Pageviews

28 April 2014

Doa mohon keringanan dan kemudahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya, beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
(Al-Baqarah:286)


Bimbang andainya telah berdusta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Maafkan aye andai pernah atau telah berkasar bahasa
Maafkan aye andai pernah melukakan hati dan perasaan kalian
Maafkan aye andai kalian sukar memahami entri yang dikeluarkan
Maafkan aye andai pernah membuat kalian keliru


| wallpaper hiasan |


27 April 2014

1st Mini GA by NaNie DeaN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sementara ambil mood dan semangat untuk update blog pada hujung minggu yang penuh dengan 'kemalasan'.  Layan sekejap 1st Mini GA by NaNie DeaN. 



Teka nama buah berry - Ribena

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sesaja nak buat promosi percuma pulak... untuk kali aye ini nak perkenalkan peraduan teka nama buah berry yang diperkenalkan oleh Ribena.  

Ribena What's my name?  

Nampak saja iklan ni di blog ni cepat-cepat klik dan anda akan dibawa mengembara ke alam Ribena yang penuh daya tarikan.  Seandainya tiada kelihatan iklan itu di blog ini terus saja klik SINI anda akan dibawa ke sana juga. :D.  Maklumlah iklan ni ada timing dia sendiri... Kadang-kadang tergedik-gedik seketika kemudian hilang entah bila nak muncul semula tak tahu kan.


26 April 2014

Bila janji tidak dikotakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita sering terperangkap dengan pengetahuan kita
Pengetahuan yang terbatas dan terhad dalam lingkungan kehidupan serta pengalaman
Seringkali kita tewas kerana terlalu percaya dengan janji manusia
Sedar atau tidak janji itu bukan kerana tidak benar

Gambar hiasan


25 April 2014

Demam nak tumbuh gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tajuk ini telahpun ditempah beberapa bulan yang lalu.  Ketika Abid demam kerana hendak tumbuh gigi.  Kesian kan kat Abid... dah berbulan-bulan hilang sakit tumbuh gigi dan kali ini sakit itu datang lagi. Dan datangnya sakit itu ketika umi tiada di rumah... ketika umi menghadiri KAD di Shah Alam.

Ayah memang lah ... dah umi balik baru nak cerita Abid demam... Ayah kata tak nak bagi umi bimbang lagipun demamnya bercampur dengan demam rindu... Elok umi balik kena tambah 1 hari lagi cuti untuk 'take care' Abid dan Inas yang turut demam.


22 April 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tuntutlah ilmu sebelum ianya dibawa pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Maaflah sangat-sangat kerana hari ini terlewat mengeluarkan entri. Kebetulan pula malam tadi tiada idea nak menulis kerana sibuk dengan perbincangan untuk menghadapi ujian pada hari ini... pagi tadi.


21 April 2014

Mana satu diterima tidak tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sehari dua ni agak sibuk sikit dengan aktiviti luar pejabat.  Mungkin tidak sempat menulis panjang lebar atau jika berperluang menulis pun mungkin tidak banyak kerana otak ni terasa semakin tepu.

Kena makan kismis yang banyak untuk memulihkan kembali daya ingatan supaya tidak kantoi semasa ujian nanti.