Pageviews

07 Mei 2014

Marah atau gurauan pada tempatnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Marah dan gurauan pada tempatnya, juga pada masanya
Marah bukan untuk berdendam tetapi juga menyatakan perasaan
Bergurau bukan sebarangan namun ada sebabnya
Gurauan itu biar bertempat dan bersempadan




06 Mei 2014

Apa ada pada 6 Mei 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada apa pada 6 Mei 2014?
Macam-macam ada
Bukan sekadar kejutan biasa tetapi kejutan luar biasa
Tapi tipulah... kalau kata tak mengharap
Cuma rasa teruja sangat-sangat sebab apa yang diharapkan itu ada ... walaupun seketika


Ungkapan pertama datangnya dari Prof. Rektor.  
"Setiap dari kita adalah khalifah di muka bumi Allah.  Bersamalah kita melaksanakan tugas dengan keikhlasan agar ganjaran pahala sentiasa didakapan serta Hablumminnas dapat dijaga"
Terima kasih.


Ungkapan berikutnya... tidak ketinggalan setiap tahun hadir dalam mail-box.  
Terima kasih Dato'


Dan... ini adalah ungkapan pertama kali diterima dari Google.  Ada rasa nak melompat pun ada... teruja sangat... tak melompat pun tak mengapa tetapi terasa seperti di awang-awangan pulak... Terima kasih Google atas ingatan.

Tidak kurang paling penting sekali adalah SYUKUR ke hadrat Ilahi di atas kurniaNya ... hari ini meningkat lagi usia ke satu tahap.

Terima kasih juga kepada semua atas ungkapan di mukabuku yang masuk mencurah-curah sejak dari awal pagi tadi.






Soal tangan kanan pula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekali lagi kita berbicara mengenai tangan.  Tangan yang dimaksudkan adalah tangan kanan.  Apa yang boleh dibuat dengan tangan kanan dan bagaimana menggunakan tangan kanan dengan cara yang betul.


Sekarang dia sudah pandai baca doa makan sendiri walaupun ada sedikit pelat.  
Gambar hiasan



05 Mei 2014

Aku terlalu cemburu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan
Aku terlalu cemburu
Pada masa silam dan masa lampau
Lalu aku mencari apa sebenarnya
Mengapa aku menjadi terlalu cemburu

Aku terlalu cemburu
Cemburu pada insan kuat taqarrubnya
Cemburu pada insan yang tenang hatinya
Lalu aku mencari makna disebalik taqarrub

Ada apa dengan tangan kiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sedari kecil kita diajar supaya makan dengan tangan kanan dan dimulakan dengan Bismillah supaya kita kenyang dan makanan yang masuk ke dalam perut juga mendapat berkat.

Sekarang bila dah jadi mak... kenalah ambil perhatian dengan cara pemakanan anak-anak. Kadang-kadang kita tidak perasan anak-anak makan dengan tangan kiri.  Bila ternampak cepat-cepatlah tegur jangan dibiarkan sahaja.

Makan dengan tangan kanan.  Gambar hiasan


04 Mei 2014

Kekuatan terletak di dalam hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kekuatan terletak di dalam hati
Dari hati datangnya kehendak dan kemahuan
Lantas menghasilkan kekuatan
Kekuatan yang tidak terduga

Namun kekuatan itu harus datang bersama didikan iman
Iman kepada yang satu
Lalu menghasilkan kekuatan yang bermakna
Bermakna kepada diri dan sejagat




Rahsia kulit segar dan sihat 24jam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selami rahsia kulit segar dan sihat 24 jam.  Wah! mesti hebatkan. Kulit tidak lagi terasa kering dan gersang seperti padang rumput di gurun Sahara.  Kulit yang sihat bukan sahaja idaman model atau artis.  Malahan suri rumah dan blogger wanita juga mengimpikan kulit wajah yang sihat dan segar.  Kulit yang sihat dan segar tidak semestinya untuk ditayang di ruang blog tetapi untuk kepuasan diri serta untuk tatapan encik abang kannnn.

Tak percaya?  Tanyalah blogger lelaki pun suka jika kulit wajah mereka sihat dan segar :P



02 Mei 2014

Kuasa keyakinan bersama Volkswagen Jetta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Volkswagen Jetta satu lagi keluaran terbaru dari keluarga kereta sedan Volkswagen.  Lahirnya bersama kuasa dan keyakinan.  Bukan sekadar paras rupa tetapi juga hiasan dalaman tetapi termasuk juga ciri-ciri keselamatan.  Bagi keluarga besar (besar sangat ker?) seperti YANGBAIK kereta sedan buat masa ini tidaklah menjadi keutamaan kerana anak-anak dah mencecah 4 orang.  Seandainya mampu dimiliki Jetta ini menjadi kereta kedua untuk kami berdua sahaja.... :P


Volkswagen Jetta

Rangking Alexa 2.5.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga kerja di Malaysia.  Hari ini dah masuk 2 Mei 2014 baru teringat ada janji yang belum ditunaikan iaitu janji kepada diri sendiri untuk mengeluarkan entri berkaitan Rank Alexa setiap hujung bulan.  Memandangkan pada 30 April 2014 YANGBAIK telah terlupa maka entri berkenaan dibawa ke hari ini 2 Mei 2014.

Global Rank:  298,000
Links in:  236
Rank in Malaysia:  2,542 (rujuk gambar di bawah)
Sumber:  rujuk SINI

Siapa buat dia dapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa buat dia dapat
Buat baik dapat kebaikan
Buat jahat dapat keburukan
Bukan sekarang tetapi akan datang
Bukan dari orang yang sama, datangnya tanpa diduga
Pilihan di tangan kita
Pilihan di tangan kita. Gambar hiasan.

Rencana jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
(QS Faathir: 43)