Pengikut Setia

26 April 2014

Bila janji tidak dikotakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita sering terperangkap dengan pengetahuan kita
Pengetahuan yang terbatas dan terhad dalam lingkungan kehidupan serta pengalaman
Seringkali kita tewas kerana terlalu percaya dengan janji manusia
Sedar atau tidak janji itu bukan kerana tidak benar

Gambar hiasan


Bukan salah manusia itu andai janjinya tidak ditepati
Janji manusia itu terbatas kerana pengetahuan dan ilmunya yang terhad
Namun bukanlah sebab untuk manusia itu tidak mengotakan janjinya.
Berusaha sehabis baik untuk mengotakan janji

Andai tidak bisa mengotakan paling tidak berusahalah untuk tidak berjanji
Kerana janji manusia itu bilamana tidak dilaksanakan akan memudaratkan manusia lain
Seluruh hidup dan jiwanya tertekan dan terkesan dengan janji manusia yang tidak dikotakan
Apa lagi yang ada pada manusia untuk dipercayai
Andai janji sekecil itu tidak mampu dilangsaikan...

Kita bukan sekadar merancang tetapi kita juga harus bertanggungjawab untuk melaksanakan perancangan dan janji.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan manusia munafik... Na'uzubillah.

Barangsiapa ingin mengetahui kadar pengetahuannya tentang Allah, maka hendaklah ia melihat (dan membandingkan antara) apa yang dijanjikan oleh Allah untuknya dan apa yang telah dijanjikan oleh manusia untuknya, manakah diantara keduanya yang lebih diyakini oleh hatinya?
(Syaqiq bin Ibrahim)


Sekian adanya.  Terima kasih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370

$$$$$ 

1 ulasan:

  1. betul tu... mudah-mudahan kita tidaklah selalu terlupa dengan janji.. :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian