Pageviews

18 Mei 2015

Sabar Sahabat Sejati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sabar sahabat sejati. Sabar adakalanya sukar ditemui. Bersahabat dengan sabar acapkali memberi ujian. Ujian kepada nilai hidup manusia sejagat. Mencabar wibawa menguji minda menguatkan Iman.

Sabar sahabat sejati. Tatkala musibah datang melanda sabar itu tempatnya di dasar hati. Adakala tenggelam bersama amarah namun segera timbul bersama teguhnya keimanan. Ketaqwaan jua tali pengikatnya.



Sabar sahabat sejati. Sesekali jemu menguasai diri bilamana sabar semakin menghilang. Hanya kerana ikhlasnya sabar menunggu di kejauhan mengejarnya tidak kemana hilangnya ia memusnah harapan.

Sabar sahabat sejati. Pastinya tidakkan merugi bersahabat dengan sabar. Kerana sabar itu sebahagian daripada Iman. Iman itu ada di dalam dada setiap manusia selagi dia berstatus Muslim. Terpelihara Iman bersabar sabar. Sabar menempuh ujian, cabaran dan dugaan.

Sabat sahabat sejati. Di mana nak dicari sabar andai Iman semakin tercalar. Usah dibiarkan sabar melarat berduka lara. Sesudah kepayahan akan tiba kebahagiaan.

Sabar sahabat sejati. Biar perit derita di jiwa, kentalkan semangat panjatkan doa. Kesyukuran penuh nikmat atas limpah kurnia dari yang Maha Esa.

Sabar sahabat sejati.

Nukilan : yangbaik, 18/5/2015, 10.30 mlm,

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.