Berdusta secara sengaja
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Tanpa kita sedari ada ketika kita berdusta. Hanya kerana kita berbicara mengenai isu agama yang mana kita tidak tahu atau tidak faham. Tidak salah untuk kita sebarkan kebaikan tetapi cukuplah sekadarnya tanpa tambahan kupasan yang lebih dalam sekiranya kita mahir atau fasih mengenai sesuatu isu.
Gambar hiasan: Aku bukan yang terbaik |
Barangsiapa berbicara tentang perkara agama tanpa didasari ilmu maka sesungguhnya ia telah berdusta walaupun ia tidak berniat untuk berdusta secara sengaja dengan ucapannya tersebut. (Ibnu Taimiyah)
Berbuat baik biar berpada buat jahat jangan sekali.
Sebaiknya elakkan daripada berdusta secara sengaja kerana kita tidak tahu sekiranya ada lagi bicara yang telah kita ungkapkan secara tidak sengaja tetapi didalamnya ada bibit-bibit dusta.