Pengikut Setia

29 Mei 2015

Hukum Tanpa Bicara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hukum tanpa bicara. Betapa peritnya hukuman itu hanya dia yang tahu. Setelah seketika beriringan bersama. Bual bicara seakan sama seolahnya tiada lain yang lebih memahami. Gurau senda bersilih ganti bicara pahit manis seakan sebati. Mengenali dia biarpun tidak sepenuhnya namun hakikat tiada yang lebih mengerti. Senyum manisnya, tawa jua derita semakin dimengerti. Positif negatif bercampur baur, berbahagi rasa, bercampur perit, ditolak nista mengharap persamaan menjadi satu.



Hukum tanpa bicara. Mencari salah sendiri adalah sukar. Mana mungkin dia nampak kotoran dibelakangnya andai tidak dikhabarkan. Jikapun dia terlihat disebalik cermin sana dia sendiri sebenarnya tidak tahu apakah jenis kotoran itu, atau mungkin juga ia hanya bayangan semata. Gelodak dijiwa pastinya terbuku bilamana dia dijatuhkan hukum tanpa disedari dia bersalah.

Hukum tanpa bicara. Bagaimana harus dia mengetahui bahawa dia itu bersalah andai hukuman itu tiba-tiba dijatuhkan tanpa bicara. Hingga dia terpenjara sendirian di dunianya yang tersendiri. Dikelilingnya tidak diketahui mana juri mana duri. Bicara mereka sama biarpun sesekali berbau nista serta madu. Madu dan racun terhidang disitu, bercampur sebati serat nista. Terbuku kaku lagi dia sendiri, mengharap bicara. Sungguh dia nanar, penasaran mencari jawapan bicara dari saksi bisu juga tuli.

Hukum tanpa bicara. Sesekali dibiarkan saja hukuman itu. Biarpun peritnya, pedihnya tuh disini. Digagahi jua perjalanan hidup dipenjara ini andai itu takdirnya. Biarkan saja juri bisu memulakan bicara mencipta pesalah mencari suspek. Dia tidak lagi kuat menanggung hukuman ini. Dibiarkan jua hukuman itu berlangsung. Mengharap berakhirnya hukuman adalah mustahil. Kerana hukuman itu tanpa perbicaraan, tiada hakim, tiada juri, tiada peguam juga saksi. Jadi tidak perlu diharapkan lagi pada manisnya madu atau pahitnya hempedu. Ditelan juga sejuta rasa.

Hanya pada Yang Esa dia berdoa semoga hukuman adalah mainan mimpi pada lena yang panjang. Semoga diampunkan dosa dia dan mereka yang menjatuhkan hukuman tanpa bicara.

Hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi.

Hukum tanpa bicara, nukilan: @yangbaik, 29Mei2015, 10:40mlm.

posted from Bloggeroid

3 ulasan:

  1. sangat menyakitkan tatkala kita dihukum tanpa bicara.

    BalasPadam
  2. Peritnya hanya yg melalui sahaja yg faham..
    Semoga kuat dan tabah..

    BalasPadam
  3. semoga semuanya baik baik saje awak.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian