Pageviews

18 Mei 2015

Projek Sempena Hari Guru | Mini Tote Bag

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Projek sempena Hari Guru. Sabtu lepas, 16 Mei adalah Hari Guru. Kebetulan pula jatuh pada hari cuti. Maka untunglah cikgu dapat cuti. Tetapi tidak semua cikgu bercuti dan berehat pada Hari Guru. Ada sekolah mengadakan gotong-royong pada Hari Guru.

Bukan sahaja cikgu yang bercuti pada 16 Mei lepas, tetapi kita-kita yang bukan cikgu juga dapat cuti. Kebetulan kan.

Sabtu lepas entah apa pula mimpi malamnya, bangun pagi dapat idea nak buat tote bag. Buat saiz kecil saja dulu sebab kain tak cukup. Kekuatan itu datangnya begitu tanpa disedari.



Alhamdulillah, berjaya juga siapkan 8 unit beg kecil ini. Beg kecil ini dihiasi sulaman riben yang ringkas. Kalau nak cerita halangan dan rintangan memang tidak akan siap beg ini. Hanya dengan kegigihan dan izin dariNya, beg kecil ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada petang Ahad.

Ajak anak-anak buatkan kad hari guru untuk guru sekolah mereka. Tak sempat pula nak rakamkan kad yang mereka hasilkan. Kad yang comel mengikut kreativiti mereka. Ringkas sangat. Jadilah buat sementara ini untuk memberikan mereka sedikit aura Hari Guru di sekolah yang diraikan pada hari ini, Isnin 18 Mei 2015.

Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu. Jasa dan bakti serta tunjuk ajar kalian amat kami sanjung tinggi dan sungguh bermakna buat kami. Semoga Cikgu terus diberkati.

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.