Pageviews

12 Disember 2017

Luasnya Rahmat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Luasnya Rahmat

Selamat pagi semua.  Seperti biasanya setiap pagi dimulakan dengan Bismillah dan kesyukuran ke hadratNya atas kurniaan yang tidak terhingga.... iaitu nikmat hidup dan bernafas.  Semoga di kesempatan ini dapatlah kita mengaut rahmatNya untuk bekalan di sana kelak.

Luasnya Rahmat Allah.  Tatkala Allah menciptakan seluruh makhluk, Allah tuliskan di dalam kitabNya, yang kitab itu berada di sisi-Nya di atas Arsy, yang isinya adalah:  Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan kemurkaan-Ku.  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sentiasa memohon keampunan dan rahmat Ilahi agar kita dikembalikan dalam keadaan Allah mengampunkan dosa dan memandang kita dengan redha.


** Sentiasa berdoa dan mengharapkan keampunan Allah.  Semoga RahmatNya memenuhi ruang hidup.


Terima kasih kerana membaca entri ini, Luasnya Rahmat.

11 Disember 2017

GIVEAWAY YES 2017 BY ROXALYNNE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY YES 2017 BY ROXALYNNE


Cermin-cermin di dinding... siapa yang paling rajin update blog?

Hah... kau ingat nak keluar ke muka ahkak gojes ni?  Idak le kot... maleh bebenor update blog.

Mengkala mai ada giveaway pun maleh jugak... tapi digagahkan juga buat entri sebabnya hadiah untuk giveawy ni lumayan!!!

Meh korang jengok ada apa dengan giveaway ini.  Ahkak takder idea nak tulih panjang lebar, jadi layan jer entri copy paste separuh jalan nih. ehh


GIVEAWAY YES 2017 BY ROXALYNNE
GIVEAWAY YES 2017 BY ROXALYNNE

Tarikh Tamat : 30 Disember 2017

Klik banner di atas untuk keterangan lanjut mengenai giveaway.


Hadiah yang ditawarkan, antaranya seperti berikut.

- 1 x Jam Tangan by Roxalynne (@roxa.shoppe)

- 2 x Raudah Shawl by Hana Norisa Boutique (@hnorisaboutique)


- 2 x Cookies (Random Flavor) by Monster Cookies (@monstercookiesmbz)



- 1 x Organic Trio Oil Body Lotion & 3 sachet Maxim Coffee from Korea by Blogger SiqahIqa (@haqisfila)

dan....

- 2 x Mysterious Gifts by Blogger AinieNKA (@lady_channa) & 1 more by me (Ct Roxalynna NH - @roxalynne.collection)


Jom ramai-ramai kita rebut hadiah lumayan sambil jemput link organik dari rakan peserta yang join giveaway.

Terima kasih atas perhatian semua.

Selamat Pagi Yang Indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Pagi Yang Indah





Ya Allah
Bila pagi ini ada tersimpan rasa benci,
ubahlah menjadi kasih sayang.
Bila hati kami kotor,
sucikanlah.
Bila hati kami terluka,
sembuhkanlah.
Dan ubahlah kesedihan
sesiapan pun yang membaca doa ini menjadi kebahagiaan.

Aamiin.

**Selamat Pagi Yang Indah.

10 Disember 2017

Mutiara kata | Bersyukur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Mutiara kata | Bersyukur



Laluilah kehidupan ini 
Dengan hati yang syukur
Lapang dan tenang...
Redhalah atas setiap nikmat 
Dan ujian yang dihidangkan...




"Hendaklah kamu bersyukur
Sesungguhnya bersyukur
akan menambah kenikmatan dari Allah"
(Hadis Riwayat At-Thabrani)


**Bersyukur dengan apa yang ada

09 Disember 2017

Mutiara Kata | Berhentilah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Mutiara kata |  Berhentilah






Berhentilah menyalahkan orang lain
walaupun memang ia bersalah,
namun ajaklah ia dan berilah dia
kesempatan untuk memperbaiki kesalahannya.

-Habib Muhammad Al-Bagir Bin Alwy Bin Yahya-


**Kita juga tidak sunyi dari buat salah 😔


Terima kasih dan Berhentilah menyalahkan orang
szi

Masjid Al Aqsa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masjid Al Aqsa




Aku bertanya, "Wahai Rasulullah,
Masjid manakah yang pertama kali dibangun?"
Beliau menjawab, "Masjidil Haram"
Aku bertanya lagi, "Kemudian (masjid) mana?"
Beliau menjawab, "Kemudian Masjidil Aqsha"
Aku bertanya lagi, "Berapa jarak antara keduanya?"
Beliau menjawab, "Empat puluh tahun.
Kemudian dimanapun sholat
menjumpai mu setelah itu, maka shalatlah,
kerana keutamaan ada padanya".
Dan, dalam riwayat lainnya, "Dimanapun shalat padanya".
Dan dalam riwayat lainnya, "Dimanapun shalat menjumpaimu,
maka shalatlah, kerana ia adalah masjid"
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


** Shalat itu tiang agama.  Semoga Al Aqsa sentiasa dalam perlindungan Allah.




08 Disember 2017

Mutiara Kata | Kecantikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mutiara kata | Kecantikan





Kecantikan yang abadi
terletak pada keelokkan adab
dan ketinggian ilmu seseorang,
bukan terletak pada wajah
dan pakaiannya 🦋( Hamka)


**Jaga tingkahlaku dan budipekerti


Terima kasih.

Pemenang SPM Fever Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang SPM Fever Giveaway



Alhamdulillah.  sekali lagi blog SZ termasuk dalam senarai Pemenang SPM Fever Giveaway.  Rezeki blog pada hari Jumaat.  Terima kasih kepada Abam Kie dan rakan-rakan blogger yang menjadi penganjur bersama SPM Fever Giveaway.  Untuk rekod, SPM Fever Giveaway berlangsung sepanjang musim peperiksaan SPM yang lepas. Wah! memang untung jadi blogger nih, untuk apa juga acara dan isu semasa akan ada saja rakan blogger yang buat contest, segmen atau giveaway.

Tiba-tiba pula tiada idea nak berceloteh panjang...




Link penyertaan DI SINI.

Link pengumuman di blog Abam Kie... di SINI.


Tahniah kepada semua rakan blogger yang telah turut sama memeriahkan giveaway terutama kepada rakan blogger yang telah turut sama terpilih dalam senarai pemenang.


Terima kasih juga kepada anda semua atas doa dan sudi baca entri ini, Pemenang SPM Fever Giveaway.
szi 😍😍😍

Jom Selawat Banyak-banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jom Selawat Banyak-banyak


Alhamdulillah, Jumaat datang lagi.  Kesyukuran sepenuhnya atas nikmat yang diberikan.  Nikmat bernafas dan meneruskan hidup sehari lagi.

Hari ini, Jumaat yang Barakah, Penghulu Segala Hari.
Jom kejar kesempatan ini Sementara diberi peluang

Gunalah setiap hela nafas Yang dikurniakan Untuk mengingati ALLAH
Dan titipkan selawat buat Junjungan NABI MUHAMMAD SAW

Semoga kita semua Dirahmati Nya


Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda,
"Barangsiapa yang bershalawat kepadaku sekali, maka Alllah akan bershalawat kepada sepuluh kali" (Hadis Riwayat Muslim)

"Perbanyaklah shalawat kepadaku pada setiap Jumaat.  Kerana shalawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat.  Barangsiapa yang banyak bershalawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti" (Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan Al Kubro)


@quotephotovideo 🕌🕌🕌


Terima kasih kerana membaca entri ini, Jom selawat banyak-banyak.
szi💚💚💚

Kebaikan 2 dalam 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kebaikan 2 dalam 1


Apa juga yang kita lakukan pastinya kita ingin yang terbaik.  

Terbaik buat diri kita dan terbaik buat orang yang kita sayang

Terbaik juga buat orang sekeliling kita.





Apabila membasuh pinggan, kita aka memiliki dua benda:

Pertama, pinggan itu bersih
Kedua, tangan kita pun bersih.

Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita, tatkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnya membersihkan diri kita pada masa yang sama.

(Imam Hassan al-Banna)


** Serampang dua mata.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Kebaikan 2 dalam 1.
szi 💖💖💖