Pengikut Setia

05 Mei 2014

Aku terlalu cemburu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan
Aku terlalu cemburu
Pada masa silam dan masa lampau
Lalu aku mencari apa sebenarnya
Mengapa aku menjadi terlalu cemburu

Aku terlalu cemburu
Cemburu pada insan kuat taqarrubnya
Cemburu pada insan yang tenang hatinya
Lalu aku mencari makna disebalik taqarrub

Sehingga aku berusaha dekatkan diri dengan Ilahi
Usaha aku bermula dengan SOLAT tepat pada waktu
Aku sedar untuk mendapatkan ketenangan aku harus solat tahajjud
Aku juga tidak lupa mengingati kematian... kerana sebenarnya ia amat dekat
Sesekali aku MEMBAYANGKAN TIDUR DI DALAM KUBUR... ianya amat menakutkan
Sempat juga aku MEMBAYANGKAN KEDAHSYATAN SIKSA NERAKA
Namun lebih manis lagi bilamana aku MEMBAYANGKAN SYURGA

Aku terlalu cemburu
bagaimana mereka berupaya BERGAUL DENGAN ORANG-ORANG SOLEH
sedangkan aku tiada peluang... atau aku yang terlalu cemburu
Lalu aku MEMBACA AL QUR'AN DAN MAKNANYA
Semoga hatiku menjadi tenang 

Aku terlalu cemburu
dan... aku sedar aku perlu MENAMBAH PENGETAHUAN KEISLAMAN
agar aku dapat MERASAKAN KEBESARAN ALLAH SWT
merasa diri terlalu kerdil..

Aku terlalu cemburu 
Lalu aku MERENUNG SEMUA KEJADIAN ALAM YANG TERJADI
sehingga aku berupaya MENSYUKURI NIKMAT ALLAH SWT

Aku terlalu cemburu 
Namun tiada gambar dapat dijelmakan
hanya nukilan ini mewakili gambaran di jiwa
Semoga tiada lagi cemburu tanpa usul...


Nukilan:  yangbaik |  5.5.2014 |  11:00 pm





Terima kasih di atas ingatan ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian