Pengikut Setia

22 April 2014

Tuntutlah ilmu sebelum ianya dibawa pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Maaflah sangat-sangat kerana hari ini terlewat mengeluarkan entri. Kebetulan pula malam tadi tiada idea nak menulis kerana sibuk dengan perbincangan untuk menghadapi ujian pada hari ini... pagi tadi.


Dan hari sebelumnya, penuh dengan ilmu baru yang melimpah. Walaupun tepu tetapi harus dihadamkan juga. Ilmu sebegini bukan senang nak dapat. Tambahan pula dari orang lama yang boleh dikategorikan sebagai 'otai' dalam dunia ISO.

Bersyukur dengan kesempatan dan peluang ini yang datangnya tidaklah selalu tetapi cukup memberi manfaat. Jadi peluang yang ada ini tidaklah seharusnya dipersiakan.






Tuntutlah ilmu sebelum ilmu itu diangkat. Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama. Orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu memiliki kedudukan yang sama dalam hal pahala. Sesungguhnya manusia itu hanya ada dua, orang yang berilmu dan orang yang menuntut ilmu. Dan tidak ada kebaikan pada diri manusia yang selainnya.
(Abu Darda')



Paparan untuk entri ini mungkin tidak berapa cantik memandangkan terdapat sedikit gangguan pada sistem dalam notebook comel ini.

Semoga paparan entri kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian