Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Paling lama bersedih. Tidak tahulah dikalangan kita berapa lama kita mampu bersedih atas sesuatu peristiwa. Mungkin juga kita mampu bersedih lama atas kehilangan orang yang disayang tetapi tidak berterusan. Ada masa bila kita terlupa atau buat-buat lupa lalu kita bergembira.
Namun kesedihan kita pastinya tidak sama dengan kesedihan ahli Salafus Shalih. Iaitu orang alim dan ulama.
Bila hujan orang sering kaitkan dengan bumi yang bersedih. Gambar hiasan.
Kita hayati apa yang dinyatakan oleh ahli hikmah berikut mengenai kesedihan oleh al-Hasan:
Aku belum pernah melihat orang yang paling lama bersedih daripada al-Hasan. Ia berkata, kita tertawa, sementara bisa jadi Allah yang telah melihat amal-amal yang telah kita perbuat berfirman, 'Aku tidak mau menerima amal-amal kalian sedikitpun.'
(Yunus bin 'Ubaid)
Kita tidak tahu pula bagaimana perasaan kita dengan amalan kita yang sedikit ini. Semoga ada kesedaran dan kebaikan untuk semua.
Sekian.
ya, terima kasih atas perkongsian ini..
BalasPadamya..
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ni
mudah-mudahan kita berada dalam kalangan hamba-hambaNya yang berusaha memperbaiki amalan wajib dan menambah amalan sunnah .ameen :)
BalasPadambila teringat kejahilan diri saya jd sedih...
BalasPadamsemoga kita sama2 tingkatkn amalan baik