Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Tajuk ini telahpun ditempah beberapa bulan yang lalu. Ketika Abid demam kerana hendak tumbuh gigi. Kesian kan kat Abid... dah berbulan-bulan hilang sakit tumbuh gigi dan kali ini sakit itu datang lagi. Dan datangnya sakit itu ketika umi tiada di rumah... ketika umi menghadiri KAD di Shah Alam.
Ayah memang lah ... dah umi balik baru nak cerita Abid demam... Ayah kata tak nak bagi umi bimbang lagipun demamnya bercampur dengan demam rindu... Elok umi balik kena tambah 1 hari lagi cuti untuk 'take care' Abid dan Inas yang turut demam.
Gambar ini diambil bulan lepas ketika gusinya tidak sakit. Memang meriah makan dan kunyah segala-galanya. Semua makan selagi boleh masuk ke dalam mulut semuanya di kunyah dan telan.
Cuma satu yang umi perasan bila buat bubur nasi Abid hanya makan nasi sahaja lain-lain sayur diluah. Mungkin kerana rasa yang tidak sama dengan nasi. Tetapi bila diberi makan nasi pejal bersama sayur elok saja dia makan.
Sekarang umi dah tahu sebenarnya Abid tidaklah cerewet tentang makan cuma kena pada masa dan gaya saja kan...
Berbalik kepada demam nak tumbuh gigi.... eh terbabas pulak tadi...
Kali ini gusi Abid memang bengkak boleh nampak dari pipinya. Bila dilihat rupanya nak tumbuh gigi geraham... mungkin juga sebab kawasan hujung gusi kan. Bila dah sakit macam ni... kita orang besar pun naik demam dibuatnya. Jenuh jugalah Abid merengek... asyik dan berdukung saja. Tidur pun sekejap kemudian terjaga merengek lagi... ketika ini memang kena banyak bersabar dan bertenang kerana bukan sengaja mereka nak merengek macam tu..
Seharian umi di rumah tidak update blog... kerana nak beri lebih masa dan tumpuan kepada anak-anak sebagai ganti sebab tinggalkan mereka lebih dari 3 hari. Puas hati...
Hari ini... umi dah boleh masuk ofis kerana kesihatan mereka dan stabil dan ketika rehat barulah sempat nak update blog, tengok dan kemaskini apa yang patut.
Sekian adanya. Terima kasih atas perhatian semua.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA
Alaa kesiannya Abid . Cpt sembuh ye comel syg :)
BalasPadamAssalamualaikum kak, haa comelnya nak tumbuh gigi dah dia... singgah menabung huawei sini~~~
BalasPadamWoot..woot..tumpang singgah.. ;)
BalasPadam*abid ensem!
#misiblogwalkingkakmialiana#