Pageviews

19 Mac 2014

Rabu Tanpa Kata | Biskut Oats

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biskut Oats Crispy Choco Bar.  Satu 30 sen


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

Mencari rezeki yang halal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari rezeki yang halal adalah tanggungjawab semua orang di muka bumi.



Tidaklah berhasrat hendak membebel panjang lebar di sini tetapi untuk berkongsi rasa dengan semua orang yang berkunjung ke blog ini.

Bertakwalah kepada Allah dan carilah rejeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu.(Muhammad bin Sirin)

Semoga bermanfaat.

#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

18 Mac 2014

Di antara dua kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Di antara dua kebaikan yang akan ditinggalkan adalah kebaikan yang telah kita lakukan dan kebaikan yang bakal kita lakukan atau dalam perancangan.  Ada baiknya sentiasalah merancang untuk berbuat baik.  Semoga ia memberi kebaikan kepada kita.


Pesanan ini sekali lagi ditujukan kepada semua pembaca blog ini.

Wahai Anakku, apabila Engkau akan mengerjakan shalat, maka shalatlah seperti shalatnya orang yang akan meninggalkan dunia ini, janganlah Engkau mengira bahwa Engkau akan kembali lagi ke dunia ini. Dan ketahuilah Wahai Anakku, sesungguhnya seorang mukmin itu meninggal dunia diantara dua kebaikan ; kebaikan yang telah ia kerjakan dan kebaikan yang akan ia kerjakan.  (Muadz bin Jabal)


#pray4mh370

suka duka pentas dunia


$$$ 

Masih ada di sini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Syukur Alhamdulillah masih berpeluang membebel di blog picisan ini.  Walaupun tidak seberapa tetapi cukup untuk memberi semangat dan ruang bagi menambah bilangan karya di alam maya.

Corak hiasan

Beberapa hari yang berlalu tanpa sebarang entri di blog ini sungguh memberi kesan...

Sebenarnya YB (yangbaik) atau aye (saya) masih lagi keliru untuk membahasakan diri sendiri dalam ruang blog ini.  Nak bahasakan aku... macam kasar sangat, nak bahasakan saya... macam budak sekolah pulak... nak bahasakan akak... hmmm tak sesuai kot... nak bahasakan makcik... rasanya belum sampai lagi ke tahap itu.  Walau apapun setelah diamat-amati mengikut keselesaan sendiri, bahasa yang paling sesuai adalah aye... iaitu gantinama atau panggilan bagi diri sendiri seperti aku, saya, gua dan yang seangkatan dengannya.

Hari Sabtu dan Ahad lepas aye mengikut Kursus Sulaman Riben di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah.  Memang menarik.  Kerja-kerja menyulam bukanlah sesuatu yang baru buat aye tetapi sulaman riben memang baru kerana sebelum ini tidak pernah mendapat latihan secara formal dan intensif seperti kursus ini.

Selain dari itu, Sabtu lepas juga bermulanya musim hujan.  Petangnya hujan lebat dan seperti biasalah tanpa mengikut arah angin... kebocoran berlaku sana sini dalam rumah dan juga di ruang lepak-lepak (porch).  Bocornya tak banyak tetapi cukup memberikan kekalutan kerana sudah lama hujan tidak mencurah ke bumi.  Sempat juga menadah air hujan melalui cucur atap di luar rumah, menggunakan tong hitam yang asalnya dibelikan untuk buang sampah.  Tong hitam itu disimpan dan hanyalah sebagai tong tambahan sekiranya tong sedia ada telah penuh. Memang perlu guna tong tambahan... jika tidak akan menyusahkan jiran tetangga... okey!!  Tambahan... bocor dalam rumah tak banyak mana pun sikit saja.

Apa lagi... Ahad lepas, julung kalinya ke TESCO di saat akhir membeli keperluan rumahtangga.  Masuk saja dalam TESCO... ting tong... "pengumuman kaunter akan ditutup 10 minit lagi".   Apa lagi berkejaran mendapatkan keperluan yang telah disenaraikan.  Tidak pernah jadi dalam sejarah... membeli belah dalam masa 10 minit dan paling bagusnya jumlah harga mencecah sehingga RM100.00 lebih.  Memang betul-betul terasa sekarang ni. RM100.00 belum penuh troli baru dalam dakapan (troli bawa ke lain) dan suku troli.

Dan... sekarang masih lagi menunggu perkembangan positif mengenai kesudahan MH370.  Semakin lama menunggu semakin banyak pula cerita-cerita sensasi...apa-apa pun semoga yang terbaik buat warga #mh370.

#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$

14 Mac 2014

Belajar bertolak ansur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Belajar bertolak ansur.  Sesekali bertolak ansur tidak akan menjejaskan pendirian kita.  Bila bercakap mengenai pendirian pasti ramai yang tidak setuju dengan ayat ini.


corak hiasan

Entahlah (lagi sekali ayat skema)... dah pagi begini baru dapat idea nak merapu di sini.

Teringatkan kisah anak-anak.  Kalau diikutkan hati memang tidak tertahan dengan kerenah mereka.  Sesekali biarkan mereka menjerit dan menangis rasanya tidaklah membebankan kot!!!.

Mereka anak-anak menjerit berebut permainan mungkin perkara biasa kerana mereka tidak bijak lagi dalam mentafsir suasana... ianya terpulang kepada kebijaksanaan kita dalam menangani beban yang ditanggung oleh anak-anak.  Dengan turut sama melontarkan jeritan tidak mampu meleraikan kekusutan yang terjadi.  Sebaliknya cara yang terbaik adalah membiarkan mereka dengan kawalan dan pemantauan ibu bapa.  

Kita sebagai ibu bapa tidak salah bertolak ansur dengan anak-anak asalkan kena pada tempat dan masa.  Sudah tentu ada kaedah yang tertentu dalam bertegas terhadap anak-anak.  Dengan memberikan pelukan dan ciuman pasti dapat meredakan keresahan pada anak-anak.  

Terpulang kepada kita bagaimana hendak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.



#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$

Boleh atau tidak balas komen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Boleh atau tidak boleh balas komen dalam blog?  Bagi sesetengah blogger ia menjadi satu rutin dan kemestian untuk menjawab setiap komen dalam blog.


Dunia blogging sekarang memang sudah cukup meluas.  Saban hari ada saja blogger baru yang muncul... tidak kurang juga blogger yang menyepi atas alasan tersendiri.

Membalas komen dalam blog mungkin mampu mendatangkan semangat dan perasaan gembira kepada blogger atau anon tanpa nama.  

Mengikut pendapat sesetengah blogger menjawab komen dalam blog adalah perlu bagi menjalin hubungan dan kemesraan sesama blogger dan secara tidak langsung mampu menarik pembaca dan pengunjung tetap.

Bagi aye sendiri terpulang kepada blogger nak jawab atau tidak.  Kerana pada tempoh masa tertentu kita terlalu sibuk dengan pelbagai perkara dan tugasan rasmi.  Maka yang sempat dilakukan pada blog hanyalah 'release' komen yang yang ditinggalkan oleh Rakan Blogger.  Tidaklah nanti rakan blogger ternanti-nanti apa respon pemilik blog tadi.

Jangan silap pula, tidak semestinya tidak balas komen itu bermakna komen anda diabaikan.  Jangan berkecil hati.  Sudah pasti kami blogger (perasan popular sekejap) akan membalas semula ke blog kalian yang meninggalkan komen.  Anda tidak dibiarkan...

Cuma berikan kami sedikit masa untuk mendekati dan mengenali anda semua.

Selamat berblogging.

#pray4mh370


suka duka pentas dunia



$$$

Belum biasa tetapi wajib dibiasakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tidak ramai yang biasa lakukan ini.  Bagi yang belum pernah perlu cuba lakukan dan yang baru nak mula sebaik-baiknya kekalkan dan lebihkan lagi.


Ayat memang skema habis... aye harap aye dapat lakukannya.

Apa itu?

Itulah solat malam dan bacaan dalam solat, seperti yang disarankan oleh ahli hikmah seperti berikut:
Barangsiapa terbiasa memanjangkan shalat malam (dengan memanjangkan bacaan al-Qur'an ketika berdiri dalam shalat), maka ia akan merasa ringan ketika harus lama berdiri pada Hari Kiamat kelak.  (Hassan bin Athiyyah)

Mampukah kita?

Bukan sahaja harus tetapi mesti menjadi wajib untuk kebaikan sendiri.


 #pray4mh370


suka duka pentas dunia



$$$

13 Mac 2014

SlimFast Diet dari My Beauty Herbs

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SlimFast Diet produk pelansingan badan dari My Beauty Herbs sudah sampai.  Terima kasih kepada My Beauty Herbs dan Mialiana.


SlimFast Diet

Masih ingat lagi entri INI yang dikeluarkan beberapa hari lepas?

Hari ini atau lebih tepat lagi petang tadi produk berkenaan telah sampai dan kini berada dalam genggaman.  Walla!! macam teridam-idam sangat.  Memang betul pun.  

Bungkusan berkenaan dengan pantasnya disampaikan oleh encik Pos Malaysia via Pos Laju.  Betullah seperti yang dijanjikan pada sampul bungkusannya 'hantar hari ini terima esok'.  

Sudah pasti SlimFast Diet akan dijadikan sebagai menu utama sekali sehari setiap hari.  Jangan buat terkejut pula.  Produk ini (pinjam dari kata-kata Inas Insyirah) bukanlah untuk aye tetapi akan diberikan kepada encik suami seperti yang telah dinyatakan dalam borang terdahulu.

Nantikan hasilnya setelah 10 hari nanti.  Sebelum mencuba produk berkenaan kena baca dulu apa yang perlu dilakukan.  Supaya mendatangkan hasil seperti yang dikehendaki.

Selamat mencuba kepada encik suami.  


#pray4mh370


suka duka pentas dunia



$$$

Bukan kerana saya seorang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bukan kerana saya seorang yang menyebabkan terjadinya isu ini.

Sudut ini sudahpun terabai.  Tiada lagi bunga-bungaan
yang menghiasi.  Gambar hiasan

Banyak sebab mengapa terjadinya sesuatu perkara.  
Bukan kerana seorang dua tetapi ianya turut berkait antara satu sama lain.

Rasa seperti nak bercerita tetapi bimbang ia disalahtafsir.

Lalu izinkan aye nyatakan di sini, oleh kerana hari ini aye cuti tidak semestinya kerja-kerja lain boleh tertangguh kerana masih ada lagi insan lain yang bijak dan mampu menyiapkan tugasan itu.  Aye bercuti bukan kerana lari dari lambakan atau timbunan kerja sebaliknya ada urusan peribadi yang mendesak.  

Memang betul setiap tugasan yang diberikan hendaklah dipantau dan disiapkan oleh siapa yang menjadi pemiliknya (PTJ).  Dalam suasana kerja sekarang yang kebanyakan mengutamakan 'multi-skilling' seharusnya mana-mana orang paling tidak mampu memberi penjelasan untuk apa yang berlaku.



Pasti akan ada orang akan berkata:

"Kalau dia cuti... habislah kerja tak siap"

"Kalau dia cuti... tiada orang nak ganti kerja dia"

"Kalau dia cuti... susahnya!!!"

Tiada siapa yang harus dipersalahkan.  Kerana bukan saya seorang yang boleh buat kerja.  Ramai lagi yang mampu menjadi pekerja yang baik jika itu yang dikehendakinya.  Kerana apa juga yang kita buat atau apa juga yang terjadinya ada kaitannya dengan apa yang ada dalam diri kita.

Hmm... boleh ke buat kenyataan macam ni??? Tak baguskan.

Banyaknya alasan yang diberikan bukan bermakna lari dari tugasan.  Tetapi alasan itu lebih kepada memberi penjelasan semoga ada yang mengerti.

Sekian adanya.


suka duka pentas dunia



$$$

Tahap mana ilmu kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tahap mana ilmu kita sedikit sebanyak bergantung kepada bagaimana kita mengaplikasi ilmu yang kita perolehi atau bagaimana kita mendapatkan ilmu.

Gambar hiasan


Bagaimana kita perolehi ilmu?
Begini, adakah ilmu itu kita perolehi dengan cara menipu pengajar kita seperti meniru hasil kerja rakan ketika menyiapkan tugasan.

Sedikit saja contoh yang diberikan di sini.  Banyak lagi yang boleh difikirkan bersama bagaimana kita mendapatkan ilmu.

Salah atau tidak apa yang kita buat tergantung kepada integriti yang ada dalam hidup kita.

Sedikit perkongsian untuk renungan bersama:
"Tahapan pertama ilmu adalah diam. Kedua, mendengarkan dan menghafalkan. Ketiga, mengamalkan. Keempat, menyebarluaskan dan mengajarkan.  (Sufyan ats-Tsauri)"


suka duka pentas dunia



$$$