terima kasih kepada anda semua atas sokongan.


7 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.